SETAHUN LALU PADA 2 JANUARI 2017

By Dunia Zumal - 11:31:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Setahun lalu. Pada 2 Januari 2017. Zumal telah diprank oleh 3 orang sahabat. Masa tu Zumal masih bertugas di PAWE bersama Nurul. 

Dari pagi Nurul pinjam kereta, nasib la zumal ni ada motor nak buat kerja lain. Kita ni rasa pelik sebab macam2 dia suruh buat. Sat suruh p JKM. Kita ni haru biru jadinya. 

Kalau nak tau hari tu tarikh birthday Zumal. Ye la hari ni birthday Zumal ke 34 dah. Nurul tu tak wish pun kat zumal. Hat sorang cik kak tu pun sama. Maklum la hairan, sebab selalu depa ni jenis excited dengan birthday kawan2. 

Settle kena main dengan Nurul, zumal pun balik semula ke PAWE sebab tak punch card lagi. Sampai sana tak nampak pun kereta Zumal. Buka kunci pintu, gelap ja. Senja dah, gerun juga masuk ofis. Tetiba kena sergah dengan Fiza. Zumal tengok Nurul, Fiza dan Joyah (nama glamour) ada kat dalam. 

Pastu dengaq depa nyanyi lagu birthday sambil bawak kek. Terharu sangat. 

La ni, kami semua dah bertukar kerja, jumpa tu jumpa juga la. Tapi rindu kat depa. Awal pagi tadi Fiza wish birthday awai. Ingatkan dah lupa. Thanks la teman sehati sejiwa. Kapal kat atas tu hadiah dari depa. Nurul kata Fiza yang nak sangat kapal tu. Terima kasih semua... Sayang u all, dulu kawan kini seperti famili dah... 

Kad ucapan dari Fiza
dah setahun zumal simpan 

  • Share:

You Might Also Like

6 insan berbicara


  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  2. kad tu ada bentuk love ka? ehhh


    Selamat ulangthaun kelahiran zumal, semoga dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bentuk hati, kalau sebut love lari maksud pula...

      Delete
  3. Happy belated day ya. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segalanya. Aamiin

    ReplyDelete

loading...