22 Jan 2018

UKURAN BAHAGIA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita di dalam kalam kaki berleter ini. Sejak akhir-akhir ni selalu kita lihat laman popular sering utarakan tentang pandangan orang tentang pekerjaan, kenderaan dan kehidupan yang dianggap tak setara dengan taraf pendidikan dia.

Zumal ada la sorang kawan yang kerja besar, gaji besar, kereta besar dan rumah pun besar. Kawan Zumal suka la pandang rendah pada orang termasuk la Zumal sendiri. Ayat dia kekadang buat kita geram, ' hang kerja ni ja?' Lepas tu kalau pergi memana dengan dia, mesti suka mengarah kita ni buat itu ini. Cara cakap dah tak serupa kawan tapi macam bos dengan kuli.

Kalau pi makan, cara dia bercakap dengan pelayan kedai pun macam angkuh ja. Bulan kedai makan ja, tempat lain pun sama la. Dia ni kalau mai rumah kita bukannya nak turun kereta bagi salam tapi sampai depan pagar hon sampai kita keluar jemput, buka pagar. Adoi...

Pernah juga dia termalu dengan keangkuhan tu. Suatu tahun tu anak dia tak sihat, habis duit untuk rawatan, sampai satu masa roadtax mati, tak dapat renew sebab bajet lari. Masa tu dia nak pergi kerja tak berani drive sebab risau kena saman. Akhirnya dia minta kita ni juga tolong hantar dia. Jangan berlagak sangat kawan oooi.

Ada lagi kisah seorang kawan lain pula, dia ni hanya anggap bisnes dia ja yang boleh berjaya. Ayat dia, sampai bila nak macam ni, macam tu? Adoi. Awak ooi, orang lain dah selesa pun dengan cara dia, kerja dia sendiri tu yang awak nak bandingkan dengan orang lain tu pasal apa? Kalau Zumal nak jadi peniaga goreng pisang pun pasal apa tak boleh ke? Kerja halal juga. Ni suka sangat pandang rendah. Sampai bila nak kerja itu ini, kena bangun pagi pergi pasar, malam tak tidur siapkan barang nak berniaga esok. Awak, orang tu dah bahagia dengan cara dia. Dia dapat duit belanja anak bini, cukup makan pakai. Tak kan semua nak kena jadi macam awak???

Pada pandangan Zumal tentang awak tu, keluar malam bermeeting sana-sini. Pergi jauh tinggal famili, makan minum tak menentu. Nak Zumal ikut awak tapi duit Zumal pun nak kena keluar! Hmmm sorry la beb, baik Zumal simpan duit untuk belanja harian dari nak ikut jalan awak yang awak cakap bagus sangat tu.

Awak, Zumal tak nampak pun bahagia tu dalam kisah awak. Silap dulu Zumal pernah terpedaya, tinggal arwah tok sorang-sorang setiap malam tapi sengsara yang Zumal dapat. Adakah sengsara orang lain itu bahagia buat awak???

DAFTAR XOX DALAM TALIAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah dengar pasai XOX atau OneXOX? Ini la syarikat komunikasi hak milik bumiputera Malaysia. 

Apa yang istimewa dengan XOX ni, kadar panggilan murah, masa aktif diberi sehingga 28 bulan, lepas tu data 4G LTE yang merangkumi seluruh kawasan di muka bumi Malaysia ni. Selain tu hampa boleh kekalkan nombor lama hampa tu. Mesti sayang nombor kita dah lama guna.

Paling best nak topup XOX ni kat mana-mana kedai yang ada mesin Mol macam dekat kedai serbaneka dan stesen minyak seluruh Malaysia.


Bagi blogger macam Zumal yang suka online ni memang syok bila ada data percuma. Hampa beli 10GB dapat free 10GB tau. Kalau tak habis data boleh carry forward forever and ever camtu. Best kan! 

Kalau nak buat duit pun boleh, nanti wassap je Zumal di 01140793530 tau. Kalau hampa nak daftar XOX secara online just klik DI SINI.

21 Jan 2018

LAGU ABANG LORI - HARRY KHALIFAH

Lirik Lagu Abang Lori Tenonenonet – Harry Khalifah


Begini nasib jadi pemandu lori
kesana sini tiada yang menemani
harap kelindan semua tak dan
kuat membuta setiap masa di jalan
tenonenonet

ehhh bangunlah, tenonenonet
ehh diamlah, tenonenonet

Kadang di jalan, aku merasa bosan
buka radio, dengar satu rancangan
cerita seram, tentang bunian
tiba – tiba muncul bau wangi wangian

tenonenonet
ehh bangun daa seram daa
tenonenonet
ehh diam daa ngantuk daa

Tiba di simpang, aku merasa hairan
terlihat gadis, cantik manis rupawan
berjalan seorang, di tengah malam
terlintas berbagai di pikiran

Lemah gemalai dia membawa uncang
tertanya hati kemanakah tujuan
ku perlahankan laju, lihat cermin sisiku
adakah ia masih di situ
woooooooo..

*music…

Terlihat jelas ia senyum padaku
membuat hati ku jadi tak menentu
ku hentikan loriku, ku ajak bersamaku
siapa tau sehala tuju

Ingin ku tanya cik adik nak kemana
tapi ku ragu adakah ia nyata
ku beranikan diri, ku baca ayat kursi
dan aku pun terus bertanya

Awak mahu kemana
saya ingin kesana
sudikah abang hantar
boleh wahai cik abang

Buat apa kesana
saya menuju pulang
cukup sampai di simpang
saya jalan seorang

Sampai di simpang, aku terasa seram
di tengah hutan, kawasan perkuburan
panas pipiku, bagai di tampar auuuuww
rupanya si kelindan kejut suruh jalan

Klik SINI untuk dengar lagu ini di YouTube

SUKA CLUTCH BAG

CLUTCH BAG

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hampa ingat orang laki ni tak suka fashion ka? Zumal suka tapi just simple-simple berdasarkan poket yang tak berapa tebal gitu.

