Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Zumal telah menyertai kumpulan Blogger Utara seramai 24 orang. Kumpulan Blogger Utara dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp. Admin Kumpulan Blogger Utara ini ialah blogger yang tidak asing lagi iaitu Arz Moha dan Siti (SYM).
Ahad lalu 28 Jun 2015, Blogger Utara telah mengadakan first gatheringnya majlis Iftar di Vistana Hotel, Penang. Kebetulan pula Vistana Hotel ada diskaun untuk Buffet Ramadhan tahun ini. Tapi untuk first gathering ini, Zumal juga tidak dapat turut serta kerana ada komitmen keluarga. Majlis ini dihadiri oleh 7 orang ahli Blogger Utara bersama keluarga
Antara menu yang dinantikan oleh para sahabat Zumal ini adalah kambing golek. Bayangkan sebelum majlis kisah kambing menjadi viral. Semua keluar cerita pasal kambing.
Jom kita lihat menu Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang.
![]() |
Kambing yang diidam |
Macam mana lepas korang tengok menu tu? Teringin tak? Apa tunggu lagi call Vistana untuk booking meja yer. Juadah tu sedap jadi kalau tak booking dulu confirm tak ada tempat nanti. (Zumal, awak kan tak pergi macam mana tau sedap?) Jawapannya rakan-rakan Blogger Utara semua tersenyum dan kekenyangan ok. Mari Zumal kongsikan telatah rakan-rakan ketika beriftar di Vistana Hotel Penang tu.
![]() |
Bukan sekadar dihidang makanan tapi juga alunan muzik |
Selepas makan, semua sempat bergambar kenangan di Vistana Hotel Penang.
Harga Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang
Dewasa RM65Kanak-kanak RM30
(4-12 tahun)