DIA YANG COMEL

By Dunia Zumal - 9:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Rasanya entri ni menjelma pagi Sabtu kan... Selamat berehat dan berhujung minggu semua. Sapa yang comel? Hmmm nak tau ka?

DIA YANG COMEL


Ish pakat nak tau sapa yang comel tu naa. Ala Zumal bukannya ada makwe k. I'm single and tak tau la available ka dak. Yang comel yang dalam gambar kat atas tu. Tau ke bunga ape tu? Dulu Zumal tau tanam je, bila upload dalam facebook ada kawan dari Penang sebut cantik rose jepun tu, Zumal tanya la yang mana? Dia crop gambaq tunjuk bunga kat atas tu la. Sejak tu baru Zumal tahu nama pokok tu rose jepun. Comel tak? Secomel namanya kan???

Sejak duduk dirumah menjadi blogger sepenuh masa ni mulalah mencari stok pokok-pokok untuk ditanam di laman rumah. Bila pokok menjadi, bunga kembang mekar maka berbungalah juga hati Zumal yang sepi ni tau. 

Kalau korang nak tau rose jepun ni pokok paling senang nak jaga. Paling senang juga nak tanam. Dulu first time nak tanam zumal dan famili angkat zumal kidnap pokok kat sekolah. Ada la sebuah sekolah kat Perlis ni masa tu kami ada program kat situ. Pokok rose jepun tu tumbuh sepadang tau. Minta kat tukang kebun tu dia kata kerat la yang mana berkenan. Apa lagi orang dah bagi lampu hijau sebab dia pun nak potong yang lebih-lebih tu.

Walaupun pokok bunga rose jepun ni senang jaga jangan pula sampai tak siram ye sebab dia pun senang mati kalau cuaca kering sangat. Nak tanam pokok rose jepun ni senang je. Melalui keratan batang. Untuk tanam di rumah ni Zumal beli di Nat Pokok Getah masa berniaga awal bulan hari tu. Seikat RM2, beli 3 ikat RM5 jer. Nak tanamnya cukup senang, cucuk lubang kat tanah dan masukkan je batangnya. Dah siap. Kalau yang dah berbunga tu, korang tanam terus nampak bunga dia kembang mekar. Macam2 warna ada. Pokok rose jepun kembang time pagi jer dorang cakap. Tapi kat rumah Zumal ni dia kembang ikut suka dia ja. Sebab petang pun tengok kembang je...

Jom tengok apa lagi yang Zumal tanam kat rumah...


Abaikan gambar sekitar pokok tu naa. Time tu baru duk kemas. Zumal tanam rose jepun, bunga matahari dan cili padi je buat masa sekarang. Ok la selamat berehat semua.

  • Share:

You Might Also Like

15 insan berbicara

  1. memang comel rose jepun, dah la byk warna, sejuk mta klau dia kembng semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang bestnya Cik Timm,esok nak cari lagi stok bunga2 baru...

      Delete
  2. Dulu mama tanam banyak bunga ni, memang cantik!

    ReplyDelete
  3. Comel je bunga rose Jepun ni. Lagi comel kalau ia dah banyak dan berbunga hari-hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah start bunga memang bunga tu hari-hari ada

      Delete
  4. Replies
    1. Bukan rajin tu atyn tapi sebab tak tau nak buat apa dah...

      Delete
  5. waaaa.. rajin jugak bertanam bunga ek.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bosan rumah tak ada pokok bunga, nampak lalang je selalu...

      Delete
  6. rajinnya tanam pokok bunga..saya cuma tanam tanaman yang ada hasil jea.. macam sayur-sayuran

    ReplyDelete
  7. comel comel nya..makin berseri rumah Zumal..kena rajin siram tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mesti la siram JM... Nanti habis mood habis la semuanya

      Delete

loading...