PADANG WAREMART : SYURGA SHOPPING TERKINI DI PERLIS

by - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hujung minggu yang lalu Zumal telah dapat kunjungan daripada seorang rakan blogger yang pulang bercuti dari KL. Masa kerja di Lembah Klang dulu pun beberapa kali jumpa dia. Kami berdua kenal dari zaman kampus lagi. Zaman tu kami tak jadi blogger lagi. Zumal start berblog tahun 2012, dan Faizul atau nama glamour dia JP baru jadi blogger tahun lepas. Nak berkenalan boleh la singgah di jelapangpadi.com Panjang pula mukadimah Zumal hari ni yer.

Padang Waremart Padang Besar 


PADANG WAREMART : SYURGA SHOPPING TERKINI DI PERLIS


Faizul ni suka sangat ke Padang Besar, jadi dia rasa teruja bila Zumal ceritakan ada tempat shopping baru di Padang Besar. Zumal sendiri belum pernah lagi ke Padang Waremart sejak balik di Perlis ni. Zumal tahu tempat ni pun sejak ianya tular di dalam group Saya Anak Perlis di facebook.

Zumal dan Faizul

Padang Waremart ni terletak bersebelahan Kompleks LKIM Padang Besar. Paling senang nak cari, hampa ambil jalan straight ja lepas roundabout Padang Besar. Depan pasar yang jual macam-macam tu juga. 

Padang Waremart

Padang Waremart

Padang Waremart ni dahulunya gudang je. Sekarang ni dah buka arked niaga yang seakan arked niaga lama Padang Besar tu tapi ianya lebih tersusun dan agak bersih juga. Padang Waremart ni setingkat je. Ada pelbagai barangan di sini, makanan, pakaian, aksesori, permainan dan lain-lain.
Bangku comel pelbagai corak

Pelbagai makanan 

Harga barangan di Padang Waremart ni tak banyak perbezaan dengan barang di pasar Padang Besar atau pun di arked niaga lama Padang Besar. Zumal tak la check kesemua harga tapi harga tu masih masuk akal lagi. 

Parking depan Padang Waremart

Padang Waremart ni juga ada tempat parking sendiri. Bayaran parking Padang Waremart ni adalah RM2.00 jer.
Banyak juga peniaga dekat Padang Waremart ni. Paling best kita tak la terlanggar bahu orang lain dekat sini kerana pelanggan tak crowded sangat. Kalau bawak budak kecik kiranya tak risau nak lepas dia berjalan sendiri.

Nak beli yang mana yer?

Zumal rambang mata juga kat sini lagi pula Zumal ni alergik dengan mainan dan barangan outdoor. Banyak pilihan dekat Padang Waremart ni. Berbaloi juga jika hampa suka jadi pengumpul barang camtu.

Untuk pengumpul diecast

Drone pun murah

Hah, camne dah terpengaruh dengan Zumal? Apa lagi cuti CNY dah dekat. Dorang pun mesti buka nanti sebab kebanyakan peniaga orang Melayu. Kalau datang dengan ETS atau komuter pun dekat jer. Jom kita shopping puas-puas...

You May Also Like

27 insan berbicara

  1. harga tapi harga tu masih masuk akal lagi? maksudnya lebih mahal atau lebih murah dari arked lama padang besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang je harganya,ada yang sama dan ada juga murah sikit

      Delete
  2. dulu pergi arked niaga lama kat padang besar tu..tak beli sgt sbb tgk harga mcm mencekik..pastu singgah pergi Wang Kelian..borong habis sbb murah dari arked tu..cuma kena bayar dalam Thai bhat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekarang wang kelian dah xde

      Delete
    2. dah tutup ke mcm mana? sbb pergi tahun lepas..ada lagik

      Delete
    3. Ooo camtu yer, ada kembali agaknya

      Delete
    4. Wang kelian sebelah thai happening tak sangga la ni cuma sebelah mesia ja xda org meniaga dah... kita nak p kena cop paspot

      Delete
    5. Insha Allah Wang Kelian Perlis bakal dibuka kembali disebabkan Tuanku Raja Perlis sendiri mohon sedemikian...

      Delete
  3. Selalu jejak kaki kar arked niaga padang besar .. padang waremart ni tgok dari jauh ja..xpernah jejak kaki lgi .. next time kalau pergi pdg besar nak kena singgaj tengok jgak barang apa yg ada

    ReplyDelete
  4. Selalu jejak kaki kar arked niaga padang besar .. padang waremart ni tgok dari jauh ja..xpernah jejak kaki lgi .. next time kalau pergi pdg besar nak kena singgaj tengok jgak barang apa yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm nanti CCL singgah la shopping situ pulak yer

      Delete
  5. next week i'allah nak g padang besaq, hehe..

    ReplyDelete
  6. perlis. pdg besar.
    memang salah satu tempat aida aim nak gi thn ni.
    ntah la berjaya ke tak.
    sebab anak nak exam. may be towards end of the year kot.
    tapi maybe drive lah anak beranak.
    asben kata kos naik ets lebih lagi dari drive.
    dia sanggup nak drive :) hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drive sendiri boleh beli macam-macam, ets kalau ramai-ramai jadi tak berbaloi. Semoga dipermudahkan plan nya nanti...

      Delete
  7. haritu pergi padang besar, pergi yang arked je..tak tahu pulak ada waremart ni..kalau tahu confirm singgah

    ReplyDelete
  8. Saya pernah ke Perlis tp blom nemu t4 shopping nih. Next time mampir gan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat baru sahaja dibuka. Lokasinya juga mampir t4 lama

      Delete
  9. tak pernah smpai sne lg.. cleh nak gmbarkan
    mesti dia mcm pengkalan kubor or rantau pnjng kan

    ReplyDelete
  10. wahhhh org pompuan mesti suka ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies la target utama untuk pergi shopping tu. Hehe...

      Delete
  11. Nanti kalau sampai Perlis boleh la singgah sini. Mesti seronok kan tengok tempat orang

    ReplyDelete