IMPIAN vs REALITI

by - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri kali ini adalah kesinambungan entri IMPIAN sebelum ini. Korang yang belum baca boleh klik SINI. Impian dalam entri ini lebih kepada impian zumal dalam merealisasikan konsep soho di rumah. Almaklum la nak jimat, kita kerja dari rumah dah ler. Tak perlu bayar sewa ofis. Kos operasi sesebuah ofis lebih mahal dari rumah kediaman kerana sewa shop lot adalah tinggi dari sewa rumah, kadar caj bil utiliti untuk shop lot pun lebih mahal dari kediaman. Nak jimat, buat jer bisnes dari rumah.


Impian sebenar nak ada juga sudut khas macam ofis dalam rumah sendiri. Bukan nak menunjuk. Nak tunjuk kat sapa? Zumal tinggal kat rumah ditemani anak-anak ikan je. Ikan Guppy lah. Sebenarnya banyak yang tinggal dengan zumal tapi zumal bela ikan je, yang lain yang tinggal sama seperti semut, cicak, lipas (kadang-kadang je dia datang). Hmmm mulalah merepek tu. Eh lari tajuk.


Korang nak tengok tak konsep ofis yang menjadi impian dan idaman zumal untuk wujudkan di rumah ni. Banyak konsep yang zumal teringin nak buat. Biasalah angan-angan mat jenin siapa nak larang kan... Zumal tengok konsep-konsep tu dekat laman web propertyguru.com.my. Info dan design yang ada memukau jiwa tau. Kalau ada duit semua zumal nak. Nasib la tak banyak duit, kalau tak zumal dah mengikut hasutan syaitooon untuk bazirkan duit. 


Kat bawah ni adalah salah satu design soho yang zumal pernah inginkan.


propertyguru.com.my

Tapi realiti sebenar soho zumal ni hanyalah macam kat bawah.


Inilah ruang tamu serba guna zumal


Kerja, makan, tidur tempat yang sama
                                   

Kalau ada tetamu 
                                   

Walaubagaimanapun zumal berjaya juga tukar sedikit perabut, hiasan dan lain-lain. Kalau dulu hanya ada kerusi rotan je kat ruang tamu disamping cat yang muram. Alhamdulillah berjaya cat dan tampal wallpaper kat ruang tamu, berjaya grab sebijik sofa dan kerusi jati. Tapi tempat yang tampal wallpaper tu belum siap kerana faktor tak sihat untuk teruskan memanjat. Jadi zumal tak nak share lagi. Hehe...


Tapi nak kena siapkan juga before Ramadhan sebab masa Ramadhan kot tak larat nak buat. Raya ada tetamu yang dah bagitau nak datang. Susah hati juga ni. Bilik tamu pun belum siap. Semoga usaha blogger picisan ini dipermudahkan...

You May Also Like

26 insan berbicara

  1. Takpe Zumal. Sikit demi sikit... Lama2 nanti mesti impian zumal nak ada office dalam rumah tercapai. Aamiin... Hurmmm... Siapa tetamu misteri tu? Hehe... Gurau je 😊

    ReplyDelete
  2. Good luck!! ^^ semoga impian turn to reality hehe

    ReplyDelete
  3. Ofis ok tu. Satu hari nanti mesti dapat ofis yang di idamkan.

    ReplyDelete
  4. OK SGT DH TU RJN ZUMAL MENGEMAS

    ReplyDelete
  5. I suka sangat sofa tu. Nampak amat selesa utk diduduk atasnya dan tonton TV.
    Bajuspot

    ReplyDelete
  6. Impian dulu..tak lama nanti jadilah kenyataan. Asalkan rajin usaha dan tetapkan matlamat, in shaa Allah tercapai. Slow-slow kayuh ye Zumal

    ReplyDelete
  7. upah la kwn2 yg buat freelance tu. mesti comel hiasan rekaan dalaman rumah zumal nanti.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya zumal nak buat sendiri jer. Nanti zumal join ga tu yer

      Delete
  8. Semoga impian menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  9. tahniah Zumal.

    cuma duduk sorang-sorang ..terasa aman dan damai.

    bagus untuk berkarya

    ReplyDelete
  10. okay je zumal, nanti ada duit lebih boleh deco sampai jadi macam impian zumal. Keep it up zumal! :D

    ReplyDelete
  11. buat 1 persatu insya allah pasti terlaksana..

    ReplyDelete
  12. In Shaa allah.. buat sikit-sikit lama-lama siap la ye

    ReplyDelete
  13. semoga dipermudahkan zumal,
    timm pun tgk kalendar mmg nk dekt raya dah ni..
    impian umah nk cat dari taun lepas x buat2 g, haha!

    ReplyDelete