JENAMA RARE

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat bertugas buat anda semua bagi yang bekerja tu yer. Zumal maybe masa entri ni keluar tengah siram pokok kot. Kalau tak sihat, maybe Zumal tengah sambung mimpi jer. 

Awal bulan hari Zumal terserempak Ali Baba, bukan Ali Baba kat negara China tu. Tu haa, lori Ali Baba tu. Siapa yang lahir tahun 80an-90an sure kenal la logo Ali Baba tu. Zumal ingatkan jenama ni dah ditelan zaman rupanya masih wujud sampai sekarang.

Kalau dulu, keropok Ali Baba ler Zumal sebut. Bungkusan dia putih lepas ada logo tu kat depan. Dalam pakej tu ada pula bungkusan surat khabar yang membaluti keropok dan mainan. Pada harga 20sen dapat mainan dan keropok. Kira ok la. Keropok tu kebanyakan buang je.

Keropok Ali Baba ni kiranya sama macam surprise egg yang budak sekarang suka tu. Tapi zaman kami mainan macam depa dapat tu cuma 20 sen jer. Surprise egg tu ada kedai juai lebih RM4.00 kan. Pening kepala parent kan. Kawan Zumal yang ada anak tu cakap depa terpaksa melencong tang lain kalau nampak benda tu. Tapi rasanya sekarang taktik depa letak surprise egg tu dekat kaunter. Alamatnya terpaksa la hampa beli dekat anak-anak.

Tahun 1996 dan ke atas dulu, ini la keropok yang buat Zumal jana income harian. Zumal ni buat bisnes dari umur 12 tahun dan Ali Baba antara produk pelaris jualan Zumal. Walaupun berniaga dari zaman budak-budak tapi tak kaya-kaya juga. Hehe...

You May Also Like

25 insan berbicara

  1. alolo... best apa kecik2 dah pandai meniaga. ada experience..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,experience tu buat Zumal sayang nak tinggal dunia bisnes ni

      Delete
  2. saya masa kecil pernah berniaga pemadam...masa tu memang tengah popular lawan pemadam dekat sekolah..tapi dapat duit habis macam tu ja =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul la masa dulu popular lawan pemadam. Zumal pun sama duit berniaga habis macam tu jer...

      Delete
    2. hahaha...tapi tulah..setakat ni saya boleh dikatakan memang tak pandai berniaga...tolong-tolong macam tu ja =)

      Delete
    3. Takpe kumpul pengalaman dulu

      Delete
  3. dulu memang nak beli sangat keropok ali baba tu

    ReplyDelete
  4. tak pnah jumpa lg keropok ali baba...hahha..camna tuh..

    ReplyDelete
  5. RM4 yea harga suprise egg ni..boleh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal maksudkan kinder bueno... Ali baba tu 20 sen aje...

      Delete
  6. Dah tak ingt la pernah makan ke tak haha. Saya tahun 1995 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain lebih 11 tahun dari zaman zumal, maybe Ain dibesarkan dengan jenama lain dah...

      Delete
  7. ingat2 lupa dah tapi rasa2 macam pernah makan keropok nih sebab dapat hadiah
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keropok tu macam tak ade nilai je bagi kanak-kanak time tu yang penting mainan...

      Delete
  8. Alaa. Saya lahir 90an. Kenapa tak tahu pasal Ali Baba ni. hahaha

    ReplyDelete
  9. keropok x mkn nak menan je eh..klau2 anak-anak nak..tak yah bawak pegi kedai..tggal kat umah je hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai kena janji kalau nak ikut pergi kedai jangan mintak apa-apa

      Delete
  10. Tudia.. dah RM4.00 eh, lama pun sy tak beli surprise egg ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling murah RM4.00, ada yang jual.lebih dari RM5.00 tau

      Delete