ACI PETS & AQUATIC KEDAI PILIHAN ZUMAL

By Dunia Zumal - 8:38:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni Zumal sengaja ubah masa bersiaran pukul 1.00 tengah hari. Hari ni nak cerita kedai kegemaran Zumal kalau nak beli ikan atau hamster. Kedai ni namanya Aci Pets & Acuatic. Lebih dikenali dengan panggilan Kedai Aci.

Dulu masa sekolah lagi Zumal selalu datang beli macam-macam dekat Kedai Aci sejak mereka buka kedai di tapak Giant Kangar yang sekarang ni. Dulu kecik ja kedai depa. Sekarang sejak pindah kedai baru memang banyak pilihan barangan.


Masuk ja Kedai Aci Zumal tertumpu pada pokok-pokok ni. Dekat Kedai Aci ni kalau hampa teringin nak buat taman air du rumah boleh mai pilih sini. Depa buat set, pokok, batu-batu dan kolam kecil atau pasu kecil dan boleh buat bela ikan tu. Kiranya hampa beli sini dan letak ja kat mana sesuai di rumah. Pasang siap la.

Dulu-dulu rajin duk tengok hamster dekat kedai aci ni tapi rasa malas la nak pesoh pasai tikus-tikus ni, Zumal nak bela ikan pula. Ikan kalau jenis Guppy (kapi) depa buat set sekali akuarium. Guppy ni senang bela tak perlu oksigen pun depa hidup aman damai ja.
Ikan Karin (tempat lain depa sebut ikan laga)



Hamster dan tikus

Hamster ni gebu

Koleksi ikan


Aksesori Pet

Kat sini memang banyak pilihan ikan, tikus, hamster, burung, arnab, landak pun ada, kalau nasib baik kucing, ular, iguana pun depa jual. Kalau hampa suka mengai (pancing) sini ada jual umpan. 

Selain pets tu, peralatan lain macam akuarium, kolam mini, sangkar hamster, sangkar burung dan macam-macam ada kat sini. Sebenarnya kalau kat Kangar kedai aci ni harganya paling murah. Tu la sebab Zumal cari pets kat sini. Nak tengok apa yang Zumal beli??? 

Haa, nampak ke ikan Zumal kat dalam tu. Ikan Guppy ada 2 set bermakna 4 ekor, dengan balang, batu dan pokok harganya cuma RM35. Balik rumah letak kat ruang tamu...

Aci Pets & Aquatic
Jalan Padang Behor
01000 Kangar, Perlis
(Hadapan SMK Tuanku Lailatul Shahren)

  • Share:

You Might Also Like

10 insan berbicara

  1. seronok bela2 ikan nih..kite pas abis batch ikan besar2 ni, nak bela guppy plak...tak payah selalu cuci kerium..ekekeke... skrg tgh cari pokok hidup yg blh buh dlm kerium cam kiambang ke ape tu...susah plak nak jumpa kat sini... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang musim kering susah juga nak cari maybe kawasan tasik ada la

      Delete
  2. uihh muat ke 4 eko dlm tu.. mcm comell je letak kt ruang tamu tepi tv ye zumal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik je ikan tu Ayu, letak atas meja kopi je

      Delete
  3. Comelnya! Yang kecil-kecil ni cute je. Tapi kalau ada anak kecil memang jenuh la nak perhatikan

    ReplyDelete
  4. balik penat keje leh tgk ikan guppy :-)

    ReplyDelete

loading...