PASANG IKLAN ADNOW DI BLOG

By Dunia Zumal - 5:35:00 pm

PASANG IKLAN ADNOW DI BLOG


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Menjadi blogger secara sepenuh masa mahu pun separuh masa sudah tentu tak mensia-siakan untuk grab peluang jana income melalui blog memasing. Betul tak? Zumal pun macam tu juga.


Zumal ni masih mengharap peluang untuk pasang iklan AdSense. Tapi tak approve juga. Sampai satu masa terpaksa la pasang balik iklan lain. Dulu buang kejap kerana katanya AdSense arlegik dengan iklan lain. Dekat 6 bulan buang iklan lain tu. Bagai menunggu bulan jatuh ke riba je. Rugi la buang iklan lain lelama sedangkan AdSense tu tak lulus pun. Baik zumal teruskan je dengan Nuffnang, Mobicow dan yang terbaru zumal pasang adalah iklan AdNow.


Iklan AdNow ni senang je nak pasang, tak perlu tunggu sampai berjanggut macam AdSense tu. Orang lain nampak senang je pasang maybe blog zumal ni ada sejarah dulu yang adSense tak suka agaknya. Biar la awak. Awak ade ke tak zumal tetap nak berblog juga.


Iklan AdNow ni lebih kurang macam iklan AdSense juga tapi orang kata bayaran dia tak la sebesar AdSense dan di bayar pula melalui paypal tak seperti Nuffnang dan AdSense kita tunggu cek je. Tak kisah la banyak atau sikit, tapi peluang depan mata jangan biar berlalu pergi. Oleh itu zumal pasang la juga AdNow.


Istimewanya iklan AdNow ni kerana iklan dia lebih kurang seperti post kita. Bila korang pasang iklan ni, pengunjung akan nampak ianya macam entri-entri lama korang dan ianya memberi kebarangkalian pengunjung untuk klik iklan korang tu amat tinggi. Jadi korang hanya perlu buat entri macam biasa cari trafik ke blog, Insha Allah rezeki tak ke mana.


Hari ni pasang esok iklan dah menari-nari kat blog. Lagi pun dengan template baru yang mesra seo ni boleh la tengok hasilnya macam mana kan... Kalau korang tak kisah bab income kecil atau besar boleh la cuba AdNow. Bayarannya dalam USD juga. Dah capai $10 boleh keluarkan. Pada zumal biar la kumpul banyak sikit income tu baru keluarkan kerana dorang kata untuk first time cash out mengambil masa agak lama juga. Jadi kalau banyak tu berbaloi la awak tunggu. Untuk memasang iklan AdNow tu korang klik SINI. Maklumat untuk pasang iklan secara terperinci diberikan dalam web mereka. Semoga berjaya.

  • Share:

You Might Also Like

28 insan berbicara

  1. adsense pun tak suka blog kita.. nuffnang pun tak bergerak juga.. sekarang tak boleh log in plak... nanti nak try adnow pula macam zumal.. mana lah tau.. jadi rezeki juga kan. terima kasih tau sebab bagi tau akan peluang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuffnang zumal pun dah merajuk dah. Tak gerak juga. Tu zumal cuba yang lain pulak

      Delete
  2. aah, ade nmpk iklan tu kat atas..
    beso eh, mcm iklan entry pulak eh. good luck zumal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, beso gak tapi boleh pilih saiznya Cik Timm

      Delete
  3. Macam best je ads ni Zumal. Fiza dulu lama jugak tak approved Adsense. Lepas solved problem seperti dorang nak kat email. Alhamdulillah akhirnya lulus lepas dua kali kena reject.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun dorang email juga tapi just bagitau dalam perhatian jer. Setahun dah jawapan sama...

      Delete
  4. Saya nak cuba nanti walaupun blog tiada pelawat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan Eyma, nanti zumal melawat...

      Delete
  5. Tak pe Zumal...insyaAllah mungkin ini rezeki untuk Zumal....amin...

    ReplyDelete
  6. uishh. nampak mcm best je adnow ni. nuffnang makin slow2 dah skrg ni. kadang2 tak nampak langsung. adeh

    ReplyDelete
  7. Macam menarik juga tu..btw..lawa blog skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, zumal masih tak puas hati lagi dengan blog ni...

      Delete
  8. saya pun nak pasang iklan pada satu blog ..

    iklan adnow macam menarik je..


    jauh dalam hati saya tak nak pasang iklan tetapi sayang juga kalau ada peluang nak jana duit ..

    apa la salahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tak salah untuk mencuba perkara yang tak berdosa...

      Delete
    2. yalah kan..

      bro memang pandai guna ayat tacing nie

      hehehehe

      Delete
    3. Hehe, tacing yer bro... OMG...

      Delete
  9. Thank zumal share info ni..hehe

    ReplyDelete
  10. sama lah asyik tak lepas je dengan adsense ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal rasa macam dah tak nak mohon lagi dah...

      Delete
  11. boleh cuba letak illan ni dalam blog lepas ni.. :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  12. Oo..boleh cuba ni. Ciktie pernah cuba sebelum ini tapi tak berjaya. Sejak dah tukar domain ni tak confident lagi nak mohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je nak mohon ciktie, tak ada syarat macam adsense

      Delete

loading...