TEST POWER

by - 3:58:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Petang ni sambil ceq duk minum ayaq hangat saja tergerak hati ni berletiaq (tak lama depa gelaq pak cik bawang) 

Ok, petang ni ceq nak habaq la kat tempat ceq ni penduduk ramai. Kalau orang Perlis memang kenai la roundabout Kangaq ni tempat tumpuan. 

Tadi tu baru mukadimah la. Ni cerita dia, depa yang duk lalu lalang dalam kawasan perumahan terutama Taman Sena Indah, Taman Koperasi, Taman Seri Intan, Taman Norma dan Taman Harmoni yang ada kat roundabout ni pakat tak may bawak pelan-pelan. Semua macam nak race ja. Rasanya kalau boleh drift pun depa drift dah.

Sebagai pemerhati dan pengkritik tanpa bayaran ni nak teguq la. Bawak la pelan-pelan. Sat lagi mau budak-budak tiba-tiba lari ke batas tak ke arwah. Memang benda tak jadi lagi tapi beringat la sama. Dulu kucing ceq arwah pun sebab kena langgaq la. Langgaq lari pulak tu. Kucing ceq tu jenis penakut, kalau dia nampak apa-apa pun dia lari tapi kalau hampa mai macam pelesit dia tak dan la nak lari.

Slow la di kawasan perumahan dan kalau kawasan lain tu ikut la had laju yang ditetapkan noo. Kalau takut lambat, keluaq la awai-awai. 

Itu saja la ceq nak habaq bagi. Nasib la depa kat sini tak dak lori macam dalam gambaq tu, mau dak ceq pun arwah lama dah. Terima kasih kerana sudi membaca...

You May Also Like

9 insan berbicara

  1. YA LA HATI2 KAT JLN TU JG DUK LANGGAQ IKUT SUKA NO

    ReplyDelete
  2. kena ingat pasal orang lain juga masa memandu ni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ya kena hati-hati sebab kita share dengan orang lain juga...

      Delete
  4. tu jenis yg pentingkan diri. bw kenderaan mcm org gila. mcm dia sorg je yg byr road tax

    ReplyDelete
  5. sama ler kat area taman perumahan aida ni DZ.
    geram nyer la hai...
    da besar dah signboard TAMAN PERUMAHAN kat situ.
    tapi, drive mcm esok takde lagi!!!
    laju! kalau roundabout tu, bukan nyer dia ikot peraturan roundabout.
    dia kira dia nak cepat aje.

    ReplyDelete