SAKA PART 2

by - 9:01:00 pm

saka harimau
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti biasa bila berkumpul adik-beradik beramai-ramai, kisah-kisah lama kembali diceritakan. Ada pengalaman manis, malah ada juga kisah-kisah seram yang dibualkan. Macam keluarga zumal, kisah saka antara kisah top juga la...

Zumal pernah bercerita dulu dari hasil perkongsian arwah tok wan dekat SINI. Kali ini zumal nak kongsi cerita daripada ayah dan mama pula. Kisah ini berlatarbelakang di Kampung Repoh atau dikenali juga Kampung Repoh Dagang dan Kampung Dagang. Nama dagang tu kemungkinan kerana kami semua bukan penduduk asal tempat tersebut. Kampung ini telah dibuka oleh Tok Man, arwah telah menjadi imam di Masjid Tun Abdul Razak Repoh ketika hayatnya. Kebanyakan penduduk di sini berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Kedah dan kampung-kampun lain di pedalaman negeri Perlis.

Kisah ini berlaku sebelum Zumal lahir, masa tu moyang zumal tinggal bersama arwah tok wan di kampung tersebut. Moyang zumal masa tu tidak sihat. Sakit tua. Nama moyang Zumal lebih dikenali Tok Diah. Suaminya telah meninggal terlebih dahulu. Moyang lelaki pertama bersama Ismail dan suami kedua Tok Diah adalah Tok Cha (Mohd Isa). Tok Cha ni dahulunya seorang pelakon bangsawan dan juga nelayan. Berlakon masa tu di pentas-pentas macam teater je. Tak la seglamour artis sekarang. Tok Cha semasa hayatnya jarang juga berada di rumah kerana ikut rombongan bangsawan untuk persembahan.

Tapi Tok Cha dikatakan dapat tahu secara detail apa saja yang berlaku di sekitar rumah beliau di Perlis. Macam zumal cerita dulu, ianya seperti cctv. Itulah yang kita gelarkan saka. Ianya digunakan untuk melindungi keluarga dan memerhati dari jauh. Saka Tok Cha ni adalah saka harimau. Bila keadaan memerlukan, harimau putih akan berkeliaran di sekitar rumah dan kampung. Ianya tidak mengganggu tapi bila kita sedar adanya dia kita akan rasa seram, tegang bulu roma ni.

Pengalaman ayah suatu ketika dulu ketika pulang ke Perlis untuk melawat tok wan, tok dan Tok Diah, beliau pernah mendengar harimau mengaum. Walaupun ayah dengar tapi mama zumal tidak pula mendengarnya. Ada juga la saudara mara lain yang pernah dengar.

Mustahil jika dikatakan harimau tersesat masuk kampung, kerana kampung kami tiada hutan mahupun belukar. Berdekatan pula dengan istana dan pekan Kangar. Bila diselidik, rupanya bunyi tu dari saka yang menjelma. 

Zumal masa kecil dulu dalam tahun 1984-2012 pernah tinggal di kampung tersebut. Pengalaman tetiap malam memang seram sangat. Lagi pun zumal memang penakut orangnya. Pernah juga budak-budak sebaya zumal terjumpa tapak kaki harimau di kawasan lapang depan rumah. Tapi bila kami berkumpul beramai-ramai, kami tak takut bahkan kami cari kesan tapak kaki lain. Orang kampung katakan itu tapak kaki biawak jer. Tapi kami tahu ada benda yang dorang tak nak cerita.

Sekarang kampung tersebut sudah lengang kerana ramai orang lama telah pergi selamanya termasuk Tok Diah, tok wan dan tok. Anak-anak muda pula berhijrah ke luar Perlis dan ada juga yang tinggal di kawasan perumahan. 

Sampai sekarang rumah lama kami masih ada. Dah bertukar milik tapi tiada siapa yang tinggal di situ. Ianya nampak usang dan agak seram. Dalam episod lain Zumal akan share gambar rumah lama tu. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

You May Also Like

17 insan berbicara

  1. Replies
    1. Dia tak kacau cik nor. Insha Allah...

      Delete
  2. Orang dulu dulu hebat kan tak perlu cctv dan alarm system kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tapi perkara camtu syirik...

      Delete
  3. hihihi.. rumah lama arwah ayah dulu pun ada juga tapak kaki rimau ni, tapi kakinya 3 sahaja. boleh mencangkung dalam dulu, nak tunjuk besarnya saiz rimau tuu..tapi, kawasan kampung, tanpa hutan, sawah ada la.. mana datang? semua orang wat muka toya tak mahu cerita.. nak tahu tapak rimau tu.. nampak macam tapak kaki kucing, tapi saiz besar.. ngaumm! bergegar rumah kalau sekali dia ngaum.. takut? ntah la.. zaman remaja dulu mana da takut, tapi orang tua tak bagi la kita p cari..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besarnya tapak kaki tu cik azue...

      Delete
    2. Tapi zumal ni dedulu penakut gak...

      Delete
  4. Wow best. Suka cite seram ni semua. Mesti best kan masa kecil boleh berlari-lari kat kawasan lapang depan rumah.. Memang banyak kisah yang masa kecil kita tanya tapi orang dewasa taknak bagitau sebab takut nanti menakutkan kita. Last2 banyak kisah yang lenyap gak bersama mereka yang telah meninggalkan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe suka cite seram yer... Kisah benar ni YS. Itula tak semua kisah tu dapat dirungkai kerana mereka semua dah tiada lagi...

      Delete
  5. serannya cerita ni.

    naik pulak bulu roma

    ReplyDelete
  6. seramnya, kalau terjumpa depan-depan mesti mata dia merah kan

    ReplyDelete
  7. bila berkumpul, memang best dengar orang bercerita pasal kisah seram.

    ReplyDelete
  8. seramnya baca story Zumal share ni..

    ReplyDelete