ILHAM

By Dunia Zumal - 12:15:00 pm

nampak berkilat jer dia walau tak basuh sebab tipu daya kamera fon

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kalau korang nak tahu dah hampir 20 hari zumal tak kerja jaga pak cik macam zumal cerita dulu tu. Semasa zumal tak sihat hari tu, kawan zumal dah dapat pengganti untuk jaga pak cik. Tapi pengganti zumal dapat kerja bulan ni jer dan bulan depan zumal kembali bertugas semula.


Walaupun zumal tak kerja tapi ingatkan dapat juga berblog rupanya tidak kesampaian juga. Maklum la bila sakit menguasai diri rasa tekanan pun datang, mood pun ke Selat Melaka. Sesambil tu ada juga layan drama dan movie secara online tapi sakit bukannya hilang pun.


Pagi semalam adik angkat zumal Faizat call katanya demam minta tolong ke klinik. Sampai rumah dia, fuh memang dahsyat punya panas adik zumal tu. Doktor kata ada tonsil, maybe sebab tu juga dia demam dan muntah-muntah.


Balik klinik kesihatan kami ke Pusat Aktiviti Warga Emas (tempat kerja lama zumal) ada jamuan lepas tu boleh pula dia ajak pi jalan-jalan ke Taman Eko Rimba Bukit Ayer. Kononnya nak teman zumal cari ilham.


Dalam perjalanan nak ke sana, boleh tahan jauh juga dari Kangar ni. Dia kata nampak sesuatu. Budak ni selalu main-main sukar nak percaya. Sampai di Taman Eko Rimba Bukit Ayer tu ramai pula orang. Tak sampai mood nak cari ilham tu.


Dalam perjalanan balik dia suruh perlahan kereta nak tengok tempat yang dia nampak sesuatu tu. Dah tak jumpa. Rupanya memang betul dia nampak lembaga putih kat hutan situ. Kawasan sebelum Taman Eko Rimba Bukit Ayer ni ada sebuah resort yang ditinggalkan. Memang sunyi la kat situ. Zumal sendiri pun memang tak akan fokus lihat kiri kanan kalau lalu jalan tu sebab tak nak nampak benda lain. Tapi budak Faizat ni jenis degil. Jangan tambah demam cukup la.


Ilham tak dapat, seram yang boleh. Hehe. Lagi sebulan nak puasa, makhluk-makhluk tu nak kena rantai dah. K bye...

  • Share:

You Might Also Like

6 insan berbicara

  1. tak ada kerja pergi cari balik..seram ooo =)

    ReplyDelete
  2. kisah seram..

    selamat kembali bekerja bro.

    moga terus diberi kesihatan yang baik-baik

    ReplyDelete
  3. takutnya kalau ternampak benda-benda macamtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tu masih demam lagi lepas dua hari pun rasa sebab nampak benda tu

      Delete

loading...