BILA SEPATUTNYA KITA MEMBELI

by - 9:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sekarang sudah pasti banyak jualan murah di gedung-gedung membeli-belah yer. Biasa la perayaan CNY adalah antara perayaan terbesar di Malaysia. Lagi pun ramai juga peniaga di Malaysia dari kaum Cina jadi tak pelik mereka berlumba-lumba buat sale sebab nanti nak raya bergaya. Tak gitu???

Setelah hidup di permukaan dunia selama 34 tahun ni, Zumal tengok tawaran harga pada setiap perayaan tak sama. Maksudnya Zumal ada masa diskaun tu sikit jer dan ada masa diskaun gila-gila murah. Hmmm... Macam tak adil kan??? Dorang yang jual itu strategi bisnes la.


Bila sepatutnya kita membeli?


Soalan cepu cemas rasanya. Pada Zumal hanya ada dua masa perayaan yang harga barang betul-betul murah. Pertama adalah bila menghampiri CNY macam sekarang dan satu lagi masa dekat Krismas iaitu hujung tahun. Kenapa masa ni murah? Kita tahu kuasa membeli terletak pada mereka yang ada income besar jadi tak salah Zumal katakan kaum Cina kebanyakannya kaya raya jadi sepatutnya fokus jualan untuk mereka.

Masa Krismas pun kebanyakan kaum yang sama juga menyambutnya jadi masa ini la edisi jualan murah patut dijalankan lagi pun akhir tahun mereka nak habiskan stok. Tahun depan dah ada design-design baru pula.

Bagi kaum lain yang tak sambut perayaan tu sepatutnya kalau anda memang berniat nak beli barang-barang macam barangan elektrik dan perabut haruslah rebut peluang ni. Beli siap-siap tak salah kalau memang kita nak guna barang tu. Beli pun beli barang yang perlu jer di zaman ekonomi macam sekarang ni.

Selain tu, kalau anda memang jenis merancang sesuatu pembelian lebih awal, elok la anda survey dulu harga barang yang nak dibeli pada masa sebelum dan semasa sale diadakan supaya anda tak tertipu.

Lagi satu nak cerita kenapa sale time CNY dan Krismas ni murah, faktor utamanya kaum Cina ni mereka tolong sesama kaum mereka tak macam orang Melayu buka kedai kerja main harga jer mau untung cepat. Kita nak berniaga kena fikir masa ke hadapan sebab bukan nak bisnes sekadar sehari dua, bila nanti orang jumpa tempat lebih baik, orang dah tak singgah kedai kita. Jadi jagalah customer yang ada agar mereka setia yer.

Hmmm, itu saja yang Zumal nak share buat anda semua. Selamat bershopping, jadilah pengguna yang bijak...

You May Also Like

8 insan berbicara

  1. merancang membeli sesuatu benda tue memang penting zumal , tak ada la nnti ujung2 je dah terkapai-kapai duit poket habis

    ReplyDelete
  2. Hmm ada point ni.. Sebab tu la Yun Sing akan elak shopping masa-masa ni, sebab memang tak ada yang perlu pun. Tapi bila nampak sale ja mula la nak rambang mata. Jadi, paling baik elak xD

    ReplyDelete
  3. sempena CNY x lama lagi..Shopee Online ada buat sale..apa lagi...ni la time nk menyoping heee

    ReplyDelete
  4. btl tu zumal
    kene rebut peluang
    heheheh

    ReplyDelete