TAMAN DALAM BALANG

By Dunia Zumal - 8:35:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu kembali kita dalam ruang usang ini. Bukan senang Zumal nak menulis ni tau. Walaupun kini seperti blogger sepenuh masa sebab tak ada kerja tetap. 

Dulu masa kerja di kedai kereta terpakai tu, Zumal akan selalu ditugaskan ke bengkel kereta di bandar Port Klang. Kalau pergi situ mesti berjam-jam lamanya menunggu kereta dibaiki oleh uncle yang nama glamour dia kat situ Panjang. Rasanya dia dapat nama sebab tinggi kot. Dia tu Chinese, tapi kalau bergurau dah macam Melayu dah. 

Sebelah kedai Panjang tu ada kedai akuarium. Zumal selalu jamu mata kat situ. Bukan tengok ikan tau. Tapi tengok kreativiti tauke dia susun landskap dalam akuarium. Kadang-kadang harga akuarium kosong yang comel tu baru RM60 gitu tapi bila dia susun dengan macam-macam tumbuhan, batu, kapal karam bagai jadi lebih dari RM100. Teruja tengok. 

Satu masa dulu zumal pun bela ikan dan jual ikan. Suka tengok ikan berenang sana-sini. Ikan tu tau beli ja tapi tak kenal pun. Ikan paling mahal pernah ada tu ikan kelisa, mati tak tau pasai apa. Nangis tau. Tak sampai setahun pun bela. Ikan lain ikan guppy, atau zumal sebut kapi. Ikan ni cepat membiak tapi yang geramnya depa perosak landskap dalam akuarium Zumal. Ikan kapi dengan ikan yang sama saiz dengan dia suka makan rumput yang Zumal tanam dalam akuarium tu. Tak dan seminggu tinggal bekas je. 
Contoh rumput yang ikan kapi suka makan
Dalam gambar tu rumput kegemaran ikan Zumal. Satu bekas dalam RM15 lebih kurang. Tanam dalam akuarium tu nak bagi nampak macam karang di lautan la kononnya. Tapi memang cantik. Habis depa makan Zumal beli lagi. 

Sebelum balik ke Perlis ingat nak beli la satu set akuarium tu tapi tak kesampaian sebab bos bagi gaji tak sama seperti dijanjikan. Potong setengah tau, nak servis kereta lagi memang tak cukup la. Sangat tak patut. 

Jom tengok contoh-contoh landskap akuarium yang zumal google tadi. 




Macam mana?  Cantik kan?  Jom la kita bela ikan lak. Bukan bela anak ikan k. Sampai jumpa lagi. 

  • Share:

You Might Also Like

13 insan berbicara

  1. yg suka bela ikan tu mesti tebeliak tgk pic2 ni ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Kreatif tu namanya Mal..ada akuarium ..tapi dah kosong ..tukar air basah lantai kan bahaya livin nanti

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Aah rasa macam nak jadi ikan dalam akuarium je

      Delete
  4. Lawa-lawa aih deco akuarium, kena be creative nak buat gitu

    ReplyDelete
  5. Cantik!! Suka tengok benda comel-comel ni

    ReplyDelete
  6. Impressed! Cantik-cantiklah :)

    ReplyDelete

loading...