MEE SEGERA PERISA TOM YAM UDANG THAILAND

by - 8:00:00 am

Mee Segera Tom Yam Udang Thailand


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita yer. Jangan risau hari ni Zumal tak membebel tapi just nak sharing. Sharing is caring depa mata.

Bulan lalu Zumal telah terbaca tentang kesedapan Mee Segera Tom Yam Udang Thailand atau Serda ini di blog seorang rakan blogger yang terkenal iaitu Siti Yang Menaip (SYM). Boleh baca entri SYM kat SINI.

Zumal memang tak pernah sekali pun beli mee segera Made in Thailand sebab tak ada pengaruh kuat dari sesiapa tapi mee ramen Korea tu Zumal dah try sebab pengaruh rakan sebaya terlalu tinggi.

Mee Serda ni hanya kebetulan je Zumal jumpa masa window shopping dekat Padang Waremart dengan rakan blogger jelapangpadi.com hujung minggu lalu. Zumal kalau masuk apa kedai pun mesti terbeli sesuatu walaupun tiada niat sebelum tu. Zumal terlalu mudah terpengaruh tau.

Cerita bab mee Serda. Buka ja bungkusan mee tu, seolah kembali di zaman kanak-kanak sebab ada bau seperti snek mamee tu. Tetiba teringat mamee. Bau dia buat kita rasa nak makan sangat-sangat.


Cara penyediaan mee Serda ada juga dalam bahasa melayu tapi dalam tulisan jawi

Perencah mee Serda

Masa belum tuang ayaq, bau macam mamee

Dah boleh makan

Mee Serda ni hampa tak payah masak, just tuang ayaq panaih lepas tu tunggu 2 minit dah boleh makan. Fuh rasanya macam makan mee tom yam original beb. Sedap sehingga menghirup mangkuk. Jangan risau mee ni halal ada logo halal Thailand yang diiktiraf Jakim. 

Kalau nak beli murah maybe sebelah Thailand. Tapi sebelah Padang Besar ada dijual campur flavour jadi hampa boleh rasa banyak jenis. Selamat memburu mee Serda yer.

You May Also Like

15 insan berbicara

  1. aduh2, nak beli jugaklah, selalu mkn dekat festival thailand jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo camtu ya Cik Timm,nanti beli simpan stok naa

      Delete
  2. mi ni laa kalu buat kerabu maggi, mmg terbaik. ramai recommend jenama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tapi zumal tak pernah makan kerabu maggi. Heeheh

      Delete
  3. kemain pengaruh rakan sebaya.. isk..!! mee korea tu ceq xleh telan la.. pedas kemaaahin. tahniah Zumal..!! hahaha da jumpa pun. btol2 mee tu macam mamee.. CT masak atas api sbb campur telor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Zumal kalau makan yang korea tu mesti sakit perut

      Delete
  4. ni ke yg buat kerabu maggi?
    kata nyer maggi mee malaysia tak sesuai dgn kerabu maggi.

    ReplyDelete
  5. tomyam feveret ccl ni , fuhh wajib rasa la maggie ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pergi shopping kat Padang Besar tau

      Delete
  6. sedap..
    tapi bg ayu mmg pedas ni..
    mee segera ni yang sllu bt kerabu megi
    sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pedas la juga tapi boleh terima tekak lagi...

      Delete
  7. Sedap Maggi Siam ni. Nak lagi sedap kalau buat kerabu maggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Zumal nak cuba buat kerabu maggi tu

      Delete