TERSENTUH HATI INI

by - 9:00:00 am

Dari kiri Ayah, Mama, Noi, Yon, Ali
Belakang Herry, Zumal, Iffat dan Man

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Gambar kat atas tu gambar Zumal sekeluarga masa kat Morib dalam bulan Oktober 2017. Tersimpan rapi sebagai kenangan terindah. Bukan senang nak berkumpul kesemua satu keluarga.

Ahad minggu lepas (ketika entri ini ditulis) ayah call Zumal. Sedih dengar suara ayah, ayah tak sihat. Hmmm ayah dan mama dah 66 tahun kalau tak sihat. Mama pun selalu juga tak sihat. Anak dia yang sulung yang menaip entri ni pun tak la sihat sangat. Apa pun Zumal hanya doakan dari jauh agar Ayah, mama dan keluarga semuanya sihat.

Ayah dengan nada sedih mengharap Zumal ke sana untuk tolong uruskan perniagaan famili di Pulau Indah. Ayah cakap nak pindah balik kampung di Muar.

Zumal rasa sangat sedih dengar cerita ayah tu. Rasanya macam ada yang mengganggu fikiran ayah. Zumal ni berat hati nak terima sebab adik Zumal pun ada di sana dan tak kerja maybe dia boleh uruskan. Apa pun Zumal harap adik-adik jagalah ayah dan mama baik-baik jangan biar dorang sedih dan terluka.

Apa pun jika ayah tetap nak berhijrah Zumal hanya mampu doakan yang terbaik buat ayah dan mama. Makin jauh la dari anakanda ni...

You May Also Like

18 insan berbicara

  1. Semoga ayah dan mak zumal diberi kesihatan yang baik.. Zumal juga..

    ReplyDelete
  2. moga mama & ayah zumal cpt sembuh...aamiin

    ReplyDelete
  3. jauh betul tu, utara perlis dgn selatan johor..
    semoga dipermudahkan yer zumal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin... Nasib la bukan kutub utara dgn kutub selatan

      Delete
  4. syafakalllahulahum...utk family zumal

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segalanya dan diberi kesihatan yg baik buat ayah, mama dan keluarga Zumal seluruhnya.. aamiin.

    ReplyDelete
  6. semoga mereka berdua di berikan kesihatan yang baik aminnn

    ReplyDelete
  7. Semoga segala urusan Zumal & keluarga Zumal dipermudahkan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  8. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan semuanya berjalan lancar serta dipermudahkan ye.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Ayah jual macam2 juga, tapi fokus kasut dan topup,kedai ayah kat deretan tepi masjid tu Ayu

      Delete