1 Jan 2018

PADIYO - APLIKASI PARKING DI KANGAR



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Setelah dengar radio Perlis FM Zumal terdengar berita mengatakan sistem parking di Kangar boleh dibayar menggunakan aplikasi pintar. Terus zumal google dan jumpa la aplikasi Padiyo ini. 

Aplikasi ini masih dalam percubaan untuk 3 bulan pertama tahun 2018 ini.  Selepas itu pihak Majlis Perbandaran Kangar akan mempertimbangkan sama ada sistem ini diteruskan atau kembali kepada kupon biasa. Aplikasi ini juga percuma dan boleh di muat turun ke telefon pintar anda melalui Play Store. 

Katanya pengguna akan diberikan kredit percuma bernilai RM50 dan akan dikreditkan dalam jumlah RM5. Apabila penggunaan RM5 habis, kredit anda akan ditambah RM5 lagi sehingga la habis RM50 percuma tu.

Pengguna hanya perlu masukkan nombor plat kenderaan, nombor petak parking dan tempoh masa parking. Jika anda hendak tambah masa parking hanya perlu tambah di dalam aplikasi Padiyo sahaja tanpa perlu ke kenderaan anda.

Jika sistem ini diteruskan, anda boleh tambah nilai aplikasi Padiyo anda melalui kad debit dan kredit.

Apa tunggu lagi, orang Perlis kena guna la. Inilah tanda kemajuan kan?  Aplikasi Padiyo ini juga dibangunkan oleh anak Perlis. 

Padiyo ini hanya boleh digunakan di kawasan meletak kenderaan di Jalan Seruling, Kangar sahaja buat masa ini. Jika pihak MPK berpuashati dengan sistem ini barulah penggunaannya diperluaskan. Anda jangan risau penggunaan kupon tetap diteruskan, aplikasi ini hanya sebagai pilihan. 

laman utama Padiyo

Klik Profil untuk masukkan maklumat anda

Aplikasi Padiyo yang dalam Play Store
Pada pandangan zumal, penggunaan sistem ini suatu kemudahan yang perlu disokong dan diteruskan. Semoga rakyat selesa dengan pembaharuan ini. 

4 comments:

  1. wah menarik ni , first time CCL dengar aps padiyo ni, ok ni salah satu kemajuan , boleh inform dengan saudara mara lepas ni , tq zumal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya CCL, untuk 3 bulan pertama depa guna untuk jalan seruling saja

      Delete
  2. Satu bentuk kemajuan nampaknya

    ReplyDelete
  3. Wahh first time dengar tentang aplikasi ini. Menarik

    ReplyDelete