POSISI DUDUK YANG BETUL

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sering sakit belakang, lenguh dan badan rasa tak selesa? Hurmm Zumal pun macam tu tau.

Sebenarnya gejala demikian berlaku kerana kita sering mengabaikan cara yang betul untuk berjalan, berlari, mengangkat barang, tidur dan duduk. 

Apabila kita mengabaikan cara duduk yang betul misalnya, ia akan memudaratkan kesihatan kita terutama kesihatan tulang belakang kita. Sememangnya kita tak rasa seronok pun duduk secara membongkok tu tapi bila kita dah terbiasa jadi sukar untuk diubah. Cara dan posisi duduk yang betul bolehlah anda rujuk pada gambar di atas.

Oleh yang demikian kita kenalah juga membiasakan perkara yang baik iaitu mengamalkan cara duduk yang betul. Ini dapat menjaga tulang belakang dan mengelakkan kita berasa sakit-sakit bila dah berumur.

Kalau kita ada anak, seeloknya kita didik mereka untuk menjalani cara hidup yang baik sebegini agar mereka terbiasa dan tidak kekok pada masa akan datang.

#p/s Zumal sendiri sukar nak ubah posisi duduk yang betul ni kerana tak biasa dari kecil tapi dalam proses untuk membiasakan diri. Semoga perkongsian yang baik ini dapat dimanfaatkan bersama.

You May Also Like

16 insan berbicara

  1. salah juga posisi duduk saya sebelum nih
    kalau buat posisi yg betul rasa macam lenguh pula
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenguh tu lenguh juga tapi terpaksa biasakan

      Delete
  2. tanpa sedar kita selalu buat yg pic tgh tu...

    ReplyDelete
  3. betul tu, kena duduk ngan ergonomik...kalo tak merana di kemudian hari

    ReplyDelete
  4. GV pun kena betulkan posisi duduk GV . Huhu. Terbaik info Mr Zumal. :D

    ReplyDelete
  5. betul..terutama yang kerja kat opis tu..menghadap komputer je..duduk seharian mmg kena dulu posisi yg betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu JM duk di ofis guna masa sangat lama

      Delete
  6. nak betulkan posisi duduk saya besa pakai korset. bagusnya korset ini ia membantu betulkan tulang kita, jadi lepas pakai rasa lega sangat. cuma tu le korset ini org pompuan je la pakai setakat ni.hihi...

    ReplyDelete
  7. huu~ selalu salah duduk.. posture tak betul tu yang sakit2 badan agaknye kan..

    ReplyDelete
  8. Oo.. memang selalu duduk cara salah camni. Memang kena ubah ni

    ReplyDelete