Zumal lebih prefer clutch bag daripada dompet yang tersimpan dalam poket seluar tu. Zumal rasa tak selesa bila ada benda tebal dalam poket. Rimas oooi.

Lagi satu dalam dompet atau wallet biasa tu hanya boleh letak beberapa keping kad ja. Lepas tu duit kalau tebal pun dompet dah kembung pelik.

Selain tu, clutch bag bukan sekadar boleh simpan duit dan kad saja, telefon bimbit dan power bank pun boleh simpan sama. Itu la bahagianya kalau guna clutch bag ni. Kunci, ketip kuku pun muat.


Zumal ada 3 clutch bag yang pernah dibeli suatu ketika dulu. Clutch bag ni lebih nampak bergaya tau. Walaupun ada kawan-kawan kata hang ni macam perempuan bawak purse ja. Biaq pi la ini fashion Zumal. Kat mana nak beli? Zalora kan ada. Pilih dalam aksesori lelaki yer...

PENAMPAKAN IKAN LUMBA-LUMBA DI KUALA PERLIS

Sumner: Kosmo


MELIHAT kelibat ikan lumba-lumba bermain-main di permukaan air pastinya menjadi antara kenangan terindah bagi sesiapa sahaja yang pertama kali melihat spesies laut tersebut.

Bagi sesetengah individu, pengalaman dapat melihat hidupan laut comel itu mungkin hanya dapat ditatap dalam rancangan dokumentari di televisyen atau jika berkunjung ke luar negara sahaja.

Namun, ia bukan satu perkara asing kepada Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Negeri Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman, 28, apabila kerap terserempak dengan hidupan tersebut yang dilihat bukan melalui kaca televisyen mahupun di luar negara, tetapi di Malaysia sendiri terutamanya di Kuala Perlis.

Dolphin Di Kuala Perlis

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Kuala Perlis ialah kewujudan ikan lumba-lumba sejak 1960-an lagi, katanya mendedahkan perkara tersebut sewaktu ditemui kru Jurnal baru-baru ini.

Tambahnya lagi, penduduk Perlis sendiri kebanyakannya tidak mengetahui kewujudan hidupan mamalia itu sekitar kawasan perairan di Kuala Perlis sejak sekian lama.

Syamil yang juga pengasas PNW sejak ia ditubuhkan pada Mac lalu itu mengakui bahawa kewujudan ikan lumba-lumba di Kuala Perlis merupakan suatu anugerah sementelah dirinya juga merupakan seorang pencinta alam sekitar.

Tujuan penubuhan PNW sendiri adalah sebagai wadah bagi memelihara alam flora dan fauna di negeri Perlis,tutur Syamil yang menubuhkan PNW bersama seorang lagi rakannya, Khairul Annuar Abas, 28.

Menyentuh tentang kewujudan ikan lumba-lumba yang terdapat di perairan Kuala Perlis, Syamil mendakwa terdapat empat spesies mamalia itu di sekitar kawasan tersebut.

Di Pulau Batu Layang sahaja terdapat kira-kira 40 hingga 50 ekor ikan lumba-lumba di situ, tutur Syamil menerangkan habitat ikan tersebut yang boleh ditemui di satu-satunya pulau yang terdapat di negeri Perlis.

Bagaimanapun, Syamil memberitahu, untuk melihat ikan lumba-lumba itu dengan lebih jelas, dia perlu mengikut nelayan ke tengah laut dan terpaksa menunggu selama sejam hingga ke tiga jam sebelum terserempak dengan kelibat ikan lumba-lumba tersebut.

Jelas Syamil, dia tidak menolak kehadiran ikan lumba-lumba di perairan Kuala Perlis disebabkan faktor sumber makanan yang banyak seperti anak-anak ikan belanak, ikan kedera dan udang yang terdapat di situ.

Berita selanjutnya boleh dibaca di KOSMO...

Sumner: Kosmo

MENGANTUK TAPI TAK TERLENA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pukul 2.10 pagi masih tak mampu melelapkan mata walaupun Zumal rasa sangat-sangat mengantuk.

Nak baca Quran pun mata tak dapat celik sangat , badan pun letih dan lesu tapi nak tidur tak boleh.

Awal malam tadi goreng cucur, tak selera nak makan. Apa la dah jadi ni.

Pukul 10 malam masuk bilik air, tertengok air tak tutup. Rasanya Zumal last masuk bilik air tu jam 4.00 petang. Lamanya bazir air. Itu la silap pi ambil wuduk bilik air lain. Kalau tidak sedar juga air tu terbuka. Dulu ada tok duk remained.

Dah hilang fokus agaknya... Atau pun Zumal dah nak ikut jejak depa dah kot...

Perut dah pedih, rasa gastrik dah mai balik... Adoi...

20 Jan 2018

CARA BAIKI POWER WINDOW WIRA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dua tiga hari ni Zumal duk update pasal power window kereta Zumal tak berfungsi. Sampai Zumal tak lena tidur sebab kawasan perumahan Zumal kira panas juga. Kes macam2, besi buruk pun depa hangkut tau.

Terima kasih juga kepada rakan FB Zumal iaitu Nur Shafiqah yang berkongsi tips dari siakap keli tu. Boleh tengok video cara baiki power window kat sini .

Alhamdulillah walaupun Zumal tak berjaya buat macam brother kita tunjuk dalam video tu dari video tu menjelma ilham lain.


Tak perlu nak buka cover pintu macam Zumal buat tu. Zumal sekadar nak periksa motornya. Kalau hampa buka satgi tak boleh pasang baru tahu. Zumal pernah buat kerja ni kat kedai used car dulu. Alhamdulillah pengalaman berguna seorang kerani buat kerja lagu tu.


Berdasarkan kereta jenis wira se Zumal, pintu ada 4. Pintu pemandu suiz utama untuk semua window. Jadi 3 pintu lagi suiznya sama.

