KINI BERMULA

By Dunia Zumal - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini bermulanya sesi persekolahan untuk negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang telah bermula sejak semalam. 

Bila bermula sesi persekolahan setiap tahun mesti Zumal terkenang semasa zumal mula bersekolah dulu. Macam-macam pengalaman yang zumal tempuhi. Ada yang boleh dikongsi dan ada yang zumal tak nak kongsi. Boleh gitu? 

Seperti yang korang tahu, zumal tinggal di kampung bersama tokwan dan tok. Masa zumal darjah satu dulu, tokwan hantar zumal ke sekolah menaiki gerek (basikal). Masih ingat lagi basikal mini jenama Ranggler berwarna biru. Basikal tu tokwan beli untuk mak su guna masa kat ITM (UiTM). Sampai sekarang basikal tu masih ada cuma arwah bagi kat kawan rapat dia. 

Bila dah tua terkenang susah payah tokwan hantar ke sekolah rasa sebak sebab zumal tak dapat pun membalas segala jasa arwah kepada zumal. Tapi zumal bersyukur kerana dapat berada di samping dia hingga akhir hayat. 

Dulu zumal la paling pelik kat sekolah. Zumal sorang je pelajar Melayu yang pakai seluar pendek. Sebelum ni pernah dah cerita dalam entri lepas. Arwah tokwan faham sistem sekolah tu masih sama macam zaman dia jadi guru besar dulu. Lagi pun sekolah Zumal tu dulu2 dikenali sebagai Kangar English School. Sampai darjah 3 pakai seluar pendek tu. Bila ingat nak gelak. 

Tokwan teman zumal masa kat sekolah tau. Masa rehat makan kat kantin dengan tokwan. Tak ingat sampai berapa lama tokwan tunggu tapi lepas tu tokwan balik dulu dan time rehat tokwan mai tunggu sampai balik. Cucu kesayangan tokwan. 

Tapi bukan macam zaman la, cikgu tak boleh sentuh pelajar. Tokwan zumal ni siap bagi rotan kat cikgu kelas zumal masa tu tau. Memang pesan suruh rotan. Tapi disebabkan zumal sejenis pelajar skema memang tak buat kesalahan la. Nak ponteng pun tak tau. 

Masa darjah 3, zumal ke sekolah tumpang kenderaan guru mengaji Al Quran zumal. Sampai la darjah 6. Zumal tak dibenarkan pergi naik basikal sendiri tau. Sekolah menengah baru bawak basikal sendiri. 

Sekarang ni tak pernah pulak terjumpa cikgu-cikgu sekolah rendah dulu kecuali guru besar. Sekolah tu pun zumal hanya pergi hanya untuk mengundi semasa pilihan raya. 

Apa pun buat para pelajar yang baru bersekolah dan yang dah bergelar pelajar ni belajar la rajin-rajin. Kalau tak mau belajar sila beritahu parent korang dan jangan buat pasal kat sekolah yer... 

  • Share:

You Might Also Like

6 insan berbicara

  1. zaman sekolah tak boleh diulang semula kan ,banyak kenangan manis dan pahit

    ReplyDelete
  2. sama la..sampai sekarang dah tak jumpa cikgu2 sekolah rendah dulu..ada juga yang dah meninggal.

    ReplyDelete
  3. Seronok melihat kanak2 datang ke sekolah hari ni Zumal..

    ReplyDelete
  4. Zaman persekolahan dulu dan sekarang dah banyak berubah. Dulu-dulu nakal-nakal pun mak ayah tak masuk campur sekarang hmm

    ReplyDelete

loading...