BUAH-BUAHAN RETRO

By Dunia Zumal - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tengah duk dengar radio Perlis FM pada petang sabtu lalu, Abg DJ menceritakan tentang buah-buahan yang susah nak dapat masa la ni. 

Zumal tak ingat buah yang DJ sebut tu. Tapi buah yang rindu yang zumal nak makan tu buah keriang dot. Dulu tak pernah beli pun. Masa duk main petang-petang sampai atas pokok keriang ni zumal panjat. Teringat rasa masam-masam manis dia. 

Keriang Dot
Lagi satu buah yang zumal rindu nak makan ni buah nanam. Buah nanam ni rupa dia berkerutu. Rupa macam katak pun ada. Rasa dia kelat masam. Suatu masa lalu pokok nanam ada di tanam tepi rumah masa kat kampung. Arwah tok wan tebang pokok tu pasai nak buat kenduri kahwin Mak Su. 

Buah Nanam
Itulah buah retro yang zumal rindu nak makan. Kalau ada benih teringin juga nak tanam. Bukan nak berniaga tapi tak mau bagi dia pupus. Hampa ada dak teringat buah yang susah nak jumpa la ni? Kongsi la sat... 

  • Share:

You Might Also Like

8 insan berbicara

  1. Alamak ..tengok buah keriang dott ni tetiba kembang pipi ..rasa mcm nk makan haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe,kalau ada kirim mai kat kami sama...

      Delete
  2. jujur ckp... xpenah mkn wpn ddk kgšŸ˜Š

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan kot buah keriang ni, atau ada nama lain ke buah ni? hihi
    kalau buah nam-nam tu pernah makan. masam-masam manis je. ada orang panggil buah katak puru. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahh buah nanam tu ada orang sebut katak puru,keriang tu tak pasti nama lainnya...

      Delete
  4. Buah keriang dot tu tak dapat bayang lagi buah apa. Kena tanya encik Google ni. Buah nanam tu rumah kita ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah keriang tu Zumal makan masa sekolah rendah dulu. Rindunyer...

      Delete

loading...