PORT SANTAI MALAM DI KANGAR

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak kebelakangan ini blog Dunia Zumal ni asyik cerita bab makan je. Hmmm fikir makan lebih baik dari bergosip atau fikir bab politik yang menyakitkan otak. Jangan marah.

Taman Sena Indah atau Taman Sena atau pun lebih kerap orang Perlis sebut kawasan roundabout adalah tempat yang hidup masa malamnya. Dulu sebelum wujud 7 Eleven di sini roundabout macam deretan kedai mati lepas pukul 10.00 malam. Tapi lepas ada 7 Eleven maka wujud la golongan tak reti tidur malam dekat sini. Lepas 7 Eleven ada lagi satu kedai serbaneka 24 jam di sini maka makin meriah la kehidupan malam area roundabout Kangar ni.

Beberapa tahun dulu pernah diwujudkan Pasar Tani Malam di sini tetapi hilang begitu saja. Tapi lepas tu bila tutup ja kedai-kedai yang beroperasi hingga jam 10.00, adalah peniaga lain ambil alih kaki lima kedai di Taman Sena Indah dengan pelbagai jualan dari pakaian hinggalah ke makanan. Car boot sale pun ada.



Tempat yang Zumal selalu shopping ialah di hadapan Ar Rahnu Perlis tu. Dekat situ akan ada beberapa peniaga akan berniaga. Ada 2 buah foodtruck iaitu Renaz Lok Lok dan peniaga burger, sebelah mereka ada peniga milo cup. Kedai makan pun ada 2 di situ yang buka hingga lewat malam. Jangan lupa Chortiez & Co pun dekat situ juga. Jadi bagi orang luar yang baru datang ke Perlis atau bercuti atau berkursus boleh terjah kawasan Taman Sena Indah ni. Gerenti rambang mata...

You May Also Like

4 insan berbicara

  1. bestnya..x la sunyi jek bila mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dulu Perlis kalau lepas pukul 10 malam boleh tidur atas jalan dah

      Delete