NASI GORENG CILI PADI

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dah sarapan ke belum? Maybe pagi ni zumal sarapan roti canai dekat SINI. Biasalah setiap ahad zumal berniaga. Jadi sarapan yang mudah adalah roti canai je. Hari ni tak cerita pasal roti canai la tapi zumal nak kongsi menu yang berasap telinga.


Dah lama Zumal tak makan Nasi Goreng Cili Padi ni, kalau masa arwah tok masih ada kerap juga zumal beli Nasi Goreng Cili Padi tapi bukan untuk tok. Tok makan menu lain, cuma zumal jer akan beli nasi goreng cili padi.


Nasi Goreng Cili Padi yang paling kena dengan selera zumal adalah di Gerai Kak Zu iaitu gerai pertama di Medan Selera Repoh. Zumal memang kenal sangat owner gerai ni iaitu Kak Zu dan Abg Mat. Dorang sekeluarga peramah sebab tu zumal suka beli makanan di situ.


Nasi Goreng Cili Padi ni memang pedas, selain cili padi sebagai bahan utama, ada juga udang dan ayam selain telur mata. Rasa pedas tu buat zumal rasa cerah mata kalau terlalu letih. Sebab pergi makan di gerai tu pun sebab lapar dan letih sangat nak masak-masak. Antara menu lain yang pernah zumal cuba kat sini, Nasi Goreng Ikan Masin, Mee Kuah dan Pasembor.


Ok la tak banyak gambar zumal snap. Kalau korang datang ke Perlis, gerai ini terletak di Medan Selera Repoh bersebelahan dengan Stesen Minyak Petron Repoh. Kalau korang dari Kangar nak ke Arau, gerai ini berada di sebelah kiri jalan selepas roundabout, melepasi taman perumahan dan ianya sebelum Stesen Petron. 

Semoga entri kali ini menjadi inspirasi menu makan malam korang. Gerai Kak Zu beroperasi dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam. Dibuka dari Isnin hingga Jumaat. Selamat menjamu selera.

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. pagi-pahi nampak entri nie rasa macam nak makan balik r pula...huhu

    ReplyDelete
  2. wahhh selera kite sama.. lea suka gak n.g. cili api.. sedap...

    ReplyDelete
  3. Wahh. Sedap . lagi pedas lagi sedap :D

    ReplyDelete
  4. nasi goreng memang sedap makan pedas2. bila la nak ke perlis ni.

    ReplyDelete
  5. mula mula nampak gambar ada telur mataaaa. phewwww. nasi goreng cili padi menyelerakan! :D

    ReplyDelete
  6. Mungkin kedengaran sangat sedap daaaan ini membuat perut wa berbunyi pago-pagi buta

    (hahahahaha)

    ReplyDelete
  7. ari tu lalu aje perlis, Zumal.
    pdg besaq pun tak dpt nak singgah hu hu hu hu...
    will repeat ke utara and singgah perlis.
    that time definitely akan tanya Zumal dulu la.
    tempat makan, hotel...
    nasi goreng cili padi = the most sedap nasi goreng.
    lebih cili padi. hangat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo, tak pe lain kali boleh teroka Perlis pula...

      Delete
  8. suka jugak beli kalau owner kedai tu jenis ramah. Kadang tak sedap sangat tapi sebab ramah tu yang jadi sejuk hati nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal ni jarang makan di kedai tapi kerana mereka peramah itulah jadi antara kedai yang zumal pernah makan di luar walaupun sorang2.

      Delete