NASI KERABU AYAM BAKAQ DAN NASI AYAM CINCANG ALA KAK WOOK KINI DI PERLIS

by - 4:16:00 pm

Nasi Kerabu Sedap Sengoti Perlis


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kalau korang pernah baca entri-entri Zumal sebelum ni mesti korang tahu Zumal ni salah sorang peminat nasi kerabu. Zumal memang asalnya dari Perlis tapi tekak ni sangat suka makanan Pantai Timur. Kalau ada pilihan antara nasi lemak dan nasi kerabu memang Zumal akan pilih nasi kerabu. 


Sejak minggu lepas Zumal jumpa pot baru kat mana nak beli nasi kerabu. Sebagai peminat nasi kerabu dah tentu Zumal nak cuba. Setelah mencuba sekali lepas tu terulang banyak kali. Hehehe. Mesti la sebab sedaaaaaap!!!

Boleh whataspp nombor kat atas kalau nak order yer
Istimewanya di gerai Nasi Kerabu Sedap Sengoti Perlis ini, lauk pauk untuk nasi kerabu dan nasi ayam cincang di masak kat situ tau. Oleh itu lauknya masih panas-panas dan fresh untuk para pelanggannya.

Ayam dibakar di lokasi perniagaan


Zumal pun dah cuba nasi ayam cincang dekat sini yang nasinya ala Kak Wook tu, memang ternyata sedap sangat. Minggu depan kena repeat lagi nampaknya. Lauk ayam bakar dan ayam cincang tu lembut dan sangat rasanya sangat sedaaap weh... Lauk dan nasinya pun banyak, memang kenyang la beli sini...

Inilah nasi ayam cincang tu

Eh lupa pula nak beritahu locationnya gerai Nasi Kerabu Sedap Sengoti Perlis ni kat mana. Sorry sorry! Gerai ni mudah je nak cari, terletak di Jalan Besar Kangar - Alor Setar, Kalau dari Alor Setar nak ke Kangar, gerainya ada sebelah kiri jalan selepas Jeruk Madu Pak Ali dan Ayam Bismi. Kira lepas stesen minyak Shell Seriab tu, korang kena go slow la. Tengok ramai orang beratur tu, itulah locationnya tau.

Eh ade yang snap gambar zumal membeli yer



Kalau korang lalu kat Seriab tu, korang akan nampak signboard kat atas tu di tepi jalan. Gerai ni dibuka setiap Isnin hingga Jumaat jer. Jangan tunggu last minute baru nak pergi beli yer, maybe korang sampai dah licin semua. Better korang pergi awal pagi sebelum tengah hari tu...


Untuk ketahui perkembangan terkini masa operasi gerai boleh la korang follow fanpage Nasi Kerabu Sedap Sengoti Perlis DI SINI. Jangan lupa cuba sendiri, Zumal sangat-sangat recommended. Selamat menjamu selera semua...


You May Also Like

15 insan berbicara

  1. Sedapnya.. Kedua-duanya saya suka.. Manalah tahu terjalan ke sana, bolehlah singgah..

    ReplyDelete
  2. nmpk mcm sedap.. sepggn x ckp ni😆

    ReplyDelete
  3. nasi kerabu shu tak reti makan, tapi kalau nasi ayam cincang tu menyelerakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo macam tu yer. Sedap tau nasi kerabu tu

      Delete
  4. Mmg fav fiqa nasi kerabu nie..tiap minggu wajib beli..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh la cuba nasi kerabu dekat sini

      Delete
  5. Sedap tu tapi kalau ciktie suka daging bakar lagi lauknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo, zumal pun suka tapi kat sini belum ade lauk tu. Hehe...

      Delete
  6. CCL dh try nasi kerabu dekat sini zumal .. memang kena dengan citarasa CCL .. selalu kalau teringin nk makan nasi kerabu CCL selalu terjah market flat sena ..tak pun kat kg pondok ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo, dekat flat sena zumal belum try. nanti nak cari

      Delete
  7. Akak pun dah try nasi ala kak wok ni zumal. Memang terlajak sedap... Akak mmg rekemen...

    ReplyDelete