Mula sekali hampa korek suiz tu, dah buka klip putih macam dalam gambar. Hati-hati nanti patah kaki suiz tu yer. Lepas hampa keluarkan yang rosak, anda cari power window lain yang berfungsi, buka suiznya dan tukar ke tempat yang rosak tu. Insha Allah berjaya tapi kalau tak berjaya tu bermakna bukan suiz rosak tapi motor power window yang rosak.

Bila boleh buat sendiri maka jimat la duit poket and la dari terbang melayang. Selamat mencuba...

CIK TAM SAKIT


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Kekadang tu rasa tertekan sangat bila sudah jatuh ditimpa tangga.

Sejak balik Perlis Zumal masih tak bekerja tetap. Tapi walau macam mana pun tetap ada rezeki untuk makan dan minum setiap hari. Cuma sejak sampai Perlis ni Zumal dah kehilangan motor kesayangan. Sebab tak mampu nak teruskan ansuran bulanan walaupun murah.

Sekarang cik tam pulak buat hal. Kereta Zumal la. Dah masuk hari ketiga cik tam rosak. Rosak tu sikit je, power window depan sebelah kiri. Tapi bab nak baiki tu tak mampu. Jadi Zumal tak lena la malam-malam risaukan cik tam sebab dia ja kenderaan yang Zumal ada.

Sebelum ni ingat nak kumpul duit untuk servis je tapi lain pulak yang jadi. Kalau diikutkan lagi 500km kena tukar minyak auto lepas tu 2500km lagi kena tukar minyak enjin. Ya Allah terasa sangat kesempitan ni.


Dah try usaha nak baiki sendiri tapi rupanya diluar kemampuan. Rasanya bukan suiz rosak tapi motornya.

Kejap lagi nak try tukar-tukar suiz belakang ke depan kalau dapat membantu. Hmmm. Jangan ibarat tikus membaiki labu sudahlah. 

Ya Allah, permudahkan la urusan ku. Hambamu ini dah hilang segala kekuatan. Hanya kelemahan yang tinggal. Lepas selesai hal ni nak kena kumpul duit untuk urusan cukai-cukai berkaitan rumah pula. Moga ada rezeki Zumal...

19 Jan 2018

ABANG NAK PESAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Selamat berhujung minggu semua. Entri ni tidak ada kena-mengena dengan lagu duet Datuk Alif Syukri dan Nur Sajat tu yer.

Ok mai la abang / pak cik / tokwan  hampa nak pesan (melampau panggil Zumal tokwan) , pertama berfikir sebelum bertindak. Hmmm ramai antara kita buat keputusan sebab terpengaruh macam abang hampa ni jugak. Kekadang kita mudah makan pujuk rayu, makan nasi tu tak pa dik. Fikir dulu sebelum buat sesuatu, misalnya nak buat loan semata-mata untuk sebuah bisnes jualan langsung yang baru awak tahu. Fikir dik, kena fikir bab negatif sama sebab ia untuk masa depan kita. Tak jadi, hutang menanti...

Keduanya, berkawan. Tapi fokus abang awak bab cintan cintun k. Tak salah berkawan. Tapi ada kawan makan kawan juga walaupun nasi tetap dia makan. Hmm jangan duk percaya sangat bab janji sehidup semati selagi dia tak berani mengikat hubungan secara sah. Abang hampa suggest bercinta lepas kahwin la dik ooi. Bila dah janji bukan-bukan, macam-macam jenis yang bukan-bukan boleh berlaku. Skip la tajuk ni sebab ceq bujang tua...

Seterusnya kerja, kerja kalau dah ada dan sesuai dengan u all teruskan la. Zaman akan datang lebih mencabar dan makin dahsyat cabarannya tau. Ini orang ajak kau bisnes kau berenti kerja. Uishhh bagi kat abang pun tak pa. Bisnes tu buat la part time k. 

Bagi yang belum sambung study hampa kaji dulu setiap course yang nak ambik tu. Kaji la pasaran kerja dia masa hampa graduate nanti. Course banyak pilihan macam makanan gak. Ada yang sedap tapi bawak penyakit. Awak la pikir la nanti. Ada yang janji keluar confirm dapat kerja. Sekarang janji pun boleh tinggal janji tau. Lagi tu zaman dulu ada course ni kalau keluar memang dapat kerja, akan datang dah tak macam tu dan ada pusat pengajian tu akan ditutup dan dicantum dengan cawangan lain sebab profession tu dah banyak lambakan.

Ok la bagi yang belum SPM tu, abang hampa nak pesan setinggi mana hampa dapat sambung study pun, result SPM tu tetap akan menjadi perhatian penting depa masa nak minta kerja. Jadi yang belum SPM tu buat sehabis baik k.

Bagi yang nak ada baby atau yang dah dapat baby tu, hampa jangan duk suka sangat bagi depa jadi chubby ka gebu ka naa. Kucing tak pa dik. Manusia ni bila meningkat dewasa kalau tak boleh ubah keadaan tu jadi malapetaka tau. Ni cerita dalam family dedulu ada la. Syok sangat duk tengok budak-budak tembam bagai. Ish ish.

Ooo bab kenderaan, kalau hampa ada kenderaan yang lama dan tak ada masalah elok tak payah trade in lebih baik beli sebiji lagi. Sebab, harga trade in sangat rendah walaupun depa kata tinggi. Depa tarik kat lain nanti. Macam-macam kos ada. Lebih baik jual kat mudah.my tu. Lagi satu kalau terjadi masalah untuk kekal membayar ansuran atau gagal membayar kita hilang kereta tu. Kalau jual yang lama dah tak ada kereta jadinya.

Lagi satu bab refinance harta benda termasuk rumah dan kereta. Boleh tu boleh tapi just beringat jer. Jangan la boros nanti berputih mata.

Ok la nanti Zumal update semula kalau masih ada nafas. Depa kata orang yang nak mati ja pesan banyak-banyak. Itu pun hanya Allah yang tahu. Semoga bermanfaat buat semua. Wassalam...

SENTAP


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Best kan bila sampai hari last kerja bagi setiap minggu. Mesti hampa plan macam-macam dah kan?

