3 Jan 2018

WISHLIST 2018



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Alhamdulillah bermulanya 2018 ni, zumal masih dapat maintain up entri dekat blog duniazumal.com ini. 

Insha Allah Zumal nak fokus lebih mendalam untuk dunia blog ini. Selain tu Zumal nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan utama zumal. Walau bagaimanapun zumal tak nak wujudkan blog lain, cuma nak fokus dengan 1 blog ini saja. Tapi boleh ke nak masukkan segala mak nenek dalam 1 blog ye? Rojak dengan pasembor pun sedap bila pelbagaikan campuran bahannya inikan pula blog ye... 

Dalam merealisasikan (baca gaya PM bentang bajet)  ok dalam merealisasikan cita-cita Zumal ini didapati ada kekurangan dalam alatan untuk zumal buat kerja-kerja berkaitan blog. Misalnya zumal masih tak ada pc mahupun laptop, selain itu camera pun tak ada, maybe zumal perlukan camera untuk ambil gambar yang lebih cun, lagi 1 phone pun nak kena beli baru kerana phone sekarang dah terlalu uzur. Lepas ada semua tu baru boleh pergi lebih jauh dalam dunia blogging ni. Rasanya laa. 

Semalam ada intai2 peluang kerja untuk cari modal nak beli semua ni. Zumal ni sebenarnya memang la memilih kerja sebab zumal tak nak kerja tu curi masa zumal untuk berblog. Tengok la tahun lepas nak berblogwalking pun tak sempat kerana kerja tak tentu masa, tak menentu pula cuti. Risau bila kerja hilang fokus untuk blog. 

Maybe Zumal ni nak kerja secara part time tapi berblog secara full time. Peluang nak dapat kerja tu dah ada. Tapi bukan la kerjaya pilihan tapi zumal akan grab juga kerana diberi kepercayaan untuk zumal lakukan. Insha Allah akan bermula dalam masa terdekat. Kerjaya impian hanya berniaga. 

Semoga dengan adanya kerja nanti dapatlah zumal tunaikan wishlist zumal tu. Itu baru wishlist untuk buat kerja, nanti zumal nak up wishlist untuk kediaman impian pula. Boleh lagu tu???  

Terima kasih kerana sudi membaca, eh nak sponsor barangan dalam wishlist tu ke? Alhamdulillah, whatsapp je 01140793530. Poyo je kan... Tata... 

13 comments:

  1. semoga wishlist zumal trcapai , CCL doakan yer

    ReplyDelete
  2. 2018 makin semangaaat kakak. Mantab kali jikalau sudah ada pekerjaan yang disukai JUST TAKE IT. Semoga ini menambah keberkahan. Indahnya sebuah mimpi yang terwujud.

    WISH U LUCK brother ... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, good luck for u too...

      Delete
  3. kalau tak salah akak sebelum ni zumal aktif juga ke event2 blogger kan??sejak akahir ni macam senyap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah start 2014-2015 join event sbb,tahun selepas tu bayar je tapi tak pi pasai ada hal tetiba. Lagi satu masalah kesihatan dan kewangan sama. 2017 paling sepi

      Delete
  4. Zumal kena kotakan azam baru ni..pasti berjaya..inshaAllah ada kemahuan pasti ada jalannya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, mudah-mudahan terlaksanalah

    ReplyDelete