IDEA BISNES 2018

By Dunia Zumal - 10:30:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Budaya orang kita yang semakin menular sekarang ni adalah budaya lepak. Lepak tu sebenarnya ada faedah jika kita melepak sambil mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga. Atau kita sebut beriadah la dengan keluarga.

Tahu tak? Anda boleh manfaatkan budaya masyarakat kita ini sebagai satu peluang. Peluang apa??? Inilah peluang untuk menjana pendapatan sampingan mahupun sepenuh masa. Pernah anda nampak mainan macam kat atas tu??? Hah selalu kita tengok ada orang buat bisnes sewa mainan berkuasa elektrik tu kat tempat-tempat awam bukan??? Itulah peluang bisnes buat anda...

Zumal sendiri berminat untuk menceburi peluang bisnes tu tapi belum cukup modalnya. Ye la tak kan nak beli sebuah je, confirm tak ada tarikan. Sekurang-kurangnya 3-5 buah baru la orang lain yang berkunjung nampak dan tertarik.

Harga mainan berkuasa elektrik ni tidak la terlalu mahal. Ia cuma dalam lingkungan RM150-RM300 sahaja. Hmmm murah tu. Zumal tengok dekat KL ada kedai menjualnya. Kalau anda tanya pemborong mainan confirm orang tunjukkan tempatnya. Zumal nampak pun masa pergi jalan-jalan di Jalan TAR. Lokasi tempat tu tak tahu la sebab masa tu dalam bas. Banyak betul mainan jenis tu di kedai tersebut.

Tapi kalau tak sempat pergi KL, anda juga boleh shopping online just beli dari peniaga online jer. Korang boleh la usha akaun www.instagram.com/kimiffat85 ada menjual mainan ni... Jangan risau itu adik Zumal bukan scammer yer.

Jom kita lihat pelbagai lagi mainan yang ada untuk korang pilih...














  • Share:

You Might Also Like

16 insan berbicara

loading...