PASAR MALAM BUNIAN SEGAMAT

by - 8:00:00 am

Sekadar Hiasan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni Zumal nak cerita seram sikit. Semua kisah benar cuma bukannya dialami oleh Zumal sendiri.

Ayah Zumal asal Muar, Johor. Keturunan jawa tau. Ayah, mama dan adik-adik jer kerap balik Muar sebab Zumal tinggal berasingan di Perlis. Depa semua tinggal di Selangor. Zumal duduk dengan arwah tokwan dan tok sejak baby. Tokwan Zumal ni sebelah mama walaupun kampung kelahiran mama di Kulim.

Hmmm mukadimah lari tajuk agak panjang. Ok disebabkan kampung ayah di Muar, apabila cuti sekolah memang ayah dan famili akan balik Muar la. Pilih kasih sebab Perlis jarang balik. Ayah Zumal ni jarang guna highway sebab lari dari tol katanya. Bermakna lalu ikut jalan dalam a.k.a jalan lama la.

Jalan lama ni biasa la tak elok sangat, lepas tu suasana pulak kampung dan hutan je tau. Kalau sorang memang dak la ceq nak lalu. 

Kisah ni berlaku tahun 90an. Memang time ni pembangunan belum sepesat sekarang. Jalan pun lopak-lopak je tau. Tapi ayah suka camtu. Pada hari tu ayah dan famili balik Muar dengan van. Kiranya depa 4 orang la. Bertolak dah lewat petang jadi kebarangkalian sampai Muar tu malam. 

Dalam perjalanan tu, sekitar Segamat, kiranya dah dekat sangat la dengan Muar tu. Di tepi jalan tu ayah jumpa pasar malam. Oleh kerana nak balik kampung jadi ayah pun ingat nak beli buah-buahan sebagai buah tangan untuk anak-anak saudara dia kat Muar tu.

Ayah je yang turun pergi membeli belah kat pasar malam tu. Ayah cerita dia jumpa orang yang macam pernah kenal jadi lama juga la berbual di situ. Cuma pakaian mereka dekat pasar malam tu serba putih. Berjubah putih katanya. Orang-orang dekat pasar malam tu tak bercakap dengan dia. Cuma lelaki yang mirip kawan lama tu je. Penjual dan pembeli semua berjubah putih. Mereka hanya manis dengan senyuman je.

Lepas dah siap membeli buah tu, ayah kembali ke van untuk meneruskan perjalanan. Mama dan adik-adik beritahu ayah sementara ayah keluar membeli di pasar malam tadi, banyak kereta yang selisih membunyikan hon tak tahu mengapa.

Perjalanan di teruskan. Sampai la di Muar dengan selamat. Tak bual sangat malam tu disebabkan letih. Ayah tukar pakai kain dan yang lain bersedia untuk tidur.

Esok paginya, dah ada saudara mara lain yang sampai di kampung. Maklum la cuti sekolah. Ayah dan adik-adiknya berbual sambil makan buah-buahan yang dibeli semalam. Sampai la satu pertanyaan dari Pak Ngah bertanyakan beli buah-buahan tu di mana. Dengar je jalan lama segamat terus tergamam.

Pak Ngah tanya ada beli apa lagi. Ayah beritahu hanya buah-buahan. Ayah terkejut bila Pak Ngah beritahu itu pasar malam bunian, hutan je situ bukan ada perkampungan orang. Lepas tu baru la dia perasan keanehan yang dia tak sedar semalam seperti semua berjubah putih tu.

Semasa ayah bersiap untuk keluar ke rumah saudara lain, ayah ingin pakai kembali seluar semalam. Ayah terkejut dalam poket seluar ada beberapa keping daun kering. Baru dia teringat nak poket tu ayah letak duit baki masa bayar buah-buahan semalam. Jadi ayah pun tak meragui lagi bahawa itu memang pasar malam bunian.

Beberapa hari selepas tu famili Zumal nak berangkat balik ke Selangor. Ayah melalui jalan yang sama. Sampai kawasan yang dia singgah pasar malam tu baru dia tahu sekitar kawasan hutan tebal dan mustahil ada orang buat pasar malam. Seram depa semua masa tu.

Hmmm, itu saja kisah pasar malam bunian yang ayah selalu ceritakan. Zumal pun percaya sebab pengalaman tu terkena ayah sekeluarga. Ayah pula memang bukan kaki sembang. Jadi kalau nak singgah memana tu sila la hati-hati sebab RnR Bunian pun ade tau.

You May Also Like

11 insan berbicara

  1. Pasar malam bunian ni memang ada. Sebab one of my friend. Dia dgn kawan dia pernah kena. Masa tu dia otw nak ke mana tak sure. Tapi outstation la. Masa lalu jalan kampung tu. Kawan dia tidur. Masa dia drive dia bayar tol. Dah lepas dari tol tu. Dia mcm tersedar yang eh jalan kampung ada tol? eh dekat siapa aku bayar tadi? mcm mcm benda yang dia fikir.Impossible utk dia patah balik. Sebab dh jauh baru dia tersedar. And masa dlam blurblur cmtu. Dia nampak dekat hutan yang ada pokok pokok getah cmtu. Dekat dalam sikit ada mcm pasar malam. Kereta penuh tepi2 tu. And dia mcm hanya nampak kawasan tu cerah and ada lampu lampu. Dia nk turun nk beli something. So dia kejut kawan dia. Tapi,bila kawan dia terjaga and cakap jom blah. Terus dia ikut je la kata kwn dia. Kawan dia bagitahu dia masa dlm perjalanan tu yang itu mungkin pasar malam bunian. Sebab tak logik gila dalm kawasan sunyi yang takda rumah ttibe ada pasar malam?EM

    ReplyDelete
  2. huh!ngeri.. Baru nak plan pi jenjalan area selatan ikut jalan lama..huaaa

    ReplyDelete
  3. seram pulak baca ni.. tapi nampak mcm baik je orang2 bunian tu, manis dgn senyuman haha

    nasib baik time makan buah buahan tu tak jadi pape kan huhu

    ReplyDelete
  4. Seramnya..tp selalu juga dengar kisah alam bunian wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seram bila ayah dengan adik-adik cerita tapi rasa teringin nak jumpa. Hahahaha

      Delete
  5. alamak zumal seramnye
    tak pernah lagi dgr pasal pasar malam bunian ni
    lepas ni kalau nak melalui jalan kg waktumalam kene berhati2

    ReplyDelete
  6. sik baik laa x bc entry ni mlm2...kalu x xboleh tido sy nnt

    ReplyDelete