TAK SEINDAH DULU

by - 7:01:00 pm

Gambar time sihat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Apa khabar semua? Semoga semua sihat hendakNya. Dah bersawang rupanya blog ini. Zumal ade je. Cuma kesihatan tak berapa ok. Maklum la dah tua...

Macam korang tahu Zumal kerja jaga seorang warga emas secara part time di rumahnya bulan lepas tapi baru-baru ini pak cik tu dah dimasukkan ke hospital. Jadi secara tak langsung zumal kena jaga pak cik hospital pula.

Disebabkan zumal sendiri pun tak begitu sihat rasanya bagai nak melepaskan saja kerja tu tapi Zumal kesiankan sahabat Zumal. Susah nak cari orang nak jaga orang tua ni. Baby sitter mudah gak cari kan. Bila Zumal bertahan gak menggagahkan diri kerja macam-macam pula berlaku.

Hospital kat perlis ni uzur sikit. Lift selalu rosak. Pak cik kat tingkat 4. Sekali sekala kena guna tangga. Faham-faham je la orang sakit kaki guna tangga. Makin teruk jadinya. Dah la parking pun jauh. Orang lain ambil masa 5 minit, zumal perlukan 15 minit ke atas. Bila guna tenaga terlalu banyak je semput pula menjelma.

Akhirnya zumal terpaksa kembali pakai inhaler ni yang dah lama Zumal tinggalkan. Bila adanya semput ni lemas pun datang sama. Nak tidur malam pun seksa. Golek sana tak boleh golek sini tak boleh. Sampai terlalu mengantuk dan terlena sendiri jer.

Zumal dah pergi check di hospital ahad lepas. Kat kecemasan. Doktor suggest Zumal untuk buat fisio pula. Isnin minggu depan mulalah sesi fisioterapi pula. Zumal ni tak tahu menahu pun, apa yang disuggest zumal ikut je. Siapa tak nak sihat kan...

Untuk minggu ni, zumal start kerja semalam tapi hari ni kembali sakit dan tak kerja la. Kesian la sahabat dan isterinya tunggang langgang masa kerja sebab tak ada siapa tengokkan ayah dorang. Tapi nak buat macam mana, sakit zumal ni datang bukan beri salam dulu. Pagi tadi elok je mandi dan solat subuh lepas tu bersiap nak kerja tetiba sakit tu tetiba menyerang. Bukan kaki tapi sesak dalam dada. Pam inhaler pun rasa camtu gak. Lepas sarapan baring je la. 

Kini hidup zumal tak seindah dulu. Apa pun redha je la. Kita dah usaha untuk sihat sekadar mampu tapi ujian nak datang juga. Zumal terima je la...

You May Also Like

16 insan berbicara

  1. Allahu...moga zumal segera sihat ya..asma ni kalau tak silap PC banyak juga yang perlu dielakkan...sebab makcik PC pun ada asma..sedih tengok bila asmanya menyerang....

    ReplyDelete
  2. MOGA CPT SEMBUH ZUMAL..JAGA DIRIJAGA MKN MNUM

    ReplyDelete
  3. baiknya, even tgh sakit pun zumal still fikir pasal pakcik tu, tpi apa2 pun pentingkan kesihatan diri sendiri dulu. speedy recovery! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian dekat pakcik tu. Terima kasih Mazni...

      Delete
  4. Semoga Zumal cepat sembuh hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. wpn ada rs tanggungjawab pd yg lain kita harus dahulukn diri sendiri... syafakallah zumal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin... Baiklah Anies, zumal utamakan diri sendiri dulu

      Delete
  6. Take care. Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks YS. Take care juga di perantauan sana...

      Delete
  7. Semoga zumal sihat. Baru tahu semput ni boleh datang balik. Dulu adik saya pun ada semput tapi sudah hilang.

    ReplyDelete