SCAMMER MENGAKU KASTAM

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dunia sekarang semakin banyak penipu dan pihak yang mengaut keuntungan di atas angin. Itulah mereka yang digelar scammer. 

Tahukah anda ada scammer ni jenis suka cari peluang dengan buat panggilan pada kita. Kekadang mereka ni ada sedikit maklumat tentang kita. Biasa la scammer ni dorang juga penggodam yang boleh curi maklumat dan data tentang orang awam. Kekadang dari panggilan pun mereka dapat godam segala maklumat dalam telefon kita yer.

Zumal pernah terima panggilan dari pos laju tapi hanya operator yang bercakap dan suruh kita bercakap dengan pegawai bertugas. Itu bukan pos laju k, sekadar scammer jika kita ikut arahan yang diberi pasti kita terjerat. Pos laju ni kalau yang betul akan call terus je tak guna operator tau. Kalau ada tengok panggilan nombor pelik tak perlulah jawab. Hati-hati yer. Dan jangan call semula yer.

Baru-baru ini Zumal terima call dari pihak menyatakan mereka adalah Kastam. Tapi juga dari operator jer yang call dan ada arahan suruh kita tekan nombor tertentu untuk bercakap dengan pegawai bertugas. Diingatkan yer, pihak Kastam tidak terlibat dalam panggilan seperti ini yer. Pihak Kastam juga tak buat panggilan suruh bayar denda tau.

Berikut adalah nombor scammer yang katanya daripada pihak kastam.

1300 735 789 dan 46409078

Ingat yer nombor di atas adalah scammer yer. Nombor tersebut bukan daripada pihak Kastam. Jangan jawab dan jangan call semula. Kalau terjawab sekadar putuskan talian. Zumal harap maklumat ini dapat membantu anda.

You May Also Like

15 insan berbicara

  1. SCAMMER KRJANYA MENYUSAHKN SAJA YA

    ReplyDelete
  2. memang kena lebih berhati2 zaman sekarang
    penipu dan penjenayah semakin bijak dengan pelbagai strategi dan muslihat

    ReplyDelete
  3. mcm2, cik timm astro selalu call utk promosi pakej sbb guna astro njoi, last2, save no tu as 'pengacau', so tiap kali call, cik timm xangkat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm jenis tu dorang nak kita ni langgan pakej dorang. Tak cukup call siap email lagi

      Delete
  4. Macam-macam sekarang ni. Ada juga terima panggilan dari tah no.mana-mana. menyusahkan la scammer ni

    ReplyDelete
  5. nice share.. skrg ni macam2 cara org nk buat jahat

    ReplyDelete
  6. org skrg nk buat jahat mcm2 tektik..kesian kt mereka yg mudah terpedaya or tak ada ilmu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, selalu yang kena tu umur nak dekat emas sebab ada yang tak tahu keadaan semasa dan teknologi

      Delete
  7. btl tu zumal
    kene hati2
    kastam xkan buat panggilan personal
    ayu ritu pon dpt paggilan dr kastam yang mengatakan dorang ni dlm bhgian GST.. terus ayu letak telepon tuu
    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm Zumal pun bahagian GST juga katanya perniagaan zumal gst tak bayar sebelum ni

      Delete
  8. itu sbb..bila sis JM terima no panggilan tidak di kenali..sis JM x angkat..

    ReplyDelete