SARAPAN NASI KERABU : AL SAGOFF CORNER

by - 8:00:00 am


SARAPAN NASI KERABU : AL SAGOFF CORNER


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Isnin minggu lepas Zumal teringin sangat nak makan nasi kerabu. Kat Perlis ada satu pot fevret Zumal untuk beli nasi kerabu iaitu di Al Sagoff Corner yang terletak di Jejawi. Warung betul-betul di tepi jalan bersebelahan masjid di jalan utama dari Kangar nak ke Arau. Selepas traffic light simpang tiga Jejawi Permatang kita akan jumpa masjid dan selepasnya jumpalah  Al Sagoff Corner.

Orang sentiasa penuh di Al Sagoff Corner

Banyak kenangan Zumal sejak Al Sagoff Corner belum berpindah ke tempat sekarang ni terutama masa study dulu. Dekat belakang Al Sagoff Corner (tapak lama) ada pejabat construction, Zumal duk cari bahan assignment kat situ. Maklum la pengajian Zumal dulu banyak melibatkan projek-projek pembangunan, pembandaran dan infrastructure. Tapi bukan nak cerita bab tu la.


Al Sagoff Corner ni ada pelbagai menu, daripada kuih-muih, nasi lemak, nasi kandar bajet, roti canai, roti arab, nasi ayam, nasi dagang dan nasi kerabu. Banyak sangat pilihan sampai tak tau nak makan apa. Antara menu yang Zumal pernah makan adalah, nasi ayam, nasi lemak, roti canai, nasi kandar dan nasi kerabu. Zumal selalu beli bungkus jer.


Antara lauk di stall nasi kerabu




Kalau nasi kerabu ada pelbagai pilihan lauk tau. Zumal selalu pilih paru atau ayam goreng. Tapi yang sampingan perlu ada tu adalah telur masin dan solok lada. Zumal sebut cabai sumbat. Hahaha. Fevret tu. Harganya pun tak mahal dan rasanya sangat sedap sebab tu jadi fevret.

Datuk Ahmad Maslan tengah buat roti canai


Kalau nak tau Datuk Ahmad Maslan yang glamer tu pun biasa tebar roti canai kat sini. Datuk, Zumal pinjam gambar yer. Hmmm menteri pun mai makan sini tau. Jadi jom laa menjamu selera di Al Sagoff Corner. Buka Isnin sampai Sabtu, pagi sahaja...

You May Also Like

26 insan berbicara

  1. sampai menteri pun dtg mesti resto ni pemes kan kat sn

    ReplyDelete
  2. BANYK PILIHAN MAKANAN SEDAP DI SITU

    ReplyDelete
  3. Sedap ni.. teringin pula nak singgah klu ke sana nanti.. menarik :)

    ReplyDelete
  4. nasi kerabu? nasi kekhamis tak ada hihih

    ReplyDelete
  5. Al Sagoff? owner ni orang kelantan ke org Arab..nama Al Sagoff heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arab JM. Tauke buat air je kat situ. Lain menu penyewa tapak dalam kedai tu

      Delete
  6. woww...Datuk..pandai ke nak tebar roti canai itu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la Datuk pandai tak. Nanti pm Datuk

      Delete
  7. Memang banyak pilihan di al sagoff ni . . Pagi- pagi jer dh ramai orang terjah

    ReplyDelete
  8. lama tak makan nasi kerabu..satu lagi ada jugak ahmad maslam interprem kat situ yea.hehe

    ReplyDelete
  9. Femes betul tu sampai menteri pun turun padang sama. Tapi nasi kandar bajet tu macamana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nasi kandar selalunya mahal tapi kat sini dalam RM4-RM5 dah boleh nikmati nasi kandar

      Delete
  10. sama la ayu suke paru jugak..
    aduh duhh sedapnye nasi kerabuu
    ayu suke bila ade banyak ulam

    ReplyDelete