Kenapa gambar Giant? Macam marah pun ada. Eh ada yang marah Zumal ke? PM tepi k. Hari ni nak cerita pasal sentap. Sentap ni masih boleh terima la tapi rasa apa yang kita buat jadi sia-sia.

Apa yang buat Zumal sentap? Hmmm biasa la. Kadang-kadang jenis sapaan kita tu tak kena gaya. Macam Zumal yang berazam nak kurus tahun ni tetiba ada orang tegur, eh makin bulat dah noo... Hai, kita ni duk timbang hari-hari, jaga makan hari-hari sampai kekadang tak berani makan. Kekadang ada terlebih makan juga. Pada pandangan diri berat tu dah makin susut, rasa seronok sangat bila timbang tu tunjuk angka positif. Tapi bila ada orang lain tegur, kata nampak makin itu ini yang ke arah negatif confirm la sentap.

Kiranya teguran tu bukan membina la. Macam condemn pun ada. Lepas berasa sia-sia duk tahan lapar, berasa geram dan mood kita pun jadi ke laut. Teruk kan Zumal ni... Hahahaha... 

Apa yang pasti, siang tadi timbang berat steady je, tak bertambah pun. Kau tu jaga mulut sikit tau... 

Terima kasih sudi baca bebelan Zumal hari ini. Jumpa lagi...

18 Jan 2018

RASA...

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Maaf kalau entri Zumal dan status Zumal kat media sosial ni kekadang keterlaluan. 

Zumal rasa diri ni lemah sangat. Sukar nak hadapi. Lepas satu, satu lagi perkara tak menyenangkan berlaku. Hmmm. Memang la redha. Tapi gini la akan berlaku, keluar entri merepek, status merepek. 

Saja ja nak mengadu kat media sosial yang ada nanti ada la yang bagi semangat tu. Zumal pun tak pernah lupa mengadu pada Yang Maha Esa. 

Kenapa dekat media sosial? Hmmm sebab kat rumah ada cicak, semut dan kekadang ada tikus dan lipas, depa tak paham kalau Zumal cerita pun.

Dulu ada arwah tok wan dan tok memang depa la pendengar setia Zumal dan depa juga pemberi nasihat, semangat semua tu. La ni... Entah laa...

NASI GANJA REPOH


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita dalam sedikit catatan harian Zumal. Rasanya lunch nanti nak makan apa tu?

Kalau hampa kat Perlis, Zumal nak syorkan hampa try nasi ganja Repoh ni. Nasi kuning tu didatangkan dengan pilihan lauk ayam goreng berempah atau pun daging masak hitam.

Pasai apa nama ganja? Zumal tak dapat jawab. Kena pi tanya depa yang berniaga tu. Tapi ganja ni dikaitkan dengan ketagihan, maknanya sekali makan mesti nak lagi. Secara tak langsung hampa jadi customer tetap macam Zumal. 



Kedai nasi ganja untuk bungkuih ja tak disediakan tempat makan kat situ. Depa berniaga hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi hingga habis. Selalu pukul 3.00 petang dah habits kekadang awai lagi. Kalau pi pukul 1.00 tu time puncak, kena beratuq juga sat. Harga nasi kuning + ayam berempah / daging adalah RM4.00 saja. Kalau nak nak beli ayam atau daging tu saja RM2.50. Kira murah la di zaman ni.

Kat situ juga ada dijual bihun goreng, mee goreng, murtabak dan minuman. Harga semuanya murah. Rasanya pun sedaaaap sebab tu la sentiasa ramai orang dan ada repeat sale dari customers. 

Lokasi kedai nasi ganja ni adalah disebelah Stesen Minyak Petron Repoh atau pun depan jalan masuk ke Taman Repoh Dagang. Ok la, selamat menikmati nasi ganja yer...

17 Jan 2018

DISEBALIK UTC PERLIS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bulan September 2017 lalu UTC Perlis telah dirasmikan dan memulakan operasinya.

UTC Perlis menempatkan pelbagai perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri bahkan ada juga NGO di sediakan untuk memudahkan urusan rakyat.

Zumal pernah guna perkhidmatan sejak di UTC Kuala Lumpur pagi, memang ia memudahkan apabila perkhidmatan UTC ni dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Lepas tu beroperasi setiap hari kecuali cuti umum. 

Operasi UTC Perlis lebih panjang iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Buka setiap hari juga.

Tapi di sini Zumal nak kongsi sedikit ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan beberapa jabatan, agensi dan suruhanjaya yang ada di UTC Perlis.

Kita tahu operasi mereka setiap hari hingga 10.00 malam tapi ada sebuah suruhajaya tu memang berpindah terus ke UTC dan tempat lama dah tak beroperasi. Bila Zumal bawa abah angkat untuk ke situ nak berurusan, mereka cakap urusan ni siang je. Pada hari lain pula abah pergi sendiri pada sabtu, petugas di situ mengatakan kena datang hari kerja sahaja. Habis kenapa buka ofis kalau tak boleh buat itu ini?

Adakah UTC ni sekadar bagi nampak kata gah dan rakyat nampak ia wujud dan diwujudkan oleh kerajaan tapi fungsi yang ada tak menyeluruh. Adakah anda yang bekerja di situ hanya kerja untuk dapat gaji atau claim ot saja?

Ada juga agensi kerajaan negeri di situ yang kata ini kena pi pejabat utama kaki hanya sedia borang ja. Eh kalau buka ofis untuk bagi borang buat rugi kerajaan bayar bill elektrik ja. Rugi tu.

Lagi satu, ada rakyat yang datang jauh berhujan, berpanas dan ada naik bas, sampai sana tak boleh buat perkhidmatan yang dikehendaki. Tolong la perbaiki perkhidmatan ini , kasihanilah mereka yang bersusah payah menyokong perkhidmatan kerajaan tapi layanan tu tak seindah yang dikhabarkan di radio dan TV.

