BYE 2017

by - 7:30:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Esok dah pun sampai penghujung 2017. 

Bermacam liku kehidupan Zumal rasai sejak hidup betul2 sendirian. Alhamdulillah 2017 ni Zumal lebih kenal siapa yang boleh Zumal percaya. 

2017 juga banyak buat hati ini terguris dek luka yang tak pernah terubat tau. Mungkin sebab seseorang tu la. Mula macam nak jadi musuh duk menjauhkan diri ja. Zumal tak ambil pot sangat. Biar la dah takat tu ja kan. 

Tapi sejak balik Perlis kembali rapat semula. Tak pe still kawan dan dia anggap kita macam famili. Apa pun Zumal amat berterima kasih pada dia dan familinya yang buat Zumal betul2 rasa macam Zumal sebahagian keluarga mereka. Alhamdulillah. 

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga. Zumal hargai u all. 

Selain itu pengalaman kenal lebih rapat dengan seseorang yang kenal hanya dalam talian sejak 2015. Zumal memang la ada buat salah tapi awak tu pun kena faham juga salah awak. Terima kasih juga terima Zumal ni jadi kawan awak. Apa pun Zumal minta maaf andai Zumal buat awak tersinggung dulu. Apa pun Zumal tak nak bermusuhan. Zumal harap still boleh jadi kawan. Satu ja zumal harap fahami la zumal juga k. 

Tahun ni berbagai perkara luka terjadi. Maybe semua tu kifarah buat zumal. Kononnya nak hijrah cari rezeki di luar Perlis akhirnya Zumal akui semakin susah jadinya sebab kerana nak pi sana modal keluar banyak tapi yang dapatnya tak berbaloi. Dengan gaji pun ditipu. Bayar hanya separuh untuk kerja yang lebih dari orang lain. Tak ada pun nak tolong bangsa sendiri cuma untuk senangkan dia ja. Redha je la. 

Apa yang Zumal takut ialah kehilangan segala harta benda yang telah zumal warisi ni. Zumal masih tak mampu tanggung kos nak ada rumah sendiri, kereta, motor sendiri macam sekarang. Tapi syukur juga sebab semua tu Zumal terima tanpa modal sendiri cuma risau hutang makin bertambah walaupun ada yang tengok zumal tu senang la dah ada belaka tapi hampa tak tau betapa seksa nak tanggung semua ni. 

Zumal harapkan 2018 yang bakal kunjung tiba nanti dapat rezeki lebih untuk selesaikan hutang dengan ptptn, bandaran, pejabat tanah, road tax dan lain-lainnya. 

Itulah tahun 2017 pada Zumal adalah tahun tambah hutang sampai tak terdaya nak bayar. Moga tak tersita segala ini yang mungkin buat zumal sesal tak berkesudahan. 

Rasanya kalau terus pegang fon ni makin banyak zumal merepek. Cukup la setakat itu, selamat tinggal 2017, selamat tinggal kesedihan, selamat tinggal kenangan, semoga hadir cahaya 2018 membawa seribu makna. Amin... 

You May Also Like

7 insan berbicara

  1. Semoga 2018 lebih baik harapnya =)

    ReplyDelete
  2. Asalam Zumal..syukuri apa yg ada..moga lembaran baru 2018 lebih bermakna

    ReplyDelete
  3. Beranilah hadapi kehidupan ini bro.

    Semoga hadapi 2018 dengan kejayaan

    ReplyDelete
  4. semoga 2018 membawa lebih keceriaan utk zumal!

    ReplyDelete
  5. hai zumal , selamat tahun baru 2018 , semoga kita buka lambaran buku baru , azam baru

    ReplyDelete