REZEKI

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Orang selalu kata rezeki tak salah alamat. Alhamdulillah setelah mengalami fasa yang sangat teruk dalam kehidupan, akhirnya bertingkat-tingkat rezeki yang datang.

Sebelum cerita bab rezeki tu, nak tahu tak zumal pernah tak ada sekeping duit kertas pun dalam dompet ni. Fuh seminggu kekal camtu. Nasib petrol dalam kereta cukup untuk pergi masjid. Kalau korang nak tahu, megi pun Zumal bahagi dua, separuh hari ni, separuh esoknya. Punyalah jimat.

Kalau tak jimat memang tak boleh survive dah sebab stok barang makan habis langsung. Hmm cerita betul tau. Bukan rekaan semata. Tapi bukan untuk minta simpati cuma hobi Zumal suka cerita kat blog ni. Hehehehe...

Akhirnya masuk bulan 2 ada rezeki yang datang. Projek yang dijanji tahun lepas pun tetiba muncul di saat genting ni. Alhamdulillah sesangat. Rezeki kebanyakan dari blog. Nampak juga dorang dekat blogger picisan ni. Hehehe...

Syukur sebab dalam 1 minggu ni 3 job muncul maybe payment tu 2 akan dapat minggu ini. Dalam happy tu ada juga sedihnya. Khamis minggu lepas rakan blogger Zaim Zero datang rumah cerita bab temuduga kedua dah lepas tapi Zumal tak dapat pun panggilan. Hmmm tak ada rezeki bab tu. Kalau tak boleh jadi rakan sekerja dia. Ceritanya SINI.

Disebalik tak dapat peluang tu timbul peluang lain. Sekarang ada someone bagi job jangka masa panjang yang kena perah otak juga sebab kena menulis buku. Fuh, blog pun susah nak tulis, ini kena buat buku pasal sejarah pulak tu. Ish ish... Apa pun rezeki jangan di tolak. Ya, Alhamdulillah ada rezeki kat situ selain kena buat kembali buat marketing untuk barang antik bos yang sama. Hmmm sejak dia nampak kita jual laju kita diberi tanggungjawab jual barang macam tu pulak. Jadi saudagar barang purba.

Apa pun, syukur Alhamdulillah. Rezeki ada di mana-mana. Kalau nak kasi lagi, email atau pm tepi tau. Sayang korang...

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. alhamdulillah.
    yg penting, jgn putus asa dan terus berdoa.
    usaha mencari. rezeki tu ada, kita yg kena cari.
    tahniah sebah tabah dan buat semua tu bebetul ye :)

    ReplyDelete
  2. semoga dimurahkan rezeki zumal...

    ReplyDelete
  3. Wahh.. menulis buku. menarik tu. takpa dun give up bro & keep it up! Yup rezeki jangan ditolak :)

    ReplyDelete
  4. ada usaha dan ikhtiar, rezeki tetap akan diperoleh...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah! Moga terus sukses ye. Yang penting jangan putus asa

    ReplyDelete
  6. sedih bila baca cerita Zumal ni..megi pun bahagi dua..

    ReplyDelete
  7. Sabar ye Zumal..x pe kalau x dapat rezeki lulus interbiu ada rezeki lain yang penting sentiasa bersyukur...merayu kepada Allah..dia maha mendengar

    ReplyDelete
  8. waaa..job besar tu..payment mesti masyuk kan..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Terima kasih bro. Ofis baru aku tnb belum masuk elektrik. Buat sementara berofis di rumah je la

      Delete
  10. alhamdullilah rezeki insyallah ade
    cume cepat n lambat
    yang penting jgn lupe berdoa dan meminta dariNya
    insyallah

    ReplyDelete
  11. yeee betull..rezeki tu mmg xpnah salah alamat..cikyan pon pnah xde duit satu sen pon...tp xde la nk meminta..tetiba ada je kwn nk blanja mkn tgahari...ada la sumber yg kita taktau..bersyukur dan jgn lupa doa juga.. moga murah rezeki...yg pnting jgn lupa sedekah...kita taktau, entah yg sikit time susah kita sedekah tu yg berkat...

    ReplyDelete