AZAM 2018

By Dunia Zumal - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat tahun baru 2018 buat semua. Alhamdulillah sampai juga di tahun ini. 

Bila sampai tahun baru, kita pun mulalah berazam baru kan?  Zumal ni rasanya dah tak ingat azam lama tapi selalunya dalam azam tu mesti ada nak kurus. Tahun ni kena perbaiki azam lama aje la dan ada tambahan sikit-sikit. 

Azam Zumal tahun ni nak capai berat 70kg kalau lagi kurang lagi bagus. Selain tu Zumal perbaiki diri agar lebih baik, nak solat on time, nak perbanyak solat jemaah kat masjid. Insha Allah. 

Selain tu nak teruskan apa yang zumal lakukan bulan 12 lalu iaitu makan nasi selang sehari, maybe kalau boleh selang seminggu. 

Kalau ada modal nak mula perniagaan baru, nak baiki rumah, set up lain bagi comel. Nak buat bilik sewa. Banyak juga nak kena cari sebab sebelum hijrah ke klang dulu zumal dah jual macam-macam, tahun ni nak beli barang-barang rumah sikit-sikit. 

Rasanya macam nak isi kekosongan dalam hati lak. Tapi entah la, tak ada calon pun untuk tu. Jatuh hati tu memang kerap, biar jatuh sorang2 je la. 

Untuk blog ni, ada modal nak upah deko bagi comel sikit. Nak perbanyakkan menulis. Nak cari laptop bagi merealisasikan azam ni. Fuh macam bentang bajet negara. 

Apa pun doakan semoga dipermudahkan segala usaha Zumal dan Zumal juga doakan tahun 2018 ini tahun yang cemerlang buat anda semua. Zumal sayang semua... Jumpa lagi... 

  • Share:

You Might Also Like

5 insan berbicara

loading...