KEDIAMAN IDAMAN

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita dalam blog carca merba Zumal ni.

Ingat tak Zumal beritahu nak cerita bab wishlist lain yang Zumal idamkan? Hmmm entah la kalau tak ingat. Zumal pun tak ingat gak. He he...

Wishlist kedua Zumal ni berkaitan kediaman idaman Zumal la. Bukannya nak beli rumah baru. Cukup la sebijik teres setingkat ni pun. Lagi pun hutang rumah pun dah settle sejak 1995 lagi. Jangan buat pasai pi juai lak Zumal ooi. 

Kalau income dah stabil nanti Zumal nak buat setiap bilik yang ada dalam rumah Zumal seluas 20 kaki x 70 kaki ada ruangan macam kediaman berkonsep studio gitu. Bukan satu tapi nak bahagikan kepada 3 studio. Buat bagi jadi macam bilik hotel pun ok asalkan tetiap bilik tu lengkap dengan kelengkapan masing-masing. Dan bila dah siap boleh buat sewa pulak. Boleh buat untuk 3 penyewa kan. Hmm otak kartun Zumal ni. Biasalah, bila lagi nak praktik ijazah pengurusan pembangunan yang diperap dalam otak sejak 2004 kan.

Oleh itu tahun ni kena kerja keras la tak boleh main emosi kat media sosial ja. Insha Allah kerja pun buat, berniaga pun nak on juga. 

Buat percubaan pertama nak siap kan ruang tamu jadi 1st studio tapi untuk diri sendiri. Katil tak perlu sebab sofa Zumal bertindak jadi katil. Maybe nak buat ruang pantri, bilik air, ruang kerja. Tapi semua tu dah nak siap sebenarnya. Cuma nak pecah dinding dan asingkan ruang je. Nanti siap Zumal sharekan. Tata titi tutu...

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. setiap orang ada keinginan nak deko rumah sendiri kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah CCL, biar macam tu je nanti bosan... Ilham susah nak masuk...

      Delete
  2. wah..macam tak sabar pulak nak tengok hasilnya nanti..

    ReplyDelete
  3. insya allah, jika kita dah berusaha pasti Dia akan bukakan jln utk dpt kan kediaman idaman aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin amiin Y.R.A... Insha Allah berkat doa semua....

      Delete
  4. Memang cantik interior design tu. good luck

    ReplyDelete
  5. INSYAA ALLAH IMPIAN BERHASIL

    ReplyDelete
  6. Kenapa rumah idaman kita macam sama je, tp sekarang kena kumpul duit dlu sbb tak mampu nk beli

    ReplyDelete
  7. Semoga terlaksana impian ni. Nanti nak tengok juga hasilnya. All the best tau

    ReplyDelete