DEKORASI DAPUR BUJANG

by - 8:29:00 am

DEKORASI DAPUR BUJANG


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dapur merupakan sudut yang penting dalam sesebuah rumah terutama bagi yang berkeluarga. Orang bujang tak kisah sangat hal dapur sebab mereka selalu makan di kedai tidak pun hanya makan megi rendam dalam ayaq panas je kan.

Macam tu la zumal pun. Dapur ni tak guna sangat sejak arwah tok wan dan tok tak ada. Kalau guna pun maybe time ada tetamu mai rumah. Suatu masa dulu dapur Zumal lengkap dengan dapur gas, peti ais, oven dan macam-macam lagi. Tapi sebelum berhijrah ke Lembah Klang, zumal jual semua. Konon tak balik dah. Paling sayang zumal jual peti ais samsung 2 pintu inverter tu dengan harga RM 500 jer. Beli hasil titik peluh kerja kat JKM dulu. Harga ribu kot. Memang letak harga tu dalam mudah.my berlumba-lumba panggilan masuk. Sedihnya. Sampai sekarang tak mampu beli lagi.

Panjang mukadimahnya. Sejak bulan Mac lalu zumal nak perelok semula dapur. Maklum la puasa nak dekat dah. Nanti nak memasak sahur senang. Lagi pun time raya sure ada yang mai rumah tu pun kalau depa ingatlah kat zumal. Atau lupa jalan nasib la raya sorang-sorang. Sejak duit kembali tebal nih, zumal mula mendeko secara ringan la di ruang dapur dan ruang tamu. Mai tengok gambar sebelum deko. (Tapi gambar dah susun la, kalau sebelum susun takut tak ada orang nak buat menantu bila tengok)


Kalau tengok situ banyak ruang kosong tapi sebenar itu adalah hasil titik peluh mengubah segala mak nenek yang ada kat dapur. Maybe sebelum susun tu korang nampak ada dinosaur kat dapur ni.

Berselerak barang-barang kat singki tak bersusun. Jadi zumal pun cari la tray untuk susun pinggan mangkuk kat dapur tu. Sebelum ni ada tapi zumal dah jual beberapa minggu lalu sebab tak comel. Zumal shopping yang baru dekat Mr. D.I.Y Kangar. Alhamdulillah jumpa yang berkenan di hati. Harga pun dah lupa. Maklum la bulan lepas masa tak sakit lagi.


Masa tu tak letak wallpaper lagi sebab rasa ok dah. Tapi bila terjejak kaki ke Mr. D.IY lagi terbeli pula wallpaper baru. Kat bawah sebelum tampal wallpaper.



Zumal beli wallpaper yang harga RM3.50 je. Satu gulung panjang 2 meter. Kat eco lebih kurang je kualitinya tapi stok sentiasa tak ada. Kalau ada yang eco lebih jimat sebab harga RM2.12 je. Untuk ruang tamu zumal beli wallpaper RM15 lebih panjang 10 meter tapi sayangnya gam dia tak kuat sangat. Asyik terkeluar je. Mai tengok gambar terbaru dapur zumal.



Walaupun dah siap tapi zumal rasa buat rak untuk letak rempah ratus lepas ni. Sekarang tak buat lagi sebab belum beli drill. Insha Allah nanti siap kita letak gambar lagi. Ada yang buat inspirasi deko ke dapur zumal ni? Biasa-biasa sangat je kan.

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. Replies
    1. Masa sihat je zumal buat. Hehe....

      Delete
  2. amboi rajinnya Zumal.. Mummy pun tak decor pun dapur mummy tau..pakai letak je semua barang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni Zumal pun macam tu juga. Kekadang je rajin. Kalau tengok ruang tamu maybe boleh pengsan...

      Delete
  3. RAJIN ZUMAL KEMAS DAPURNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur tu kemas sebab tak memasak lagi akak.

      Delete
  4. Kemasnya Dapur dia. Semua teratur. Senang hati, kalau dapur begini semangat nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kemas sayang pulak nak ubah dan guna. Hehehe...

      Delete
  5. simple n x byk brg lg bgs sbb x semak mata memandang dan senang nk capai bla tgh kelam kabut memasak ;-)

    ReplyDelete
  6. Dapur dah kemas dan cantik maka nanti rajinlah masak.

    ReplyDelete
  7. Wow kemas dah. Dinasaur dah pindah rumah xD

    ReplyDelete
  8. Kemasnyaaa. Rajin zumal kemas yaa. Gelas saya hanya cuci pagi-pagi saja sebab nak guna minum nescafe. hahah

    ReplyDelete
  9. dah boleh cari pembantu ni hihihii kemas ja dapuq bujang depa

    ReplyDelete