Apa yang Zumal harap, perkhidmatan UTC Perlis perlu diperbaiki lagi dan mesti lengkap seperti di pejabat utama. Dan lagi satu operasi tu sampai malam, perlu la perkhidmatan tu sama siang dan malam. Apa pun perkhidmatan UTC Perlis masih baru dan kami rakyat jelata berharap ianya lebih memudahkan.

16 Jan 2018

BERKAKI AYAM


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tengok orang share pasai kaki ayam mesti Zumal teringat arwah tok. Arwah tok suka sangat kaki ayam ni.

Dulu masa tahun 2015, Zumal ni sakit kaki sehingga tak boleh jalan. Kawan-kawan syorkan makan sup kaki ayam. Setahu Zumal sup kaki ayam ni baik untuk sakit lutut. Orang kata, orang tua lutut tu dah rapuh. 

Tapi sejak mula membeli kaki ayam, bukan sekadar sup je Zumal buat. Antara resepi yang sedap menggunakan kaki ayam sebagai bahan utamanya ialah tom yam, masak kicap dan goreng pun sedap. 

Kalau kita goreng kaki ayam, ia akan meletup-letup macam air kena minyak panas. Hati-hati la kalau nak goreng yer.

Kaki ayam ni tulang je, jadi kalau nak buat sup kena rebus kaki ayam ni lama sikit yer. Nanti lekang isi dengan tulang tu baru best nak makan.

Lagi satu, masa Zumal amal makan kaki ayam tu, berat pun naik jadi kalau anda nak tambah berat badan sesuai makan sup kaki ayam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua...

15 Jan 2018

TEST POWER


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Petang ni sambil ceq duk minum ayaq hangat saja tergerak hati ni berletiaq (tak lama depa gelaq pak cik bawang) 

Ok, petang ni ceq nak habaq la kat tempat ceq ni penduduk ramai. Kalau orang Perlis memang kenai la roundabout Kangaq ni tempat tumpuan. 

Tadi tu baru mukadimah la. Ni cerita dia, depa yang duk lalu lalang dalam kawasan perumahan terutama Taman Sena Indah, Taman Koperasi, Taman Seri Intan, Taman Norma dan Taman Harmoni yang ada kat roundabout ni pakat tak may bawak pelan-pelan. Semua macam nak race ja. Rasanya kalau boleh drift pun depa drift dah.

Sebagai pemerhati dan pengkritik tanpa bayaran ni nak teguq la. Bawak la pelan-pelan. Sat lagi mau budak-budak tiba-tiba lari ke batas tak ke arwah. Memang benda tak jadi lagi tapi beringat la sama. Dulu kucing ceq arwah pun sebab kena langgaq la. Langgaq lari pulak tu. Kucing ceq tu jenis penakut, kalau dia nampak apa-apa pun dia lari tapi kalau hampa mai macam pelesit dia tak dan la nak lari.

Slow la di kawasan perumahan dan kalau kawasan lain tu ikut la had laju yang ditetapkan noo. Kalau takut lambat, keluaq la awai-awai. 

Itu saja la ceq nak habaq bagi. Nasib la depa kat sini tak dak lori macam dalam gambaq tu, mau dak ceq pun arwah lama dah. Terima kasih kerana sudi membaca...

KISAH LUCU

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat bekerja buat anda yang bekerja. Sedar tak sedar, dah tiba minggu ketiga kita dalam tahun 2018.

Sementara nak mula buat kerja tu meh baca kisah lucu yang tular di group facebook Saya Anak Perlis minggu lepas. Maybe lepas baca ni anda boleh kerja dengan mood yang baik.






Kisah lucu ni dimuat naik oleh saudara Ramliludin Lee, kemudian rakan-rakan group facebook tersebut mula komen dengan idea mereka untuk mengembangkan cerita. Kisah tambahan tu la yang buat Zumal gelak sorang-sorang. Zumal pun tambah juga episod kisah tu... Dalam tiga hari pun masih mendapat komen dalam group tersebut.

OK la selamat menjalankan tugas buat semua...

14 Jan 2018

MAKAN BULU


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hampa makan dak telur rebus? Kebanyakan kita makan betul tak? Hampa makan telur putih atau merah? Dari pemerhatian Zumal ada yang makan telur putih saja dan ada yang makan telur kuning saja.

Dulu tokwan pernah cerita macam ni, hampa makan putih tu macam hampa makan bulu ayam tau. Sebab tokwan tengok ada cucu dia makan telur putih saja dan buang telur kuning tu.

Zumal pulak makan semua. Bulu ayam dengan badan ayam pun Zumal makan. Cuma kulit telur je tak makan. Zumal tengok juga dari segi logik. Telur ayam tu kekadang ada yang dah nak jadi ayam, bahagian putih ja masih tak berubah, bahagian kuning atau merah tu dah jadi badan ayam. Jadi putih tu akan jadi bulu ayam la bila hampir nak menetas nanti.

Jadi hampa percaya ke hampa dah makan bulu ayam sejak kecik lagi. Entri ini sekadar dikongsi untuk menceriakan suasana je. Terima kasih kerana sudi membaca...

NO IDEA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pagi tadi rasa susah sangat nak mandi sebab sejuk giler. Hari ni sebenarnya Zumal dah hilang idea nak kongsi pasai apa.

Rehat je la dulu kan. Semalam tengah hari camni ada abah dan mak angkat datang, tak la sunyi sangat. 

Dalam pukul 11.00 tadi rasa bosan, keluar la beli air minuman dan shopping barang dapur. Sekarang ni kalau shopping susah sangat nak bajet. Selalu mesti habis sekeping RM50. Tapi kekadang lebih.

Takut nak belanja tapi tetap kena belanja kan. Sebab kita ni manusia, bukan ulat yang duk dalam batu pun boleh hidup. Pak belalang boleh la cakap gitu sebab anaknya belalang tu tolong cari makan. Ye dak.

Tadi tengok ada rumput naik kat laman rasa nak tebas, tapi hujan pulak turun. Jadi sekarang Zumal terbaring je menikmati kesejukan... Harap tak kecam...

