PENAMPAKAN IKAN LUMBA-LUMBA DI KUALA PERLIS

By Dunia Zumal - 6:30:00 am

Sumner: Kosmo


MELIHAT kelibat ikan lumba-lumba bermain-main di permukaan air pastinya menjadi antara kenangan terindah bagi sesiapa sahaja yang pertama kali melihat spesies laut tersebut.

Bagi sesetengah individu, pengalaman dapat melihat hidupan laut comel itu mungkin hanya dapat ditatap dalam rancangan dokumentari di televisyen atau jika berkunjung ke luar negara sahaja.

Namun, ia bukan satu perkara asing kepada Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Negeri Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman, 28, apabila kerap terserempak dengan hidupan tersebut yang dilihat bukan melalui kaca televisyen mahupun di luar negara, tetapi di Malaysia sendiri terutamanya di Kuala Perlis.

Dolphin Di Kuala Perlis

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Kuala Perlis ialah kewujudan ikan lumba-lumba sejak 1960-an lagi, katanya mendedahkan perkara tersebut sewaktu ditemui kru Jurnal baru-baru ini.

Tambahnya lagi, penduduk Perlis sendiri kebanyakannya tidak mengetahui kewujudan hidupan mamalia itu sekitar kawasan perairan di Kuala Perlis sejak sekian lama.

Syamil yang juga pengasas PNW sejak ia ditubuhkan pada Mac lalu itu mengakui bahawa kewujudan ikan lumba-lumba di Kuala Perlis merupakan suatu anugerah sementelah dirinya juga merupakan seorang pencinta alam sekitar.

Tujuan penubuhan PNW sendiri adalah sebagai wadah bagi memelihara alam flora dan fauna di negeri Perlis,tutur Syamil yang menubuhkan PNW bersama seorang lagi rakannya, Khairul Annuar Abas, 28.

Menyentuh tentang kewujudan ikan lumba-lumba yang terdapat di perairan Kuala Perlis, Syamil mendakwa terdapat empat spesies mamalia itu di sekitar kawasan tersebut.

Di Pulau Batu Layang sahaja terdapat kira-kira 40 hingga 50 ekor ikan lumba-lumba di situ, tutur Syamil menerangkan habitat ikan tersebut yang boleh ditemui di satu-satunya pulau yang terdapat di negeri Perlis.

Bagaimanapun, Syamil memberitahu, untuk melihat ikan lumba-lumba itu dengan lebih jelas, dia perlu mengikut nelayan ke tengah laut dan terpaksa menunggu selama sejam hingga ke tiga jam sebelum terserempak dengan kelibat ikan lumba-lumba tersebut.

Jelas Syamil, dia tidak menolak kehadiran ikan lumba-lumba di perairan Kuala Perlis disebabkan faktor sumber makanan yang banyak seperti anak-anak ikan belanak, ikan kedera dan udang yang terdapat di situ.

Berita selanjutnya boleh dibaca di KOSMO...

Sumner: Kosmo

  • Share:

You Might Also Like

9 insan berbicara

  1. Eehhh ada ek? Bestnyaa orang Perlis. Boleh boleh real tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Zumal pun baru dapat tahu dalam berita semalam...

      Delete
    2. Owahhh ni lagi best! Untung banyak

      Delete
  2. Assalam zumal..awak dah tukar theme blog? Patut nampak lebih segar dan menarik..keep it up eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam JM, belum lagi cuma untuk versi mobile je tukar...

      Delete
  3. Dolphin di kuala perlis? Woww berita baik ni..x perlu pergi autralia lagi kalau nk tgk dolphin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tak perlu pergi jauh dah... Tapi Zumal belum pernah jumpa...

      Delete
  4. waaaa..bestla...tak yah pegi tgk kt oversea

    ReplyDelete

loading...