Booking.com

7 Dec 2017

MISTERI SEORANG ZUMAL

MISTERI SEORANG ZUMAL 


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita yer. Ni bukan cerita hantu tau sebab zumal belum jadi hantu lagi. Sebab duk hidup lagi ni. 

Misteri Seorang Zumal ni bermula pada kelahiran lagi. Kenapa?  Depa cerita senyum keluaq mai kat dunia ni tak teriak macam baby lain. Habis tu?  Hangpa tau Zumal tu senyum ja. Tok wan pi tanya doktor risau kot cucu lelaki sulung dia ni bisu. 

Misteri pada nama, Ahmad Zu Mal, depa tanya awat tak sambung Zumal tu? Manalah ceq nak tau. Maksud nama, Zumal tak ingat dah sebab tak pernah ingat nak tulis. Sapa bagi nama? Ayah kata tok wan. Tok wan kata dia tanya Mufti Perlis masa tu sebab kawan dia. 

Dulu masa sekolah rendah 3 tahun pakai seluar pendek sebab arwah tok wan terikut zaman dia jadi cikgu dari sebelum merdeka. Sayang sekali tak ada gambaq. 

Zumal tak ramai kawan sebab depa semua takut dekat tok wan. Zumal pun tak sangat nak kawan. Sebab disiplin duduk dengan arwah amat ketat. 

Tok wan sayang sangat sampai Zumal ni tak tau buat apa pun sendiri. Arwah tok dengan tok wan sediakan segalanya takat mana depa mampu. 

Zumal berniaga dari darjah 6. Start dengan hamper yang menang masa pererakan kemerdekaan. Tapi tak kaya pun. 

Zumal tau bawak moto masa tingkatan 6. Tu pun masa kat sekolah memandu. Tok wan risau dan tak bagi bawak. Motor pertama pun arwah belikan

Zumal tak pernah ikut rombongan pi jauh2 tanpa tok wan dan tok. Depa kata nanti besaq pi sendiri. Walaupun masa study kat sintok dah. 

Lepas habih study, tok wan pesan tak payah minta kerja jauh-jauh. Jaga tok wan. Lepas grad zumal berniaga di bawah Pejabat MARA Perlis. Masa tu ada kawan. Bercinta. Bertunang. 

Lepas 2 tahun putuih tunang. Kawan pulak dengan member dia. Tok wan suka tapi mama tak suka sampai perang besaq. Putuih lagi. 

Masa tu famili tak contact dah Zumal. Depa selalu gitu. Masa kat u pun jadi dah. Adik-adik suka cari musuh. 

Hujung 2010. 31 Disember 2010, arwah tok wan meninggal. Tinggal la zumal dengan tok. Masa arwah nazak call sapa pun lengah ja depa tu. Zumal dengan tok je la yang ada masa tu. Rasa macam dunia ni dah tamat. 

Zumal tau, Zumal akan hilang macam2. Zumal pun tau arwah tak ada apa2 selain rumah ja. Nasib la depa hat lain tak berebut. 

Jaga tok. Disebabkan kerajaan la ni banyak songeh, tok tak dapat pencen tok wan. Tok jadi penerima bantuan JKM. Kalau dapat pencen tu maybe selesa juga hidup tok. Lepas tok wan tak ada tok pun sakit. 

Zumal kerja dengan JKM, psh ja. 3 tahun kerja. Lepas tu sakit. Zumal ada masalah saraf. Kerja sendiri. Berniaga di kiosk MARA. 

Lepas setahun tu, berniaga pun bungkuih. Zumal ditawarkan kerja Penyelia PAWE. Bawah JKM. 

20 Oktober 2016 tok pula pergi. Tengok la bantuan pun dah tak ada. Berniaga dah lingkup. Tak ada pengalaman kerja lain. Zumal fikir nak join tok dengan tok wan ja. 

Bulan 7 hari tu berhenti kerja. Terlalu serabut hidup ini. Juai habis barang rumah sebab nak pindah. (sebab seseorang) Kerja kat Cyberjaya sehari. Rehat dekat sebulan dapat kerja di kedai kereta terpakai. Sebulan lebih kat situ. Tak ada mood dah sebab gaduh dengan seseorang. Dengan bos Zumal gaduh tau. Memang tak ada rezeki kat situ. Berhenti. Balik Perlis. 

La ni dah sebulan kat Perlis. Tak kerja tetap just buat part time itu ini. Sebab dulu zumal ni cucu manja. Orang lain sikit ja, Zumal dah tak boleh terima. Bukan tak ditawarkan kerja, tapi takut nak terima sebab dari JKM. Pi balik,  pi balik MARA - JKM - MARA - JKM. 

La ni macam nak gila dah. Block merata orang. Tapi Alhamdulillah la ada rezeki dalam review di blog dan ig. Akhir kata jangan kecam saya... 


6 comments:

  1. al-fatihah buat tok Zumal.. em.. tak pe la Zumal.. hidup kat mana-mana pun sama asalkan kita pandai bawa diri dan rajin berusaha.. eh !! sekarang ni ramai jek buat income dengan blogging tau.. hee~ mantapkan penulisan dan rajin..

    salam kenalan !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan salam kenal juga dari Zumal

      Delete
  2. saya pun masih mencari kerja tetap, moga kita dimurahkan rezeki =)

    ReplyDelete
  3. Alfatihah kpda arwah atok Zul..Atok banyak jasa bakti kepada Zul

    ReplyDelete
  4. AL FATIHAH, semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang beriman. AAmiin. Salam kenal dari Penang.

    ReplyDelete
  5. Takziah buat arwah atok. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman. Aamiin..

    Kalau boleh tau Pawe tu apa ya??

    ReplyDelete