Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Ayat biasa dan macam selalu mukadimah entri.
Hari ni hari ketiga Zumal berubah lokasi tugas di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana pak cik yang Zumal jaga tu dimasukkan ke wad.
Ketika entri ini sedang ditulis, Zumal tengah kaku sorang-sorang dalam kereta di parking hospital paling belakang. Ada kereta zumal dan sebuah teksi je kat parking ni.
Selesai tugas tadi rasa sakit sangat. Pedih perut macam nak putus pinggang pun ada. Lepas sampai kat kereta kaki pula sakit macam biasa. Dah kaku tak tau nak buat apa. Malas la minta tolong, lagi satu malu kalau kena tahan kat wad. Dah berpeluh tahan sakit dan pedih yang amat sangat ni dapat taip entri ni.
Maybe kalau tak mampu drive balik tido dalam kereta ja. Ya Allah tolonglah aku... Tak terdaya lagi...