KENA JIMAT

by - 9:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak kebelakangan ni keperitan untuk survive hidup memang amat terasa bagi Zumal. Almaklum setakat hari ni masih menjadi full-time blogger. Alhamdulillah semasa menaip entri ni Zumal masih mampu bernafas, makan dan minum.


Nak tahu teruk tak teruk kehidupan Zumal sampai kehabisan segala barang dapur. Selain makan mee segera Zumal hanya masak nasi air, orang Perlis sebut moi dan ada menyebut bubur nasi.

Macam mana pun Zumal bersyukur sebab masih mampu meneruskan kehidupan ni. Lebih kurang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Macam ni la agaknya kehidupan nenek moyang kita zaman penjajah.

Bila dah berasa terlalu susah gini, Zumal pun mula planning untuk berkebun. Tanam apa yang Zumal perlu. Zumal ni suka makan bendi buat ulam mahupun gulai, jadi Zumal plan nak tanam bendi la selain tu cili, tomato dan apa saja untuk memasak.

Cuma kalau tanam duit dan boleh dapat banyak duit pun Zumal nak buat tapi itu dalam cerita kartun jer.

Kalau tahun lepas ada juga side income dengan bawak student ipt kat Perlis ni macam uber dan grab sekarang grab dah ambil alih jadi punca pendapatan Zumal dah berkurang. Kurang sangat-sangat.

Walau camne pun hidup perlu diteruskan. Moga projek rumah Zumal berjalan lancar nanti nak sewa bilik. Nak buat sewa pun kena la cantik kan, kalau buruk siapa yang mahu. Macam Zumal yang buruk ni juga siapa la mahu kan?

Moga job blogger pun masyuk la juga. Dan moga cepat dapat paymentnya. Kepada yang nak Zumal review tu boleh terus contact nombor 01140793530.

Itu saja edisi leteran untuk pagi Sabtu ini. Selamat berhujung minggu...

You May Also Like

6 insan berbicara

  1. happy weekend zumal!
    i'allah semoga murah rezeki zumal untuk hariseterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiin... Terima kasih and Happy weekend Cik Timm.

      Delete
    2. jangan risau rezeki. solat dhuha selalu, doa dan usaha. InsyaAllah, Allah tak menzalimi hambanya. Dia cuma bagi secukupnya untuk kita.

      Delete
  2. RAJIN BERKEBUN REZKI MELIMPAH XTERHABIS MKN BOLEH JUAL

    ReplyDelete
  3. kalau ada tanah tu..baik tanam pokok sayur sayuran tu..leh gak dapat hasi;..x rugi tanam pokok2 ni..in shaa Allah rezeki Allah itu luas..jgn sedih2 ye

    ReplyDelete