DIPERGUNAKAN

by - 7:11:00 am



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dalam kesempatan ini ingin zumal share kepada semua terutama kepada korang yang bergelar blogger macam zumal.


Zumal sebelum ni terjebak dalam perangkap 'job review' oleh sebuah syarikat. Tak nak la zumal sebut di sini. Kita kononnya ditawarkan job review dengan nilai bayaran lebih RM100 tapi dengan syarat ikut segala step yang diberikan.


Di sini zumal nyatakan, sesuatu diviralkan itu sebenarnya hanya kepalsuan yang mengaburi mata korang. Bila korang terjebak, korang tengok job RM100 ke atas tu dah tak available tapi masih disiarkan ADA. Kenapa dikatakan ADA sedangkan tiada kerana bila korang terjebak, korang dikehendaki viralkannya untuk memastikan korang dapat bayaran korang.


Wajarkah kita dipergunakan sebegitu yang hanya menguntungkan sebelah pihak? Sememangnya ADA job lain yang kurang RM100 dan lebih 50 job tapi, bila korang buat, korang telah memperdayakan rakan korang yang lain. Bila korang kumpul dalam e wallet web site tu, korang nak keluarkan tak boleh pula. Stress tak? Maybe bila korang stress korang akan beli produk anti stress keluaran syarikat tu kot. Bila korang kumpul hampir RM50, kononnya kena beli produk dalam RM50 sebagai maintainance, dah macam MLM. Tapi bila korang kumpul lebih dari RM50 maintainance tu tetiba berubah jadi RM100. 


Pada zumal bila jadi camtu, cukup la. Zumal tak akan teruskan. Syarikat tu sekadar mempergunakan blogger untuk kepentingan sendiri untuk mengiklankan produk dan web site yang konon macam eBay tu. Sedarlah wahai insan, kita sedang DIPERGUNAKAN. 

p/s Zumal tak padam entri tersebut untuk elakkan masalah carian dengan google, bagi yang nak tahu lebih lanjut boleh pm zumal jer.

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. Waahh... ada ya syarikat yang macam tuh. Viralkan aja dek Zumal

    ReplyDelete
  2. Rasa macam tahu... Memula tu rase macam nak join sebab tengok ramai blogger join tapi bila ada syarat kena beli produk kita baru boleh keluar duit kita, rasa cam pelik plak... So, tak jadi nak join... Mungkinkah betul kompeni yang sama kita perkatakan nie?

    ReplyDelete
  3. Pernah kena tapi memang tak salahkan PR, totally salahkan agent yang offer job. Dah lah perlukan duit, beria bersengkang mata buat, satu sen tak dapat.

    ReplyDelete
  4. Kinah macam tau je company mana. Kinah pernah juga nak buat job tu, tapi bila banyak sangat syaratnya terus tak nak buat. Tak berbaloi job yang kita buat dengan hasil yang kita dapat.

    ReplyDelete
  5. bagusnya cari untung atas kesusahan org lain...x pe zumal riwayat hidup syarikat tu mesti x lama punya...

    ReplyDelete
  6. Wah tu namanya kesempatan dalam kesulitan

    ReplyDelete
  7. Huda pun dah terkena. Tak baik kan buat camtu. Kita blogger buat kerja nak payment seperti yg di janjikan. Sekali kena keluarkan duit sendiri dulu beli produk dia. Hmm..menyampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rasanya dulu promote maintainance tu 15 ja tapi sekarang 100, tak berbaloi dengan kerja kita

      Delete
  8. mcm boleh agak.
    tapi ntah ye ntah tak. sebab aida ni tak brape ke arah review.
    takde masa.
    tapi baru la join satu website. try buat 1 job. tapi nak submit aida kacau bilau!!!
    at last, lantak kau la.
    zumal dah buat byk job ekk. hmmm takkan aida proceed lah.
    kalau la sama website ha hahaha ha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm rasa satu tu je company bermasalah ni. Hehehe...

      Delete
  9. Tu la.. pernah kena juga. Sekarang ni jadi malas sikit nak layan benda-benda ni.. *sigh*

    ReplyDelete
  10. Dunia ni bulat.. kita tengokkan jelah.. :(

    ReplyDelete