SESI FISIO PERTAMA ZUMAL

By Dunia Zumal - 8:00:00 am



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Isnin lepas zumal telah menjalani sesi fisioterapi pertama di Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Bagi rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog ini pasti dah tahu tentang masalah kesihatan yang zumal hadapi.


Sejujurnya zumal tak pernah tahu pun apakah rawatan fisioterapi ini. Sampai la zumal sendiri kena ikuti rawatannya. Untuk kali pertama tu zumal dikehendaki berbaring dan juru fisio letakkan tuala panas di tempat yang bermasalah. Bagi zumal tak panas pun. Kemudian zumal diberikan urutan. Urutan ni buat zumal rasa macam nak nangis sebab terlalu sakit. Selesai sesi urutan tu zumal dikehendaki menjalani sedikit senaman. Senang je kayuh basikal. Kalau dulu dekat gym boleh kayuh laju-laju tapi disebabkan sakit rupanya nak kayuh pun sakit. Selesai la sesi fisio pertama zumal. Rabu depan zumal akan jalani sesi fisio kedua.
 

Apakah Fisioterapi??? Fisioterapi adalah cabang dari bidang perubatan. Perkataan fisioterapi itu adalah terma dari gabungan perkataan fisiologi (cara sesuatu berfungsi) dan terapi, menjadikannya sebagai satu cabang ilmu perubatan mengenai terapi atau penjagaan anggota badan supaya berfungsi dengan baik. Ahli fisioterapi juga dikenali sebagai pegawai pemulihan perubatan (anggota) atau jurupulih perubatan anggota. Mereka akan menilai , merencanakan dan menerapkan program untuk memperbaiki atau memulihkan fungsi motor manusia , memaksimumkan kemampuan pergerakan serta mengurangkan kesakitan. 


Lazimnya, mereka termasuk dalam pasukan perubatan yang mempunyai kepakaran khusus dalam memulihkan pergerakan anggota badan supaya berfungsi dengan cekap. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami kemalangan akan memerlukan masa untuk pulih. Dalam proses pemulihan, pesakit akan melalui kesukaran dalam pergerakan. Sebagai pakar, ahli fisioterapi akan membantu pesakit agar dapat bergerak seperti biasa. Terdapat pelbagai kaedah dalam rawatan fisioterapi yang dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu elektro terapi dan terapi manual.

Elektroterapi

Ultrasound
Interferential terapi
Laser
Diatermi Gelomang Pendek ( Short wave Dietermy )

Terapi manual

Mobilisasi
Manipulasi
Urutan ‘
Senaman therapeutik
Rehabilitasi selepas pembedahan
Nasihat dan langkah –langkah pencegahan

Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu korang dan juga zumal. Semoga dengan sesi fisioterapi ini dapat mengurangkan kesakitan yang zumal alami. Insha Allah...

  • Share:

You Might Also Like

18 insan berbicara

  1. Ooo..biasa dengar tapi tak tahu secara detail ianya hehe. Apapun semoga segalanya dipermudahkan kan

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan Zumal dipermudahkan. Aamiin... Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.Zumal banyak bersabar ye. Jaga diri baik2. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  3. hihihi, nostalgia betul buat fisio ini. tahun 2008, kita pernah juga kena wat fisio.. hot pad, cold pad, kayuh beskal tangan, tarik pemberat dan banyak lagi.
    Puncanya, exciden lah.. merasa juga lah membuat fisio ni beberapa bulan.

    apa pun, semoga zumal segera Allah izinkan kesembuhan.
    take care dan rajin2 eksesais sendiri kat rumah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin... Zumal pun harap sangat nak jadi normal cam dulu...

      Delete
  4. Biasa dapat rawatan ultrasound. Mula rasa macam tak effective tetapi kemudian tak perasan bila sakit tu hilang dan terus sembuh. Apa pun Zumal kena ikut full course yang di beri. Jangan tuang (default) hehe. Harap cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tahu je zumal terfikir nak tuang. Hehehe...

      Delete
  5. semoga Bro Zumal cepat sembuh..

    blog semakain cantik..

    ReplyDelete
  6. hopefully zumal cepat sembuh tau..

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin... Terima kasih Nadhie Wueen

      Delete
  8. aida pernah menjalani proses fisio.
    thn 2013 :(
    now da ok. sebab cepat detect.

    ReplyDelete
  9. selalu jugak doktor fisio dalam tv. Kesian zumal, harapnya cepat sembuh dengan semua appointment fisio ni insya-allah. Stay strong ye zumal :)

    ReplyDelete

loading...