11 Jan 2018

KEBERSIHAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak akhir-akhir ini hal kebersihan kedai makan terutama kedai mamak menjadi tular.

Memang tak dinafikan bab kebersihan kedai mamak ni selalunya failed. Kat Perlis berapa kali kedai mamak yang terbesar diarahkan tutup. Kedai dekat rumah Zumal pun pernah tular tikus dalam gulai.

Hmmm. Tahukah anda, kekadang penyediaan bahan untuk memasak pun sebenarnya tidak bersih. 

Perkara ni dah lama la. Sekarang mungkin dah bagus. Malaysia pun nak maju dah. Tahun 2002-2003, tahun mana 1 tak ingat. Rasanya 2002. Hujung tahun. Kelas tingkatan 6 Sekolah Sukan Negeri Perlis mengadakan lawatan ke Kuala Gula, Perak. Fokus utama santuari burung laut dan paya bakau untuk subjek geografi STPM 2003. 

Alhamdulillah dengan adanya rombongan ke sana, Zumal lebih semangat mendalami ilmu geografi ni dan lebih mengenali alam sekitar. Alhamdulillah dapat A untuk subjek ni dalam STPM. Tapi kalau tanya soalan tu kat Zumal sekarang pastinya gagal nak jawab. Dah lama bro...

Selain lawatan ke paya bakau dan muzium burung laut kat sana, kami turut melawat perkampungan nelayan di situ. Bagus depa kat sana, buat ikan kering, udang kering dan belacan. 

Tapi, ikan kering dan udang kering tu depa atuq atas simen ja. Auk auk mai duk belari tang tu. Yang kerja tu pun pakai seluar pendek, kaki luas, duk bertinggung susun ikan sambil kelihatan apa yang tak sepatutnya. Macam tu la juga industri belacan depa. Sampai ngeri nak makan belacan seminggu.

Itu la tahap kebersihan yang tak dititikberatkan untuk proses penyediaan bahan untuk dibuat makanan. 

Lepas tu semasa kerja dengan sebuah company jualan langsung bukan MLM tau. Jual secara berdepan. Zumal jual kupon promosi. Semasa tu tahun 2009 kalau tak silap la. Zumal dengan manager masuk ke perkampungan nelayan di Pelabuhan Klang, situasi industri ikan kering dan udang kering kat situ pun sama juga suasana macam kat Kuala Gula. Auk auk berkeliaran atas benda yang dijemur. Dalam hati ni macam-macam kata-kata maki seranah timbul tau. Betapa kotornya benda itu dan kotor juga hati mereka yang berniaga benda tu. Hmmm...

12 comments:

  1. sblm ni kn ada beberapa pic viral yg menunjukkan hasil mknn diproses dgn cara tidak bersih then pastu company tu kena serbu dan trs kena sita. tp syg kejap je pastu buat blk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,tak nampak ketegasan dalam menguatkuasakan undang2

      Delete
  2. sedih kan bila mcm tu..
    bnda gitu jap pastu jd balik
    serbu lepas tu mncul balik

    ReplyDelete
  3. memang selalu dengar perkara macam ni..tapi lepas tu senyap sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mizi,selalunya tindakan dilakukan lepas dah viral dah lama sikit bebas kembali

      Delete
  4. SBB TU KITA SENTIASA CURIGA KEBERSIHAN BHN KERING SPT IKAN UDANG SOTONG YG KITA BELI KECUALI DIBELI DRPD PENGUSHA YG KITA KENALI

    ReplyDelete
  5. Eehhh sekarang ni macam ni lagi ke? Alahaiii Malaysiaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah tak pasti masih macam ni atau tak...

      Delete