Booking.com

12 Nov 2017

TIPS JUAL KERETA LAMA

TIPS JUAL KERETA LAMA 


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi dalam coretan terbaru zumal yer. Seperti yang zumal pernah beritahu dulu, zumal akan kongsi tips mengenai jual beli kereta terpakai atas sebab pengalaman yang zumal timba di tempat kerja dulu. 

Anda mungkin ada kereta lama tapi berkeinginan nak tukar baru. Selalunya kita akan trade in je kereta di tempat kita nak beli kereta baru tu kan?

Di sini Zumal nak cerita betapa ruginya kalau anda trade in kereta. Kenapa? Sebabnya, kedai kereta yang anda beli tu akan ambil habis murah kereta lama anda. Dan kadang-kadang anda tak perasan pun sebenarnya anda bagi free je kereta tu dekat dorang. 

Bila anda nak trade in, kereta anda akan diuji dulu. Kalau kereta anda tu ok, mahal la sikit dorang ambil. Tapi anda sendiri tahu tentang kereta anda, lebih baik anda jual sendiri kerana ianya lebih untung. 

Selalunya bank ada update harga pasaran kereta lama. (umur dalam 10 tahun ke bawah) Anda boleh tanya berkaitan harga pasaran tu di bank. Selain tu anda boleh check harga pasaran kereta di mudah.my dan motor trader. Kedai used car pun akan guna pendekatan yang sama. 

Dekat mana nak jual kereta kalau bukan trade in? Jawapannya senang je. Tempat paling popular orang akan cari kereta adalah di laman mudah.my. Anda boleh iklan di situ secara percuma je. Iklan anda akan disiarkan dalam 30 hari di laman web tersebut. Zaman sekarang orang suka online je. 

Selain itu, anda juga boleh promosikan kereta anda di di laman facebook. Lebih baik di dalam group negeri. Pastikan syarat group tu bebas share apa saja laa... 

Kalau rumah anda tu di tepi jalan utama, paling senang cari tong air letak atas bumbung kereta pasti kejap lagi ada orang singgah tanya harga kereta anda. 

Walau apa pun tipsnya, kereta anda mesti la berkeadaan baik. Maka mudah la untuk dijual. Jadi anda ada kereta apa pun jaga la sebaik mungkin. Mungkin suatu hari ada rezeki lebih nak beli baru anda dapat jual dengan harga yang terbaik. 

Ok la setakat ini dulu tips untuk jual kereta lama. Zumal akan update jika teringat sesuatu yang perlu dikongsi. Semoga perkongsian ini membantu anda. Sekian. 

6 comments:

  1. Di Keningau still ada pengguna kereta jenis ini. Kuning warnanya..berkilat..

    ReplyDelete
  2. Kereta lama ada juga nilainya yang penting bebas dari kerosakkan . Tapi kalau kereta antik nilainya lagi berganda mahalnya

    ReplyDelete
  3. Ptut la tgk org dok jual tepi jln letak tong no telefon..
    Kiranya jual sendri lebih untung..

    ReplyDelete
  4. memang biasanya diorang letak botol minyak hitam atas kereta tanda nak jual kereta tu =)

    ReplyDelete
  5. nak jual sendiri tapi ilmu nak menjual kereta trade ni tak cukup lg... bimbang ditupu pelanggan laa pulak kan... thanks 4 sharing...

    ReplyDelete