LANDSKAP KEJUR

by - 9:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni hujung minggu dan mesti ada yang cuti panjang sempena CNY kan? Selamat menyambut CNY dan happy holiday to all. Hari ni Zumal nak kongsi bab landskap pulak. Hari tu Zumal dah kongsi tips pilih pokok DI SINI. Pokok ni adalah landskap hidup, jadi perlukan kombinasi lain iaitu landskap kejur dalam taman kita. Landskap kejur adalah objek atau hiasan laman yang tak bernyawa seperti batu, pergola, pagar, lampu, tiang, atau apa-apa saja yang boleh diaplikasi terhadap taman anda.

Hari ini Zumal nak berkongsi jenis-jenis bangku untuk dijadikan hiasan dalam taman anda. Tanpa bangku maka tak lengkap la sesebuah taman itu. Tanpa bangku, taman kita jadi sia-sia. Kenapa sia-sia? Yelah, awak dah buat cantik-cantik lepas tu tak ada tempat rehat untuk menghayati keindahan taman awak tu. Rugi la... 

Di Malaysia yang ada cuaca hujan panas sepanjang tahun sesuai la letak bangku kayu, besi atau simen jer. Kalau letak sofa parah la kena tukar selalu sebab rosak akibat cuaca. Kalau bangku plastik pula, lama-lama ia akan reput. Bangku macam mana perlu kita cari? Hmmm jom terus membaca.

Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh cuba gunakan benda terbuang seperti cable reel dan kayu palet. Cable reel ni susah juga la nak jumpa tapi kayu palet ni kalau kita beli barang elektrik yang besar selalunya dilapik oleh palet. Atau boleh beli di gudang atau kedai-kedai borong. Nak beli produk siap pun boleh tapi harganya jadi mahal la. Jom tengok contoh bangku daripada cable reel dan palet.



Cantik dan kreatifkan? Haa bertuah la kalau ada tangan yang kreatif gitu. Itulah je la kalau nak diy sendiri. Tapi jika anda mempunyai peruntukan besar untuk taman anda, anda boleh saja membeli barang siap. Kalau kat Perlis bangku simen boleh dikategori murah juga sebab ianya boleh dibeli dengan harga bawah RM300, bangku simen ni ada pelbagai bentuk ada yang macam bongkah kayu, ada yang buat macam cendawan dan ada design-design moden.

Itu contoh bangku simen yang biasa kita lihat. Hmmm seterusnya kita boleh gunakan bangku besi ala bistro tu atau bangku kayu untuk taman kita.




Cantik kan? Semoga perkongsian Zumal dapat membantu anda mengindahkan taman anda yer. Selamat mencuba...

Sumber gambar: Google Image

You May Also Like

11 insan berbicara

  1. Banyak pilihan untuk mengindahkan landskap kita.

    ReplyDelete
  2. Wah...tak sangka zumal minat ya bab2 landskap ni...saya suka jugak tanam2 pokok..setakat ni mostly pokok herba2 yang boleh makan je..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm Zumal ni minat tapi tak la sampai mampu buat landskap kat rumah sendiri. Tapi kalau tips landskap memang zumal baca dan beli

      Delete
  3. Suka sangat DIY ni.. kalau in the future ada taman camtu mungkin akan wat macam2 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun teringin nak ada kawasan camtu,rasa tenang je kan

      Delete
  4. wahhh best nyer dpt buat aktiviti mcm ni... boleh ralit n hlg masalah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu Anies. Kalau ada kolam ikan lagi best...

      Delete
  5. kalau ada rumah atas tanah baru best nak buat lanskap kejur ni..ni rumah bertingkat..susah sikit

    ReplyDelete