TERKENA

By Dunia Zumal - 11:34:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni kita bertemu lagi. Hari ni Zumal nak membebel sikit. Mohon tak kecam yer. 

Sejak menjadi manusia ni asyik terkena je dalam hidup ni. Lebih tepat sejak pegang duit sendiri la. Zumal ni macam orang hak kenal tu tau la zumal macam mana kan. Hampa cerita apa pun bukan zumal nak bangkang. Kalau time ada duit tu, hampa promote la apa pun sikap kesian ni akan buat zumal beli barang tu. 

Seingat zumal, terkena ni sejak zaman mengaji di uum lagi. Ada duit ptptn kan, hampa promote ja zumal beli. Kekadang rasa macam kena pukau pun ada. Pernah terbeli linguaphone, tau ka? Natang ni depa duk promote kat depan library dan mall dalam uum. 

Kerana benda ni, zumal turut menyebabkan arwah tok wan tolong bayar bulan2. Kos dia semua dalam 2500 rasanya. Kononnya kalau belajar dengan benda ni BI kita power la. Kira boleh cakap omputih macam ayaq. Depa promote mudah dapat keja. La zumal penganggur juga. 

Lagi satu time tu laptop mahai macam nak beli motor sebijik. Jadi bila ada skim bayaran mudah zumal tergoda la. Bayar muka RM900, bulan2 dalam 100 lebih. Depa juai kat varsiti mall, sampai la ni sebijik laptop dari company bernama siswaequip tu pun zumal terima. Pernah call sekali dua lepas tu call pun tak wujud dah. 

Ok tu pasal dalam kampus dulu la. Pelik la kenapa penipu dibenarkan terus menipu. 

Seterusnya lepas keluar uum terus buka kedai. Berniaga di bawah Pejabat Mara Perlis. Masa ni mula kenal mlm. Multi level marketing. Kononnya cara mudah nak buat income. Dari daftar puluh2 sampai ribu2 zumal join. Kenapa hang join?  Sebab nak dapat income macam depa cerita la. Lagi satu pasai kawan ajak. Ada lagi satu kawan jamin boleh bantu sampai dapat income. 

Kawan ooi, hampa nampak ka zumal ni nak bercakap depan orang pun payah ni nak suruh promote benda lagu tu. Memang la pi kursus ada semangat. Semangat tu tak cukup kalau masa zumal cakap tanpa u all tu memang tak ke mana la. Lagi satu, zumal ja yang tak cerdik, kawan2 lain cerdik tu depa tak join. 

Zumal masuk bawah hampa, hampa kenyang la. Pernah buat satu mlm gila2, kekadang zumal tolong jaga stokis bila tauke pi jalan2. Sampai satu tahap tengok pasai apa bonus tak masuk rupanya hampa isi bawah kaki lain. Emm hampa seronok la kan. Zumal yang rugi, hampa terus kaya ja. 

Banyak dah masuk jadi telinga dah kebal. Maybe depan u all zumal sokong. Balik rumah, zumal tutup ja cerita tu. Tak mau orang lain pula terkena. Selalu mlm yang diperkenalkan ni maju takat 2 tahun ja. Lepas tu bungkus tidak pun tukar plan baru yang buat kita ni kena daftar semula start dari bawah balik. 

Memang tak di dinafikan ada mlm yang kekal abadi sampai la ni selama puluhan tahun. Memang ada. Tapi nak cerita bagi tak semua boleh buat macam sifu hampa duk agung2kan tu. Zumal tak nampak jalan pun. Tapi hampa tau Zumal masuk juga. 

Ni nak cerita la, kalau zumal tak daftar benda tu zumal ada duit juga nak makan la ni. Hampa tau ka kerna hampa zumal makan megi hari2, makan tepung ja. Gadai habis segala barang yang ada. Sebabnya zumal tak ada income lain. Blog ni pun sendu ja. Sikit2 ajak pi dengar ceramah. Datuk itu ini nak mai cerita kisah dia. Kalau free tak pa la. Tapi kena bayar. Kalau rm2 pun duit gak. Minyak zumal nak pi lagi. Tapi ada kursus hat beratus, kena tiap2 minggu selama berminggu.

Tolong la. Zumal tak mau dah. Memang la hampa cerita ubah nasib tapi nasib lebih teruk. Tambah hutang, memang pernah ingat antara mati atau mintak sedekah ja. Ok bye. 

  • Share:

You Might Also Like

8 insan berbicara

  1. Kisah yang baik untuk dijadikan kesedaran masyarakat umum. Sebenarnya kisah 'Terkena' ini telah menjadi igauan yg ngeri kpd ramai dikalangan kita cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk penceritaan.

    Saya dpt menghayati dan menyelami kisah ini kerana saya juga pernah mengalami hampir 80% drp penceritaan ini. Sebenarnya apa jua yg terjadi dan impak yg diterima akan menjadikan kita individu yg kuat dan matang dlm mengharungi cabaran/kesusahan yg lebih berat dimasa akan dtg.

    Bagi diri saya sendiri, hal2 yg berlaku pada masa yg lalu telah memberi pengajaran kepada saya bahawa tidak ada jalan yg mudah untuk meraih keuntungan/kejayaan melainkan dengan usaha drp tangan kita sendiri. Biarlah ianya bermula dengan mendapat pendapatan RM10 sehari pun, biarlah penat, biarlah sengsara pada mulanya, namun itu lebih manis daripada kita 'Terkena' yg menyebabkan kita hilang segala apa yg kita dah ada.

    Say No to MLM. Tidak ada kejayaan yg mudah. Ini semua sandiwara dunia dan permainan wayang kulit bagi mereka yg tamak dan haloba untuk meraih kekayaan peribadi dengan manupulasi individu yg lain.

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah join MLM..tp sekali jela..macam Zumal jgk..takde bakat duk depan nk promote segala bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana bisnes macam ni kawan boleh hilang

      Delete
  3. moga terus tabah ya...banyak pengajaran daripada post ni...

    ReplyDelete
  4. Bersabar yea Abang Zumal.. Terus tabah.. Yea, hakikat ini banyak berlaku.. Tak tenang hidup mereka nanti

    ReplyDelete

loading...