13 Jan 2018

BILA DIA MEMASAK


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Jangan jeles sebab Zumal hari-hari cuti k.

Jangan anggap orang laki bujang ni hanya suka jadi 'kacang hantu' , kacang kuda, kacang cap tangan, suka lepak shopping mall, suka lepak kedai mamak, suka merempit dan drift kat highway jer tau.

Sebenarnya ada laki bujang yang suka masuk dapur, suka masak, suka kemas rumah k. Iaitu Zumal salah sorangnya. Hahahaha cukup-cukup la gelak tu, nanti hilang ayu awak. Boleh gitu.

Sejak dua menjak ni bumi Perlis kembali disirami hujan pada setiap petang kekadang full day hujan. Bila dah hujan ni perut pun bernyanyi lagu ala canggung wei. Mohon diisi. 

Dengan stok cucur udang adabi yang masih ada kat dapur, bermulalah Zumal berperang kat dapur.

Resepi yang mudah. Cucur adabi hanya perlu campur air, bancuh dan goreng. Hampa tau ceq goreng macam mana? Tengok ni...




Tengok tu ceq goreng dalam rice cooker ja tau. Rice cooker tu pun sebaya dengan ceq. Ok selamat mencuba...

AMAT SUKAR

CINTA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sedang melayan kesejukan ni rasa sukar untuk Zumal tidur. Bila tak tidur, jari jemari terasa gian nak menaip tau. Maybe entri kali ni akan mendapat kecaman ataupun sekadar berlalu tanpa ada yang sedar.

Sebenarnya perlu ke Zumal ulang sekali lagi sesuatu yang pernah failed dulu. SPM? Not SPM la. Zumal lulus k. Apa yang kena ulang? Maybe siaran langsung perlawanan bola kot. Hmmm.

Cinta antara sesama insan. Perlu ke? Depa kata cinta pada Allah je. Kekadang Zumal rasa yang buat statement tu macam tak ngaku dia pun jatuh cinta juga pada insan lain. Ye dak?

Perlu ke? Benda ni selalu hadir tapi bila ianya failed ia sukar untuk pergi. I mean, sukar untuk melupakan. Depa kata susah nak move on.

Maap la jika entri kali ni agak terpesong dari kebiasaan seorang Zumal kongsikan. 

Sebenarnya... Ish memang sukar nak luah walaupun ia wujud. Tapi Zumal tak nak luah sebab risau akan failed for too many time... Hah memang dah tak berani nak ucap C.I.N.T.A tu lagi pada orang. Walaupun sebenarnya ia terdetik kat hati.

Sebenarnya dah tak tau pun nak ucap pada sapa... Entah la kan. Kalau lafazkan pun nanti jadi macam dulu ai gak yang kecewa...

Biar la ia berlalu, pergi jauh dari hati ini kan. Biar la ia pergi tanpa kembali lagi. Kerana perit yang berlalu dulu masih berasa hingga kini...

Weh. Apa yang Zumal conteng kat sini nice??? Adakah ai semakin sewel... Adakah ia kerana cinta itu. Fuh, mengundang sesuatu yang luar jangka.

Tapi semakin panjang entri ni semakin banyak yang Zumal mereben kan? Tapi teringin gak nak dicintai. Macam nak termuntah dah korang baca. Apa pun moga dipermudahkan segalanya...

12 Jan 2018

ASYIK BOHONG JE


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal ni kekadang mencari kerja kosong dalam facebook. Untuk lebih mudah Zumal masuk la group jawatan kosong kekonon banyak jawatan kosong yang diiklankan situ. Kekadang suruh tinggal nombor WhatsApp di dalam kotak komen iklan tersebut.

Tapi, tapi tahu tak apa yang Zumal jumpa? Kebanyakkannya suruh kita keluar duit daftar ahli MLM, jual kad sim, jual produk kesihatan.

Kita nak cari kerja bukan nak berniaga. Kalau ada modal tu lain la kisahnya. Ini modal pun tak ada. Sebab tak ada modal tu la kita nak kerja. Ini asyik bohong je jawatan kosong, kerja kosong, kerja part time. Kalau nak berniaga, Zumal pun sedang berniaga gak tak perlu daftar kat korang tu. Menulis ni pun jadi sumber income Zumal juga.

Jadi jangan la beri harapan palsu buat mereka yang sedang cari kerja tu. Awak nak cari ahli MLM jangan la promote kat group kerja kosong yer. Orang tu ada duit sikit untuk belanja nak makan sebulan akhirnya papa kedana akibat projek kau tu... 

Zumal ni boleh hadam lagi sebab tak ada anak bini nak tanggung. Kesian kat orang yang ada tanggungan tu akhirnya duit dia hangus camtu je... 

NAK JADI CIKGU PDK


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semalam Zumal telah terpilih untuk sesi Penaksiran Psikologi dan Ujian Penilaian Untuk Jawatan Petugas PDK Negeri Perlis. Kalau dikalangan pelatih OKU mereka menggelar petugas ni sebagai Cikgu kerana tugas seorang petugas mirip tugasan seorang guru.

Adakah korang tahu apakah yang dimaksudkan dengan PDK? Jom baca sedikit maklumat berkaitan, yang Zumal juga sedang buat ulangkaji kalau dapat panggilan ke sesi kedua.

Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Objektif
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.

Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU


Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model
Home Based.
Centre Based.
Centre-Home Based.

Aktiviti PDK
Kemahiran motor kasar.
Kemahiran motor halus.
Perkembangan sosial.
Perkembangan bahasa.
Pengurusan diri sendiri.
Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
Latihan Vokasional.
Terapi muzik.
Sukan dan rekreasi.

Konsep PDK 'One Stop Centre'
PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK "One Stop Centre":
Pusat Intervensi Awal OKU.
Pusat Sumber maklumat OKU.
Pusat Rujukan OKU.
Pusat Pendaftaran OKU.
Pusat Advokasi.

PDKNet
PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.

Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.

