IMPIAN

by - 6:51:00 pm



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Impian. Setiap manusia yang waras sudah pastinya berimpian. Walaupun ada yang tak terlalu memandang hal duniawi ini pastinya mengimpikan  keindahan hidup di akhirat di sana. Walaubagaimanapun tetap wujud impian itu walau tak sama...


Dulu impian zumal nak ada kerja tetap, kereta mahal, rumah besar, sihat. Tapi sekarang impian itu berubah kerana situasi kini tidak lagi seperti dulu. Walaupun impian tu tak tercapai tapi apa yang zumal miliki kini adalah juga adalah rezeki dari Allah.


Walaupun kini zumal sekadar menjadi blogger picisan, miliki kereta lama, tinggal di rumah pusaka dan kesihatan pula tak berapa baik seperti dulu. Tapi syukur hidup ini masih dapat diteruskan. Rezeki tetap ada. Walau tak dapat rumah besar, kereta idaman tapi syukur tak perlu lagi bayar bulanan untuk kereta idaman dan rumah idaman. Dapat berjimat. Alhamdulillah.


Tahun lepas teringin nak renovate rumah ni tapi bayangkanlah daku hanya blogger picisan kan... Apa pun berjaya juga mendeko sikit-sikit setiap ruang dalam rumah. Alhamdulillah menjadi juga walaupun ada tersilap sini sana kini dah diperbaiki sedikit demi sedikit.


Sebelum ni berangan nak ada ruang ofis di rumah. Walaupun dulu dah ada tapi ada kerosakan barang yang dulu dah tak berdaya nak buat semula kerana nak jimat bajet. Sekarang ni hanya gunakan sofa di ruang tamu sebagai ruang kerja. Dua hari lepas beli pula meja mudah alih untuk laptop baru zumal di Mr. D.I.Y Kangar. Dalam sakit tu boleh shopping tau. Jadi ruang kerja lebih santai. Kalau terlebih santai mungkin terbuai mimpi jadinya. Alhamdulillah zumal berpuas hati dengan apa yang zumal lakukan...

Ok la korang nanti zumal nak cerita bab IMPIAN vs REALITI pula...

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. Semoga tercapai apa yang di impikan

    ReplyDelete
  2. Setiap org mst ada impian kan 😊 mell pun psg impian mcm² ni.. usaha kena ada baru boleh tercapai.. sama² doakan semua org dpt apa yg diimpikan ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga impian Mell dan semua orang tercapai. Amiin...

      Delete
  3. go zumal go jgn putus asa..:)

    ReplyDelete
  4. you can dewww it jumall jiayouu

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah permudahkan urusan Zumal dan diberi kesihatan yang baik..aamiin..

    ReplyDelete
  6. Letak usaha kaw2 inshaallah Allah bantu ^^

    ReplyDelete
  7. di mana ada kemahuan di situ ada usaha ;-)

    ReplyDelete