Booking.com

27 Nov 2017

MINI EVENT PLANNER



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu kembali kita. Hari ni Zumal nak promote mini event planner. Ni bukan promote orang punya, kali ni Zumal promote projek terkini yang Zumal buat. 

Zumal ni buat event-event kecik je. Untuk projek ini Zumal buat event birthday party ja. Insha Allah pada masa depan ni zumal akan buat untuk wedding pulak. Tapi birthday party ni untuk budak-budak je k. Sebab kemampuan Zumal setakat tu je boleh cover. 

Untuk pengetahuan semua, Zumal cover tempahan untuk Perlis, Jitra, Changlun dan Alor Star saja. Zumal lebih tumpu kepada indoor event ye. Tempat customer suggest ye. 





Apa yang zumal sediakan dalam pakej birthday party tu? Ok mai nak habaq, untuk pakej bajet Zumal bakal sediakan 
1. Kek
2. Backdrop dan streamer 
3. Makanan minimum 20pax
4. Door Gift minimum 20 pax
5. Party Decoration
6. Game
7. Persembahan

Harga pula bergantung kepada jenis kek, kuantiti makanan dan jenis persembahan yang diminta. Kalau nak maskot atau badut pun boleh disediakan. Cuma tempahan perlu dibuat 2 minggu awal sekurang-kurangnya. Insha Allah harga boleh runding. Untuk tempahan sila hubungi Zumal di 01140793530. Semoga dipermudahkan urusan kita... 

6 comments:

  1. menarik..tak payah nak pening2 upah je planner

    ReplyDelete
  2. menarik tu Zul..semoga dimurahkan rezeki ya..teruskan usaha tanpa jemu

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH ZUMAL MOGA TERUS SUKSES BISNISNYA

    ReplyDelete