Semoga apa yang Zumal kongsikan ini dapat mendedahkan kepada anda tentang PDK. Jadi jika anda ada anak OKU boleh la menghantar mereka ke PDK berhampiran. Doakan juga untuk Zumal dapat jawatan petugas tu yer.

11 Jan 2018

LAUT

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Apakah yang anda dapat perihalkan tentang laut?

Laut. Ia luas bagaikan tidak bertepi. Gelombang yang bergulung bagaikan membawa bersama malaikat maut untuk menarik nyawa. Arus yang deras bagai tak mahu membawa pulang ke daratan.

Laut. Kekadang ia juga ada ketikanya tenang. Setenang secawan kopi di atas meja.

Laut. Ia juga menghubung antara benua dan pulau-pulau. Selain udara, melalui laut kita dapat bertemu insan-insan di seberang sana.

Laut. Terlalu banyak rahsia yang belum tersingkap. Laut dalamnya tak terduga. Menjadi kediaman haiwan akuatik yang pelbagai.

Laut. Ia jua medan memberi rezeki buat nelayan dan para penambang. Laut membawa kepada kita makanan yang lazat.

Laut. Walaupun kau menakutkan, namun kau tetap indah di pandangan...

KEBERSIHAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak akhir-akhir ini hal kebersihan kedai makan terutama kedai mamak menjadi tular.

Memang tak dinafikan bab kebersihan kedai mamak ni selalunya failed. Kat Perlis berapa kali kedai mamak yang terbesar diarahkan tutup. Kedai dekat rumah Zumal pun pernah tular tikus dalam gulai.

Hmmm. Tahukah anda, kekadang penyediaan bahan untuk memasak pun sebenarnya tidak bersih. 

Perkara ni dah lama la. Sekarang mungkin dah bagus. Malaysia pun nak maju dah. Tahun 2002-2003, tahun mana 1 tak ingat. Rasanya 2002. Hujung tahun. Kelas tingkatan 6 Sekolah Sukan Negeri Perlis mengadakan lawatan ke Kuala Gula, Perak. Fokus utama santuari burung laut dan paya bakau untuk subjek geografi STPM 2003. 

Alhamdulillah dengan adanya rombongan ke sana, Zumal lebih semangat mendalami ilmu geografi ni dan lebih mengenali alam sekitar. Alhamdulillah dapat A untuk subjek ni dalam STPM. Tapi kalau tanya soalan tu kat Zumal sekarang pastinya gagal nak jawab. Dah lama bro...

Selain lawatan ke paya bakau dan muzium burung laut kat sana, kami turut melawat perkampungan nelayan di situ. Bagus depa kat sana, buat ikan kering, udang kering dan belacan. 

Tapi, ikan kering dan udang kering tu depa atuq atas simen ja. Auk auk mai duk belari tang tu. Yang kerja tu pun pakai seluar pendek, kaki luas, duk bertinggung susun ikan sambil kelihatan apa yang tak sepatutnya. Macam tu la juga industri belacan depa. Sampai ngeri nak makan belacan seminggu.

Itu la tahap kebersihan yang tak dititikberatkan untuk proses penyediaan bahan untuk dibuat makanan. 

Lepas tu semasa kerja dengan sebuah company jualan langsung bukan MLM tau. Jual secara berdepan. Zumal jual kupon promosi. Semasa tu tahun 2009 kalau tak silap la. Zumal dengan manager masuk ke perkampungan nelayan di Pelabuhan Klang, situasi industri ikan kering dan udang kering kat situ pun sama juga suasana macam kat Kuala Gula. Auk auk berkeliaran atas benda yang dijemur. Dalam hati ni macam-macam kata-kata maki seranah timbul tau. Betapa kotornya benda itu dan kotor juga hati mereka yang berniaga benda tu. Hmmm...

10 Jan 2018

KEDIAMAN IDAMAN


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita dalam blog carca merba Zumal ni.

Ingat tak Zumal beritahu nak cerita bab wishlist lain yang Zumal idamkan? Hmmm entah la kalau tak ingat. Zumal pun tak ingat gak. He he...

Wishlist kedua Zumal ni berkaitan kediaman idaman Zumal la. Bukannya nak beli rumah baru. Cukup la sebijik teres setingkat ni pun. Lagi pun hutang rumah pun dah settle sejak 1995 lagi. Jangan buat pasai pi juai lak Zumal ooi. 

Kalau income dah stabil nanti Zumal nak buat setiap bilik yang ada dalam rumah Zumal seluas 20 kaki x 70 kaki ada ruangan macam kediaman berkonsep studio gitu. Bukan satu tapi nak bahagikan kepada 3 studio. Buat bagi jadi macam bilik hotel pun ok asalkan tetiap bilik tu lengkap dengan kelengkapan masing-masing. Dan bila dah siap boleh buat sewa pulak. Boleh buat untuk 3 penyewa kan. Hmm otak kartun Zumal ni. Biasalah, bila lagi nak praktik ijazah pengurusan pembangunan yang diperap dalam otak sejak 2004 kan.

Oleh itu tahun ni kena kerja keras la tak boleh main emosi kat media sosial ja. Insha Allah kerja pun buat, berniaga pun nak on juga. 

Buat percubaan pertama nak siap kan ruang tamu jadi 1st studio tapi untuk diri sendiri. Katil tak perlu sebab sofa Zumal bertindak jadi katil. Maybe nak buat ruang pantri, bilik air, ruang kerja. Tapi semua tu dah nak siap sebenarnya. Cuma nak pecah dinding dan asingkan ruang je. Nanti siap Zumal sharekan. Tata titi tutu...

TIPS DAPAT LIKE FANPAGE CARA MUDAH


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni Zumal nak berkongsi cara mudah nak dapatkan like facebook fan page bagi orang yang glam macam Zumal ni.

Almaklum la Zumal bukan siapa-siapa yang orang taksub nak like atau follow kisah Zumal. Oleh itu Zumal ni usahakan secara mudah tanpa sebarang modal berbayar atau tanpa buat isu viral bagi orang nak like.

