NIAT

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dah sarapan ke belum? Belum? Nak makan ape ye? Mee goreng???? Sedap tu... Kalau anda makan mee tetiba nampak banyak udang disebalik mee mesti anda suka kan? Surprise yang menarik. Tapi kalau orang berkawan dengan kita, lama-lama dia menonjolkan diri yang sebenar yang selama ini tersembunyi disebalik keakraban dia jadi kawan kita, surprise juga kita...

Itu la hari ni Zumal berkongsi bab niat kita dalam menjalinkan persahabatan. Sebenarnya dulu Zumal ada ramai juga kawan di Perlis ni. Ye la sebab berasal dari negeri Perlis mesti kawan kita dari kecil tetap ada walaupun ada juga berhijrah ke luar Perlis. Tapi kan sejak tahun 2009 Zumal terjebak dalam dunia bisnes jualan langsung, kita kawan makin rapat tapi ada niat lain, niat nak ajak join bisnes sama. Memang ada yang turut serta tapi ada juga yang menjauh. Sejak dah berbelas jualan langsung yang Zumal join semakin hari semakin tak ada yang berani berbual pun sebab takut terjebak sama.

Itu la niat kita tak ikhlas untuk berkawan memang dapat balasannya. Zumal pun dah serik buat bisnes macam tu bukan sebab takut hilang kawan tu tapi takut bisnes yang kita bawa pada dia tu tak menjadi, dan dia kerugian. Bayangkanlah betapa kesiannya pada dia mengumpul duit dengan titik peluh dia tapi tak ada hasil. Menganiaya orang namanya.

Sekarang sejak balik Perlis, Zumal dapat hidu orang lain berkawan dengan Zumal kerana niat itu. Memang ada bisnes tak menipu tapi bila seseorang tu tak minat kita akan buat dia kecundang di tengah jalan. Walaupun janji kita tak palsu tapi tak semua mampu buat macam kita buat. Semangat boleh dibentuk dan ditanam tapi jiwa kita tu sukar nak ubah tau. Kalau bukan jiwa bisnes memang tak boleh la buat bisnes nanti merudum dan rugi sahaja.

Sekarang ni ada sorang je kawan yang rapat dari tahun 2004 sampai sekarang. Zumal berkawan sejak zaman universiti lagi. Kami berdua juga pernah buat pelbagai bisnes bersama termasuk jualan langsung. Sekarang dia dah bekerjaya dan masih minat bisnes. Tapi paling best dia pun terjebak jadi blogger macam Zumal. Itu la yang manisnya pengalaman kami. Walaupun dia bekerja di Lembah Klang, setiap bulan akan balik kampungnya di Kedah dan akan datang ke Perlis jumpa kawan lama dia.


Gambar kat tu Zumal dan Faizul atau nama glamour dia JP pemilik blog Jelapang Padi. Sesuai la orang berasal dari Jerlun letak nama blog jelapang padi yang sinonim dengan negeri Kedah. JP ni suka mengambil gambar. Tapi dia jarang ada dalam gambar. Itu yang peliknya.

Terima kasih sahabatku kerana kekal menjadi sahabat dari dulu hingga kini. Niat awak yang ikhlas itu tak akan Zumal lupakan. Kepada korang jangan lupa terjah blog JP yer...

You May Also Like

10 insan berbicara

  1. hi JP.. :) bagus kalo dpt kawan yg ikhlas nk berkawan ngna kita..

    ReplyDelete
  2. Tu la.. dulu banyak gak bisnes pernah try. Banyak gak yang tak menjadi sebab tak ajak kawan, takut jd macam ni la.. Selalu target stranger ja, last-last tak jadi gak ^^"

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    bagus ada kawan baik susah senang walaupun seorang :)

    ReplyDelete
  4. semoga kekal persahabatan..

    ReplyDelete
  5. Betul-betul. Dulu selalu juga terfikir nak cari kawan ramai untuk bisnes. Tapi bila fikir-fikir balik, niat salah. Rasa sepertinya tiada kejujuran dalam perhubungan.

    Sekarang ni pula, ada istilah networking. Networking untuk kerja, networking untuk bisnes.

    ReplyDelete
  6. best nya ada sahabat sejati..susah senang bersama

    ReplyDelete
  7. Pernah juga fikir macamtu tapi sekarang berkawan dengan siapa yang sudi kawan je.

    ReplyDelete
  8. kalau ada niat berniaga kena teruskan
    lebih-lebih lagi kalau product tu sgt2 terkesan
    dpt bantu org ramai

    ReplyDelete
  9. berkawan ni, kunci dia adalah ikhlas. kalu dr awal mmg ada niat itu, pasti tiada wujud istilah tikam blkg ke, tipu menipu ke etc. sbb apa? innamal 'amaalu binniat...

    ReplyDelete
  10. Hii JP! Sama la kita suka snap gambar tapi bukan ambil gambar kita sendiri la hehe.

    ReplyDelete