Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia telah melancarkan Program 1 Million Women Purple Walk pada 17 Mac 2013 sempena Hari Wanita Sedunia dan sebagai mengiktiraf peranan wanita dalam masyarakat.
Di Perlis, program ini bermula sejak 15 Mac lagi. Pada hari tersebut, kerja-kerja persiapan untuk program dijalankan seperti penyediaan booth pameran dan sebagainya. Aku turut terlibat untuk persiapan booth JKM Perlis.
Pada 16 Mac booth pameran mula dibuka. Di booth kami turut dijalankan urutan refleksologi oleh golongan OKU serta pendaftaran sukarelawan kebajikan, jualan kraf OKU dan kutipan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan Lahad Datu untuk membantu mereka yang terjejas akibat pencerobohan yang berlaku di sana. Tabung ini telah dirasmikan oleh MB Perlis pada 17 Mac sempena pelancaran 1 Million Women Purple Walk peringkat negeri.
Pada hari sebelumnya gimik pelancaran tabung bantuan telah diadakan oleh peserta Perlis Bikers sempena lawatan mereka ke booth JKM.
Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan baik. Disini aku sertakan gambar-gambar sekitar majlis.
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
Jika dihayati bersama, inilah jiwa para wira negara. Kita juga perlu ada perasaan yang sama untuk Tanah Air tercinta ini. Jangan kerana mendambakan sesuatu kita sanggup mengorbankan tanah tumpah darah kita ini. Sayangilah negara kita, sayangilah kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini.
Sehingga hari ini 10 orang wira negara telah gugur di Lahad Datu, Sabah. Bersamalah kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka dan bersama kita hargai pengorbanan mereka serta para pejuang kita sejak dari awal kemerdekaan kita dahulu. Andai aku turut diberi peluang, ingin juga turut serta mempertahankan negara kita.
Allahuakbar!!!
Insiden pencerobohan di Lahad Datu telah mengejutkan seluruh negara dalam awal minggu lalu. 8 orang pejuang negara telah gugur disana. Sehingga kini operasi masih diteruskan. Semoga Ops Daulat berjaya. Al Fatihah untuk wira negara yang gugur. Bersama kita doakan agar keamanan negara kembali pulih. Insya Allah.
Sempena Bengkel Perancangan Pelan Strategik JKM Negeri Perlis di Hotel Rosa Passadena Cameron Highlands ni dapat la aku memanfaat peluang yang ada untuk jalan-jalan. Walaupun sejak datang 4 Mac lalu aku rasa tak sihat tapi aku redah juga. Alhamdulillah masih dapat bertahan.
Hari ni aku turun ke Kompleks DUN agak lewat kerana bersangkut dengan tugas stor sejak jam 7.50 pagi. Kini rakan-rakan dah bersedia menanti kunjungan PM.
Sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri Perlis pada 3 Mac 2013. Aku turut serta sebagai Sukarelawan Kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Pada 2 Mac 2013, aku dan rakan-rakan turun padang ke dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis menyiapkan khemah pameran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Esok 3 Mac 2013, program akan bermula 10 pagi. Aku berharap esok program berjalan lancar. Esok aku kongsikan perjalanan program ini.