Kekadang tu akaun facebook anda memang glam sampai full dah orang jadi friends tapi angka yang ada tu tak semua nak like page kita. Betul kan?

Macam la Zumal ada 3k friends ja kat facebook tu tapi tak sampai 200 pun yang like page Zumal walaupun dah invite setiap bulan. Begitulah nasib insan seperti Zumal ni.

Ni saja ja taip entri bagi panjang hampa baca, rahsia nak dapat like tu senang sangat. Hampa kena sertai beberapa group kat facebook. 

Antara group yang menjadi pilihan Zumal adalah:
Bloggers Promotion
Travel Bloggers
Bloggers Hub 
Like 4 Like Exchange
Like 4 Like Global

Itu ja group pilihan Zumal. Tapi cara dia bukan anda post status sila like facebook saya ye. Anda usha ada orang promote page dorang then anda like dan komen link page korang kat ruang komen tu. Anda boleh juga nak promote page anda kat status group tapi Zumal rasa nanti anda pening je nak like balik. Bila anda tak like balik mula la dorang report kat admin dan anda terkeluar dari group tu. 

Hmmm. Dah dapat tips tu jangan la lupa like page Zumal dan page yang Zumal sebahagian daripada editorial nya kat bawah ni tau.







Ni sebahagian ja yang paling memerlukan like, lagipun page lain Zumal lupa URL. Like tau, tipu dosa...

9 Jan 2018

KTM DUKE


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Haish duk cerita pasai susah tak cukup duit nak makan bagai tapi duk pi usha KTM Duke pulak. Pelik betoi Zumal ni kan...

Semalam bukan ada niat pun nak pi. Tapi tetiba sampai kat situ. Abg Fauzi yang dalam gambar tu ajak pi tengok motor. Kawan Zumal ni memang ada motor besar dulu. Rasanya jenis Kawasaki. Model apa tu tak tau la, tapi cc dia 600. Kerana sebuah mlm la dia juai nak but modai tau. RM19K juga dia juai. But bayar daftar mlm yang nama macam lampu tu, tapi pewangi. Paham sudah, tak paham biaq pi kat hampa.



Abg Zumal hat sorang ni berkenan Ktm Duke 250 tu. Kami pi di Giant Kangaq petang semalam sebab dihebahkan boleh test drive. Sampai sana tak ada lak motor hat nak test drive tu. Katanya tak bawak mai pun. Ish auta betoi kedai tu. Patut la take ada orang singgah booth depa. Abg Fauzi je yang nak try. Zumal ni tak mampu dah nak nail motor. Penyakit lama mai pulak oooi. Next entri Zumal cerita bab sakit tu naa...

Zumal doakan Abg Fauzi dapat la memiliki motor idaman dia suatu hari nanti. Alhamdulillah bisnes dia pun makin dikenali dalam Perlis. All the my abang...

8 Jan 2018

BUAH-BUAHAN RETRO

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tengah duk dengar radio Perlis FM pada petang sabtu lalu, Abg DJ menceritakan tentang buah-buahan yang susah nak dapat masa la ni. 

Zumal tak ingat buah yang DJ sebut tu. Tapi buah yang rindu yang zumal nak makan tu buah keriang dot. Dulu tak pernah beli pun. Masa duk main petang-petang sampai atas pokok keriang ni zumal panjat. Teringat rasa masam-masam manis dia. 

Keriang Dot
Lagi satu buah yang zumal rindu nak makan ni buah nanam. Buah nanam ni rupa dia berkerutu. Rupa macam katak pun ada. Rasa dia kelat masam. Suatu masa lalu pokok nanam ada di tanam tepi rumah masa kat kampung. Arwah tok wan tebang pokok tu pasai nak buat kenduri kahwin Mak Su. 

Buah Nanam
Itulah buah retro yang zumal rindu nak makan. Kalau ada benih teringin juga nak tanam. Bukan nak berniaga tapi tak mau bagi dia pupus. Hampa ada dak teringat buah yang susah nak jumpa la ni? Kongsi la sat... 

7 Jan 2018

KALI TERAKHIR BERSAMA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Saat untuk berpisah dengan yang kita sayang sudah pasti sesuatu yang amat perit dan terkesan di jiwa. Tambahan lagi bila dah bersama pada sekian waktu. Seribu kenangan sudah terpahat di dalam sanubari ini.

Begitulah perasaan Zumal bila terpaksa melepaskan si dia pergi. Merujuk kepada motorsikal SYM Bonus 110 yang zumal beli pada tahun 2016 dulu.


Inilah gambar terakhir Motor SYM tu. Gambar tu pun kejap tadi ambil. Esok nak serah pada tuan asal.  Motor sebenarnya zumal jarang guna. Dia banyak berjasa pada abah dan mak angkat zumal kat Chuping tu.

Zumal terkilan juga sebab tak dapat bagi depa guna lagi atas faktor kewangan. Itu je la kisahnya. 

BETUL MUSTAJAB


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hampa semua tau kan zumal ni adalah kaki like tegar kat facebook dan instagram. Disebabkan banyak sangat menggerakkan jari tetiba jari jemari kiri zumal krem. Lenguh pun ada. 

Penyakit krem ni perkara biasa pada Zumal, dulu kaki sekarang jari tangan pula. Penyelesaian mudah zumal hanya dengan sapu losyen pada jari. 



Sejak tahun 2015 zumal menggunakan Losyen Mustajab With Capsicum Super Hot keluaran Dunia Herbs. Losyen ini pada pendapat peribadi sangatlah mustajab sebab lepas sapu pada tempat bermasalah tu, ia akan rasa berangin, panas-panas dan krem atau lenguh beransur hilang. 

Memang mustajab dan mujarab la kiranya. Ini memang pendapat peribadi yang ikhlas tau. Zumal tak ambik job dari company tu. 

Jadi kepada anda yang ada masalah serupa tu boleh la cari produk di farmasi atau pasaraya berdekatan anda.