ABANG NAK PESAN LAGI

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hmmm bertemu pula dalam versi seterusnya abang Zumal awak nak memberi pesanan dan teguran.

Zumal ni berduka cita sebenarnya dengan seseorang eh maybe bukan sorang la. Kenapa?

Kisahnya begini, bila kita masuk kerja di sesebuah tempat yang serba serbi baru bagi kita dah tentu kita akan bertanya pada yang senior atau korek ilmu pada yang lebih lama dari kita. Tapi... Haaa ada tapi tau.

Ok straight to the point, jangan la kita belajar pada insan yang segala mak nenek tu negatif. Zumal tahu awak pandai jadi patutnya awak kena pandai nilai benda yang diajar tu baik ke tidak? Jangan la main ikut je lepas tu kena marah awak emo tak tentu pasal. Awak buat salah kay. Banyak sangat salahnya. Nasib la abang awak ni selalu duk backup apa saja orang atas kata kat awak. Nak tau sebabnya...

Ya, Zumal tahu sebab tu. Kerana awak terpengaruh dengan ion-ion negatif kawan awak tu. Ni abang nak pesan, awak yang pegang jawatan tu tau, bila salah dan silap orang nampak awak. Nama awak, rekod awak jadi buruk. Walaupun awak dah berumah tangga tapi awak belajar tinggi dan masih muda, awak mesti akan cari kerja lebih baik. Tapi bila rekod awak buruk, macam mana awak nak dapat kerja lain???

Jangan la terlalu dipengaruhi orang lain. Abang awak ni kenal dia, dah banyak negatif dan benda-benda buruk dia bagi kat abang ni. Termasuk la fitnah sampai Zumal ni hampir gaduh dengan seseorang. Nasib la seseorang tu rapat dengan Zumal dan cerita satu per satu apa yang dah berlaku. Baru Zumal tahu siapa dia sebelum daku, eh silap siapa dia disebalik kisah-kisah lalu.

Permainan sangat kotor kerana dia tak nak tengok orang senang. Maybe dia nak jawatan tu tapi dia tahu dia tak mampu dan hubungan dia dengan boss-boss kita tu sangat tak baik.

Semoga dipermudahkan urusan awak yer. Abang sekadar pesan,maybe pesanan ni juga berguna buat anda di luar sana... Wassalam...

You May Also Like

6 insan berbicara

  1. Setuju sangat dengan pesanan zumal ini.. Kalau kawan baik macam manapun.. Bab negatif kena tolak tepi.. Kena pandai fikirlah mana baik mana buruk.. Jangan main bedal je..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini Zumal...lama tak datang jenguk blog Zumal...MD jarang2 dah update blog...sibuk sikit...

    ReplyDelete
  3. kalau org jenis fikir negatif susah nak maju..so harap2 org tu faham dan hadam pesanan abang zumal tu je :-)

    ReplyDelete
  4. hmmmmm...
    cari la yg positif.
    jauhi yg negatif.
    negatif ni tak bagi pe pe kebaikan pun. kan...

    ReplyDelete
  5. Office politics ke ni. Bahaya ni

    ReplyDelete