SEKARANG DAH ADA KERJA

By Dunia Zumal - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal rasa sangat-sangat bersyukur kerana sejak hujung bulan lepas Zumal telah terjun ke bidang kerja baru.

Kiranya sekarang dah hampir dua minggu Zumal bekerja. Zumal tak minta kerja ni tapi telah ditawarkan oleh seorang sahabat. Kerja apa? Sebenarnya ayah dan mama juga selalu call bertanya kerja apa, sampai ke sudah Zumal tak beritahu dengan tepat. Lagi pun kalau beritahu tak kerja, mereka pula risau jadi Zumal beritahu kerja dengan kawan.

Sebenarnya Zumal bekerja sebagai pengasuh pak cik kat dalam gambar tu. Lebih kurang pembantu rumah juga la kena sediakan makan minum untuk pak cik. Pak cik ni ayahanda rakan Zumal dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi.

Gambar kat atas tu Zumal bawak pak cik dan cucunya minum petang di Tasik Melati. Zumal rasa terkesan juga sebenarnya bila terima kerja ni sebab dulu tok pun hadapi masalah macam pak cik kerana tak mampu nak jalan dan bersiap tapi zumal tinggal je tok kat rumah untuk pergi kerja. Tapi pak cik ni untung sebab anaknya sanggup upah pengasuh untuk menjaga bapanya. Alhamdulillah semoga seluruh keluarga pak cik murah rezeki selalu...

  • Share:

You Might Also Like

42 insan berbicara

  1. alhamdulillah dapat kerja & rezeki baru. Semoga murah rezeki pakcik tu sekeluarga & zumal jugak :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..kerja lah apa pun zumal..janji halal..:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    wah menarik tu Zumal
    mesti dapat banyak pengalaman baru

    ReplyDelete
  4. bagus Zumal..Semoga Zumal sentiasa dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  5. apa sahaja kerjanya yg penting kita ikhlas melaksanakannya... insya allah pahala menyusul kemudian...

    ReplyDelete
  6. kerja yang agak baru kepada saya bro..

    tapi besar pahala kerja nie kerana membantu insan lain yang sangat memerlukan..

    tahniah zumal..

    ada masa terus sahaja berkarya sebagai penulis blog bebas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun hanya bidan terjun dalam bidang ni

      Delete
  7. alhamdulillah semoga zumal dapat menjaga pakcik tu mcm kita menjaga orang tua kita sendiri

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdullilah dah dapat kerja..

    ReplyDelete
  9. tahniah dapat kerja..mencabar rasanya nak jaga mereka yang berusia ni =)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..baik sungguh hati zumal..bersabarlh

    ReplyDelete
  11. Kerja mulia ni zumal. Tak ramai dah orang nak kerja macam zumal ni tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya dulu zumal seeba salah nak terima kerja ni

      Delete
  12. Alhamdulillah . Kerja apa pun yang penting halal .. berani mencuba pengalaman yg baru .

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...
    Tahniah Zumal.. Dah dapat kerja... Apa pun kerja kita buat janji halal dan diberkati..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...semoga Zumal sukses

    ReplyDelete
  15. okey ape..pahala satu kerja..tugas pon tugas juga..mungkin boleh consider full time ke keje ni..mana nak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tapi dalam keadaan kesihatan zumal ni harap kerja ni hanya untuk masa singkat je

      Delete
  16. Alhamdulillah, tak semua orang mampu buat kerja tu zumal. Yang penting kena banyakkan sabar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ciktie, zumal harapkan dapat kerja sebaik mungkin

      Delete
  17. Oh, kerja macam ni pun bukan senang sangat. Kena tumpu perhatian atas berikan penjagaan yang baik.

    Eratuku.com

    ReplyDelete
  18. Tahniah dapat kerja. Tapi, kesihatan kena jaga tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adikku. ✌️✌️
      YS pun jaga kesihatan Tau...

      Delete

loading...